Bajet Selepas Kahwin

Bila nak kawen, ramai yang sibuk menghitung bajet kawen tapi lupa untuk kira bajet ‘memulakan hidup’ selepas kawen

Coudn’t agree more dengan status ni. Actually dari segi financial, takde masalah sangat sebenarnya nak kahwin. Worst case scenario, boleh je amik personal loan/pinjaman koperasi 20-30 ribu untuk kahwin. Bunyi macam kesian tapi itulah hakikat kehidupan sekarang. Nak kahwin pun ada yang sampai kena pinjam duit daripada bank.

Soalan yang lebih penting bagi mereka yang nak berkahwin adalah, adakah mereka mampu menampung kehidupan selepas berkahwin? Atau lebih tepat lagi adakah si suami mampu menanggung si isteri?

Kebanyakan fresh grad memang tak mampulah nak menanggung kehidupan selepas berkahwin ni, lebih-lebih lagi mereka yang baru nak memulakan kerjaya mereka. Rata-rata yang berjaya mengharungi kehidupan selepas kahwin bagi mereka yang berkahwin awal adalah:

  1. Support from parents. Tak semestinya wang, tempat tinggal/tinggal bersama parents contohnya adalah support yang diberikan.
  2. Kedua-dua suami dan isteri bekerja.
  3. Suami gaji besar.

Gaji besar yang dimaksudkan di sini adalah lebih daripada RM5,000 sebulan untuk fresh grad. Yang ni boleh dapat kalau kerja dalam bidang oil & gas. I don’t agree with this simply because anak muda yang baru berkahwin tak sepatutnya tinggal separately untuk satu jangkamasa yang lama (lebih daripada sebulan). Possibility perkahwinan tu musnah adalah tinggi.

Kalau senario no. 1 (support from parents) tu takde, then no. 2 adalah satu kemestian. Kalau nak tinggal kat KL ni, at least kena ada RM3500 untuk kehidupan yang selesa/cukup makan bagi mereka yang berkahwin. With that, dapatlah tampung installment kereta ( harga kereta < RM100,000 ), medium-cost apartment and the rest kenalah budget betul-betul supaya duit tu cukup. Belum cerita nak kumpul duit untuk beli rumah simpanan bulanan lagi.

Why I’m writing about this? Sooner or later kena pening jugak dengan benda-benda ni. Jadi eloklah plan awal-awal supaya bila sampai masanya at least dah ada gambaran macam mana keadaannya nanti.

Dan itulah sebabnya ramai lelaki sekarang (especially fresh grad yang bekerja di KL) memilih untuk tidak berfikir pasal kawin.


36 thoughts on “Bajet Selepas Kahwin