Bajet 2011 – 500 Juta Ringgit Untuk Belian Peluru Berpandu Dari Russia

Sebaik sahaja pengumuman Bajet 2011, sumber dalaman di sini telah dihubungi oleh beberapa agen kontraktor dari Malaysia berhubung pembelian 50 biji peluru berpandu udara-udara dan udara-darat yang akan dilengkapi pada pesawat pejuang Sukhoi-30MKM. Bahan letupan yang digunakan untuk peluru berpandu ini masih lagi belum diputuskan jenisnya samada dilengkapi dengan bahan letupan konventional atau nuklear namun begitu, ada desas desus dan khabar angin yang kuat mengatakan peluru-peluru berpandu ini akan dilengkapi dengan bahan letupan nuklear.

Sumber juga melaporkan bahawa shipment pertama peluru berpandu ini akan tiba seawal Januari 2011 dan penghantaran akan dilakukan dalam 5 peringkat. Semua peluru berpandu akan dijangka sampai menjelang Disember 2012.

Pembelian mengejut ini adalah antara langkah Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya di ruang udara Asia Tenggara seterusnya menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki senjata nuklear. Beberapa perancangan untuk membeli pesawat pengebom senyap terkini buatan Russia juga telah mula kedengaran dan berkemungkinan besar akan dimasukkan ke dalam pembentangan Bajet 2012.

Pembentangan Bajet 2011 ini adalah yang paling mengejutkan dalam sejarah pembentangan bajet negara kerana ini adalah kali pertama Malaysia membelanjakan sejumlah dana untuk pembelian senjata nuklear. Pihak pembangkang hanya mampu berdiam diri mendengar berita yang sangat mengejutkan ini.

***

Sekarang bagitau aku, apa reaksi korang kalau benda ni berlaku? Wajar ke tak kita kukuhkan kedudukan negara kita dari segi kekuatan tentera? Tau tak jiran-jiran kita yang lain semuanya sibuk melengkapkan tentera diorang dengan segala jenis senjata canggih dan baru tapi kita masih terkandas dengan kapal selam lama yang telah digunakan sejak 40 tahun dulu dan tak boleh menyelam. Jadi pada pendapat aku, kita perlu buat sesuatu.

[Berita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Harap maklum.]

 

Comments

  1. wak sudarjo says

    malaysia nuklear? mesin x ray pun tak mampu nak maintain, ada ati nak guna nuklear…

    abis jadi mutant semua askar malaysia…

  2. says

    masa aku dalam training Wataniah dulu, Kolonel aku ada britau “kalaulah ko tengok senjata yg ada kat Malaysia nih, dan lepas tu kita kena serang, memang senang ah diorg nak kalahkan kita”

    bagi aku ia penting, sebab ia atas dasar pertahanan, insurans pada kita semua, bab politik corruption itu ini memang susah nak cakap ah, urusniaga sebenar mereka kita memang takkan tahu, tapi atas dasar upgrade persenjataan, aku sentiasa sokong, walau apa jua sekalipun.

    anyway, takkan bila kita dah kena serang baru terhegeh nak beli senjata baru?

  3. says

    Malaysia: Kita nak buat jambatan ke sumatera. Boleh memudahkan perjalanan dan meningkatkan hubungan malaysia-indonesia disamping meningkatkan import-export negara.

    Oh.. x boleh. singapore marah sebab kapal selam *yahudi nak lalu singgah kat singapore xleh nanti. Malaysia ngan indon boleh detect menceroboh perairan. Hmm… ok lah, kita belila kapal selam. Alamak x boleh selam la plak. Rosak kulit kapal selam la. Habeh, dah beli 2nd hand.

    Hmm… apa lg kita nak buat? Janakuasa nuklear? Aku setuju. Tapi after 15-20years mana nak taruk bahan toksik tu? Nevermindla, pandaila kita carik lobang kan.. buat ja dulu.

    *yahudi(x guna perkataan Israel sebab it is not a country)

  4. says

    haha..ingat bbetul la tadi…pelik gak sbb ayah xde la duk bising kate mlysia beli peluru brpandu la pe bende time bajet aritu…

  5. rio says

    mmg stuju giler… kalau teknologi perang x canggih skali perang je trus lenyap Malaysia… kan ada isu Indonesia nak perang Malasysia… xkan kita nka guna senjata lam tolong la aku xnak mati awal la… tp isu beli senjata 2nd tu memalukan btul n membazir duit.. beli la yg baru n ori barula tahan serta harap kerajaan plan btul2 n kalau boleh buat la benda ni confidential demi kepentingan negara..

