Bajet 2014: RM500 Percuma Untuk Tabungan Persaraan Anda

ariff-shah-bajet-2014

Melalui Bajet 2014, kerajaan menggalakkan tabungan melalui Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) dengan pemberian RM500 secara one-off kepada individu yang menyimpan RM1000 minimum ke dalam akaun PRS mereka.

64. Kerajaan sedar akan pentingnya budaya menabung semasa usia muda bagi mempastikan simpanan yang mencukupi selepas persaraan. Untuk meningkatkan simpanan tambahan, Kerajaan menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang melalui Skim Persaraan Swasta atau PRS.

65. Oleh itu, Kerajaan mencadangkan insentif 500 ringgit secara one-off kepada pencarum yang menyertai skim PRS dengan pelaburan minimum terkumpul seribu ringgit dalam tempoh setahun. Insentif ini terbuka kepada individu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dianggarkan dapat menarik seramai 420 ribu pencarum muda di seluruh negara. Insentif ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2014 bagi tempoh lima tahun dan akan melibatkan peruntukan sebanyak 210 juta ringgit.

Kepada yang tak tahu, PRS ni lebih kurang je macam KWSP di mana duit yang anda masukkan memang susah nak dikeluarkan. Cuma PRS ni bukanlah caruman wajib seperti KWSP. In a way, sangat bagus untuk menggalakkan tabungan jangkamasa panjang.

Apa yang lebih bagus ialah melalui skim PRS, duit anda juga akan dilaburkan seperti dalam simpanan unit trust. Pulangan tahunan daripada PRS dijangkakan lebih tinggi berbanding KWSP.

Berdasarkan pemahaman saya, mereka yang menyimpan minimum RM1000 dalam PRS akan diberi insentif kerajaan sebanyak RM500 secara one-off yang akan dimasukkan ke dalam akaun PRS.

Jadi bermula 1 Januari tahun hadapan, buka akaun PRS dan simpan duit sikit-sikit sampai cukup RM1000. Then dapatlah RM500 free daripada kerajaan. Rugi kalau tak ambil duit percuma ni.

9 Comments