Baju Bersanding Daripada Butik Man Kajang

Rambut tu nanti potong

Rambut tu nanti potong..

Puas hati. Hari ni selesai satu lagi item dalam list untuk kahwin.

Siang tadi singgah ke butik Man Kajang yang terletak di Kajang lah kan. Kalau tak buat apa dia letak nama dia Man Kajang. haha.. Man Kajang ni adalah antara designer Melayu yang dah tahap legend kalau nak dibandingkan dengan ramai designer muda yang ada sekarang ni.

Tak payah tengok jauh, tengok client list dia aje. Mostly VVIP.

Saya memang tak plan nak beli baju bersanding ni. Sewa cukup. Kalau buat sendiri, nak pakai sekali seumur hidup je, jadi no point. Kebetulan abang Man baru siapkan beberapa baju baru dan kena dengan theme color saya, terus datang.

Bertuah betul tadi sebab bila sarung je baju bersanding tu, memang ikut saiz saya. Selama ni tak pernah sekali pun dalam hidup ni beli baju Melayu tak kena resize, biasanya seluar senteng atau pinggang terlalu longgar. Kebanyakan baju Melayu saya perlu ditempah sebab susah nak cari saiz.

Jadi memang legalah tadi sebab baju tu tak perlu resize langsung. Bayar deposit terus dapat bawak balik walaupun nak naik pelamin hujung tahun nanti. Untunglah.. Dah la jadi pengguna pertama, lepas tu boleh simpan sampai bulan 12 nanti. Memang takkan dapat dengan designer lain.

Katanya takut terlupa dan terjual kepada orang lain. Jadi bawa jelah balik.

Sebagai seorang designer yang berpengalaman lama dalam bidang ni, Man Kajang adalah seorang yang friendly dan humble. Terima kasih abang Man sebab memudahkan urusan saya. Semoga bisnes bertambah maju.

Kepada yang nak tengok hasil kerjanya, boleh follow account Instagram Man Kajang.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments