Bajet 2014: Untuk Pelabur Saham

ariff-shah-bajet-2014

Yang paling beruntung dalam Bajet 2014 adalah mereka yang melabur dalam pasaran saham.

Malah, bukan setakat Bajet 2014, waktu Bajet setiap tahun adalah waktu paling best untuk mengaut keuntungan saham. Saya cakap mengaut keuntungan sebab mereka yang menceburi pasaran saham ni kena anticipate the next move dalam pergerakan ekonomi negara.

Yang dah buat perancangan awal akan membeli saham terlebih awal (waktu senyap) dan akan jual sebaik sahaja saham yang dibeli naik mendadak selepas pembentangan bajet. Trend biasa kat pasaran di Malaysia ini ialah, buy in September dan jual menjelang November/Disember.

Meningkat Potensi Sektor Logistik

39. Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke-29 Indeks Prestasi Logistik Laporan Bank Dunia 2012. Indeks ini mengukur penanda aras prestasi aktiviti logistik yang merangkumi penghantaran, infrastruktur, ketepatan masa, kelulusan kastam dan kompetensi. Walau masih ketinggalan berbanding negara maju, senario ini mampu diperbaiki.

40. Jadinya, supaya sektor logistik lebih efisien, Kerajaan akan merangka Pelan Induk Sektor Logistik. Pelan ini akan menyediakan halatuju pembangunan infrastruktur logistik, rantaian bekalan serta semakan semula peraturan dan undang-undang. Di samping itu, Kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad akan memperuntukkan 3 bilion ringgit bagi Dana Pembangunan Maritim secara pinjaman mudah. Dana ini menyediakan akses pembiayaan untuk menggalakkan perkembangan industri perkapalan, pembinaan limbungan, minyak dan gas serta aktiviti sokongan berkaitan maritim.

Kaunter terlibat: TAS Offshore

Menggalak Industri Penerbangan

41. Malaysia berpotensi menjadi hub penerbangan di rantau ini. Industri ini dapat memberi kesan pengganda kepada ekonomi memandangkan permintaan terhadap penumpang dan kargo udara semakin meningkat. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2013, jumlah penumpang di lapangan terbang seluruh negara bertambah kepada 43.9 juta berbanding 38.6 juta penumpang bagi tempoh yang sama pada 2012.

42. Jumlah kargo udara yang dikendalikan, turut meningkat kepada 529 ribu tan bagi tempoh yang sama. Dengan beroperasinya KLIA2 nanti, jumlah penumpang dijangka meningkat kepada lebih 70 juta. Untuk memajukan lagi industri ini, Kerajaan akan menggubal Dasar Penerbangan Nasional yang akan menggariskan langkah-langkah bagi mengukuh eko-sistem dan rantaian perkhidmatan industri penerbangan.

43. Bagi melicinkan pengurusan operasi dan pengendalian trafik udara, sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang yang telah berusia hampir 20 tahun itu, akan digantikan. Oleh itu, sebuah pusat pengurusan trafik udara baru dengan kos sebanyak 700 juta ringgit akan dibina di KLIA. Sistem baru ini, akan dapat meningkatkan pergerakan trafik udara dari 68 kepada 108 pergerakan setiap jam melalui 3 landasan. Untuk makluman dewan yang mulia, kapasiti pengendalian ini adalah antara yang tertinggi di dunia.

44. Demi keselesaan para penumpang, Kerajaan juga akan menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk di Kota Kinabalu, di Sandakan Sabah serta Miri, Sibu juga Mukah di Sarawak. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 312 juta ringgit. Di samping itu, terminal penumpang di lapangan terbang antarabangsa Langkawi dan lapangan terbang Kuantan akan dinaik taraf.

Kaunter terlibat: AirAsia, AirAsia X, MAS, Malaysia Airports

Meluaskan Akses Internet

51. Dunia kini adalah dunia tanpa sempadan. Tidak seperti dahulu, pelbagai informasi kontemporari boleh diperolehi di hujung jari. Maknanya, peningkatan akan dibuat bagi mencapai tahap prasarana yang sewajarnya untuk menampung keperluan pengguna. Sebab itu, di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara, Kerajaan telah melaksanakan projek High Speed Broad Band atau HSBB.

52. Usahasama dengan pihak swasta ini melibatkan pelaburan sebanyak 11.3 bilion ringgit, sejak Rancangan Malaysia Kesembilan. Kini, projek HSBB telah dilaksanakan dengan capaian internet berkelajuan 4 megabits sesaat. Ini memanfaatkan 2.3 juta premis terutama di kawasan bandar.

53. Untuk meningkatkan lagi liputan internet di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat.

54. Kepada rakyat yang tinggal di kawasan pinggir bandar, jaringan HSBB akan diperluas dengan kelajuan capaian internet dipertingkatkan antara 4 hingga 10 megabits sesaat. Kemudahan ini akan memanfaatkan lebih 2 juta pengguna dengan kos pelaburan sebanyak 1.6 bilion ringgit.

Kaunter terlibat: Telekom Malaysia, KKB Engineering, Sarawak Cable

32. Di samping itu, pelaburan awam dianggarkan mencecah sebanyak 106 bilion ringgit. Di antara projek yang akan dilaksanakan ialah pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316 kilometer, pembinaan landasan keretapi berkembar Ipoh ke Padang Besar dan kemudiannya dari Gemas ke Johor Bahru.

Kaunter terlibat: IJM, Kumpulan Europlus

33. Dalam bidang minyak dan gas pula, antara projek yang akan dilaksanakan oleh Petronas merangkumi Projek Ammonia Urea Sabah atau SAMUR di Sipitang, projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan dan projek loji regasifikasi di Lahad Datu, Sabah serta projek RAPID di Pengerang, Johor yang merupakan pelaburan terbesar di Malaysia.

Kaunter terlibat: Tanjung Offshore, TAS Offshore

110. Dalam aspek ini, supaya syarikat perniagaan melaksanakan GST dengan lancar, Kerajaan mencadangkan pakej tambahan seperti berikut:

Pertama: Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus. Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus. Langkah ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2016;

Kedua: Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata peratusan mulai tahun taksiran 2015;

Ketiga: Yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenarkan potongan cukai mulai tahun taksiran 2015;

Keempat: Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016;

Kelima: Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan; dan

Keenam: Geran latihan sejumlah 100 juta ringgit kepada peniaga yang menghantar kakitangan, untuk menjalani latihan GST bagi tahun 2013 dan 2014. Di samping itu, bantuan kewangan sejumlah 150 juta ringgit disediakan kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan bagi tahun 2014 dan 2015.

Kaunter terlibat: Censof, MYEG

Bukan Buy call. Sekadar pendapat peribadi. Saya tak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian sekiranya anda ikut apa yang dikongsikan di sini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments