Bajet 2014: BR1M Yang Dicapati

Reading Time: 2 minutes

ariff-shah-bajet-2014

Janji BR1M RM1200 dicapati, bukan ditepati.

Saya tak kisah dan tak mengharap sangat dengan pemberian BR1M. Konsep saya mudah, kerajaan bagi kemudahan, rakyat gunakan kemudahan yang ada sebab itu hak rakyat.

Untuk Bajet 2014, pemberian BR1M bukan seperti yang termaktub dalam AkuJanji Barisan Nasional sempena pilihanraya yang lalu. Ini bukan soal politik tapi soal orang susah yang termakan janji manis parti untuk memberi BR1M sebanyak RM1200 kalau Barisan Nasional menang pilihanraya lalu.

210. Selanjutnya, dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik.

211. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

212. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

213. Sebagai pelengkap, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M. Langkah ini diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga 30 ribu ringgit kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

214. Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

215. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.

216. Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BR1M bernilai 50 ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak 500 ringgit. Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 di atas, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 4.6 bilion ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima.

Haritu mereka bidas manifesto pihak lawan. Kemain. Siap guna perkataan “akujanji” kononnya ni dah janji hidup mati nak tunaikan janji-janji manis. Ramai yang tertipu.

Bukan setakat BR1M, baucar buku RM300 yang dijanjikan pun tak tertunai. Dapat RM250 je.

131. Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya perlu ditingkatkan. Jadikanlah buku teman setia, penyuluh di kala gelap, penyegar minda sepanjang hayat.

132. Sukacita saya umumkan Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak 250 ringgit kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian. Langkah ini dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak 325 juta ringgit.

and don’t get me started on harga kereta. Penurunan 20-30%?? Mana? Tapi biasalah orang cakap, Melayu mudah lupa.

manifesto bn


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Bajet 2014: BR1M Yang Dicapati”

  1. lagubestbest Avatar

    Eropah bangkrup sebab terlebih beri duit pada rakyat. Malaysia kearah bangkrup juga walaupun sikit duit yang rakyat merasa. Apa malang jadi rakyat Malaysia sekarang ni. Malaysia yg dulu, bukan lagi yang sekarang. Dulu tak kaya tapi rakyat girang. Kini gah bangga, tapi semua menderita dalam diam..

  2. sabree hussin Avatar

    Janjinya secara berperingkat, kita tengokkan je la macam mana berperingkat yang dimaksudkan tu

  3. MHMY Avatar

    A good points raised here. Positive critics.

  4. hazman aka species1980 Avatar

    Dan pihak kerajaan perlu cepat buat sessi dan kempen penerangan mengenai hal sebegini kalau tak mesti jadi bahan rungutan rakyat setiap hari

  5. akubiomed Avatar

    Perlu mencari alternatif untuk menampung pendapatan yang sudah pasti akan ada kenaikan harga barang.

  6. Eridy Avatar

    Pemimpin tiada integrity , biasalah hehe…

  7. myvitrd Avatar

    Sapa yg layak dapat tu apply jelah. mcm aku ni.. dinaikkan 5000 pun still tak layak.. hehehe

  8. hasrulhassan Avatar

    Hmm apa nak buat, ini pilihan mereka yang terbanyak (kata mereka). Rakyat minoriti cam kita ini sahaja yang akan mengeluh panjang.

  9. Azri Johan Avatar

    AKUJANJI yang dicapati. Keh keh keh…

    tunggu gelombang akan PRU-14, insyallah akan ada perubahan :)

  10. nas Avatar

    saya hormati pendapat tuan…tetapi BR1M akan diberi secara berperingkat sehingga RM1200…bukan tahun pertama menang pilihanraya..

  11. NotaKembara Avatar

    Let’s do something different then. Setiap tahun kita mengeluh benda sama, kritik benda sama, tapi undi pun sama jugak. Dah tu nak salahkan siapa? Huhu

  12. Amiruldin Avatar

    Dah pasrah dah dengan politik Malaysia, kalau ada peluang nak migrate rasa macam nak migrate ke luar je.. Migrate ke Russia ok tak? Hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Russia tak best

    2. Bulan Terkenal Avatar

      migrate ke UK la best..walaupun anda bukan rakyat asli UK,kerajaan UK akan bagi bantuan dan kemudahan sama rata

  13. Arman Avatar

    Ni janji kosong. Harga gulapun dah naik. Minum air kosong je lepas ni. Lagi bagus. Otak pun jadi kosong.

  14. hayat haniza malek Avatar

    that’s why jangan percaya janji janji tu , kita bukanlah apa , just bagi chance pembangkang untuk memerintah , tak mahu lagi duduk dibawah pemerintahan yang selalu pandai cakap tapi buat tak

    1. Pisyek Avatar

      Betul betul betul.

  15. mfadhlan Avatar

    Biasa la, taktik lama tp masih berkesan sampai hari ini. Paling best, bersyukur lah.