Bajet 2014: Menarik Untuk Pembeli Rumah Pertama

ariff-shah-bajet-2014

Bajet 2014 akan dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah pertama. Paling menarik adalah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome.

192. Kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome sebagai satu langkah untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Skim ini menawarkan subsidi 30 ribu ringgit seunit kepada pemaju swasta. Antara kriteria utama skim ini adalah:

Pertama: Membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan;

Kedua: Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah 45 ribu ringgit dan kos sederhana ialah 170 ribu ringgit;

Ketiga: Keluasan minimum rumah kos rendah adalah 800 kaki persegi dan kos sederhana 1,000 kaki persegi dengan kemudahan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air;

Keempat: Menyediakan kemudahan ruang letak kereta, surau, dewan dan taman permainan; dan

Kelima: Terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isirumah maksimum tiga ribu ringgit bagi kos rendah dan maksimum enam ribu ringgit bagi kos sederhana.

Basically skim ini adalah untuk inisiatif private developer. Jadi besar kemungkinan dan diharapkan lokasi projek ini terletak di tempat yang strategik (dalam kawasan bandar, berdekatan pengangkutan awam) memandangkan kebanyakan tanah untuk projek pembangunan di kawasan bandar dimiliki oleh pemaju swasta.

Rumah murah tapi kalau lokasi dalam hutan dan penduduk terpaksa travel jauh dan bayar tol untuk ke tempat kerja pun no point. Saya lebih rela menyewa untuk mendapatkan tempat tinggal yang hampir dengan tempat kerja.

Lagi satu yang menarik ialah keluasan rumah dalam skim ini. 800 kaki persegi tu agak besar untuk newly married couple dan belum ada anak yang kebanyakannya berada dalam kumpulan middle income ini, 1000 kaki persegi even better. Disebabkan projek dibangunkan oleh private developer, boleh expect kualiti yang lebih baik daripada mereka.

Mungkin saya tak layak untuk skim ini sebab dah ada rumah, cuma tumpang gembira untuk mereka yang akhirnya dapat peluang keemasan macam ni. Harap objektif kerajaan untuk membantu golongan ini terlaksana.

Kepada yang nak membeli, bolehlah bermula dari sekarang. Nak beli rumah ni kena rancang dari awal, jadi kalau takde modal untuk downpayment, kumpul duit dari awal. Kerajaan buat polisi untuk membantu tapi kalau rakyat sendiri takde inisiatif nak bantu diri sendiri susah gak.

* Tak nak sentuh tentang PR1Ma dan SPNB sebab PR1MA – projek dalam Klang Valley belum kick off lagi dan projek-projek SPNB biasanya kat ceruk mana entah. Lokasi tak bagus.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

8 Comments