  6. madlut says

    kalau kita beli senjata nuklear…
    kemudian kita kena serang dengan negara yang menjual kepada kita senjata nuklear itu…err..kalah jugak rasanya

  7. fadhilah says

    aku tak suke betul la kerajaan bazirkan duit banyak2 untuk bende macam ni
    semata-mata nk jadi negara asia 1st nuklear!Kan bagus duit tu guna untuk

    1-bina2 kem2 untuk traning pelajar lelaki jd jantan berguna ker..
    2-bina pusat2 sains ker biar kalahkan teknologi korea dan jepun
    3-sekolah2 lapuk kat kampung kasi bom bina baru

    kan bagus tu daripada nuklear tapi kalau guna nak bom yahudi xpe gak!

  8. cascd says

    bersiap sedia untuk berperang…ish3….takotnya dorang ni…rasanya perlu sangat ke benda tu a?

  9. says

    kesah kapal selam memang a never ending issue actually, beli kapal kat german tp mase nak buat port kapal selam di malaysia tgk port yang dekat Australia. tiru bulat2. Harusla kapal tue tak muat bila nak landing dekat port yg dibina kat malaysia tue.

    Adoi, tah sapa la yg terlibat dalam urusan tersebut. Amat bijak.

  10. says

    nice…hampir percaya..tapi bila sebut senjata nuklear tu, dah mengarut. Sedangkan nak ada loji nuklear pun orang ramai dah bising2, inikan nak ada senjata nuklear…mau jadi sasaran penceroboh luar..

  11. says

    Saya sering menbaca artikel tentang militeri,Malaysia perlu senjata-senjata tersebut,bukan bermaksud nak tunjuk sapa kuat,tapi sebagai langkah pertahanan hadapan,hanya org yang dalam bidang ketenteraan sahaja yang tahu akan kepentinganya.kalau rajin ada 5/6 Blog menceritakan pasal ketenteraan di Malaysia. :)

    • ariff says

      Masalahnya tak banyak yang boleh diceritakan sebab sumber pun takde. Kalau macam Singapore, diorang siap ada channel Youtube sendiri cerita pasal ketenteraan diorang.

  12. says

    kalau betul aku sokong sangat sebab negara kita agak ketinggalan dari segi kelengkapan senjata canggih

    contoh terdekat singapore je

  13. says

    Kalau melabur untuk pertahanan tak salah pun, tapi mesti ramai yang tak setuju…isu kapal selam tu pun ramai yang buat cerita macam-macam…dengki khianat..

  14. says

    kitakan memang suka beli barang 2nd dari negara luar..last2 semua hampeh je..kapal selam beli pon aku tak tahu nak guna untuk apa..baru takpe.. ni dah separuh abat usia kapal tu.. membazir duit je

  15. says

    ahahah, pada aku perlu kalau nk tingkatkan pertahanan…
    mane laa tau, indon pon mcam panas je dgn kita…

    tp tak perlu ko bentang dlm bajet…

    btw, nice!!

  16. says

    erkk..bukan kita dah beli kapal selam canggih ke yg masa kes altatuya tu?rasanya kita banyak beli alatan ketenteraan yang 2nd hand tp takdelah sampai ketinggalan zaman sangat kan..huhu..rasanya kene jugak kukuhkan kedudukan kita dari segi ketenteraan..mcm singapura tu kecik je kan..tp sape pon tak berani kacau sebab dia sekutu us..

  17. slay says

    ciss tipah tertipu. T__T

    erm, yeah, maybe negara kita memang perlukan senjata-senjata terkini. tapi persoalannya, mampukah? hutang negara sendiri dah berbillion2 tak mampu bayar.

  18. says

    patutnya abng2 kakak2 kat MAI tu balik buat bom kapal terbang sendiri la, instead bazir billion2 beli brg org, baik bg duit buat RnD, built our own tech. :D

  19. nik amirul says

    aku nak cakap pun tak reti pasal bajet 2011 nie.
    macam ada yang tak kena , tapi kalau cakap pun
    tak guna jugak.