Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada Dicop Sebagai Stalker di Facebook?

Sekarang semua orang ada Facebook. Disebabkan internet ni tepu dengan lelaki single maka sudah tentulah Facebook tu dijadikan lubuk untuk mencari pasangan ataupun kawan baru. Jadi kali ni aku nak kasi tips sikit macam mana nak berkenalan dengan awek-awek di Facebook tanpa risiko dicop sebagai stalker di samping dapat meningkatkan kebarangkalian untuk awek tu minat kat korang. Satu lagi entri ntahapehape daripada Ariff Shah.

Gambar profile. Tak kenal maka tak cinta, jadi kalau nak awek kenal seeloknya korang letak gambar full satu muka. Kenapa gambar full satu muka dan bukan gambar penuh satu badan? Sebab kalau letak gambar penuh satu badan kemungkinan muka kita tak jelas sangat, so kurang efektif. Jangan letak gambar mengarut yang tak berkaitan dengan diri sendiri macam gambar Shin Chan, pelakon terkenal atau apa-apa sahaja karekter kartun lain yang korang anggap cool. Pada mata awek, tak cool langsung. Kalau tak letak gambar tu, lagi takda guna. Baik ko tak payah buat akaun Facebook langsung.

Aku tanya korang, kalau korang tak pernah kenal aku sekali aku add korang,
gambar profile yang mana satu lebih efektif?
Gambar pakai topeng gas atau gambar penuh senyuman?

Maklumat peribadi. Yang ni tak kisah sangat, cuma maklumat mandatori yang perlu ada adalah seperti current location, hometown, school, activities bla bla bla. Lagi banyak maklumat lagi bagus. Ingat kalau tak nak orang cop kita sebagai stalker, kita perlu share sebanyak maklumat yang mungkin pada orang lain untuk menunjukkan yang kita ni got nothing to hide. Macam tu barulah senang nak gain trust awek dalam Facebook. Aku ni pun tapis gak siapa-siapa yang aku approve masuk ke friendlist aku walaupun sekarang memang aku approve hampir semua, tapi kalau ada yang profile kosong memang aku tak approve. Macam no point.

Mesej dulu sebelum add. Okay, kalau korang serius minat awek tu giler2, first impression tu kena jaga. Jangan main redah add je dia dalam friend list ko, kalau nak add pun paling koman leave message sekali. Paling senang kalau awek tu ada blog.. haa. Cakap la ko ni baca blog dia kadang2.. Pandai2 la ayat kan. Nak lagi efektif, komen kat blog dia dulu. Dah lama sikit baru try add dia kat Facebook. Sure dia approve punya.

Apa-apa pun kalau awek tu tak nak berkawan ngan ko, tak payah la nak emo.. Dan tak payah la nak mesej macam orang angau atau marah dan tuduh dia sombong. Ikut dia la kan nak kawan ngan ko ke tak. Berlambak lagi awek lain kat luar sana..

Ariff Shah | Create your badge


44 thoughts on “Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada Dicop Sebagai Stalker di Facebook?

  1. Nak Jawab soalan..
    Dah tentu laah approve gambar yang penuh senyuman =P
    Tapi tuh pun masih sangsi k0t
    Hahaaa ^_^
    Apa-apa pun terpulang pada individu masing2 ..
    Yang penting tak membawa bahana laa ^_^

  2. tudiaa artis..KEKEKE
    aku pun letak samar2 je
    payah ar kalau personal aku pun diorang tag gambar kat diri sendiri..adeh, dan2 kalau mcm tu remove friend :D

    • sekarang ni aku tak kisah dah orang nak remove ke nak ape.. bosan dah ngan facebook

  3. sikap individu …itu yg buat fbook itu ada manfaat atau sebaliknye..tp kalau hari2 ngada fb pun boleh rasa nak muntah kan…

    • Betul. Tapi Facebook tu memang boleh buat hilang konsentrasi nak buat kerja. So kena kawal sikit la masa yang diluangkan di sana

    • Awal2 dulu macam teragak-agak nak tulis ke tak, tapi.. Tulis jelah. Haha~ benda betul kan.

      Apa2 pun betullah, nak bercinta ni semua seelok-eloknya bila dah kerja nanti la. Lagi senang camtu

  4. haha,
    lpas bace entri ni aku terpikir..
    patut laa takde awek nk add aku
    sbb profil picture aku kurang meyakinkan..
    wahahahaha!!!
    .-= Cerita terbaru mr cEro.. Si Kacak, Si Tidak Kacak, Bola Getah dan Sabar =-.

    • Dulu macam fina gak tapi bila dah jadi blogger macam ni, dah macam tak kisah sangat siapa add. Lagi ramai, lagi bagus sebenarnya.. Membantu.

  5. internet tepu dengan lelaki single?? ah! aku tak setuju
    kalau tak, takde la aku menjanda selama setahun ni
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Menghitung CGPA =-.

  6. haha..yang letak gambar sinchan tu lagi xley blah..saje2 je buat akaun fb kot or mmg dia niat nak stalk orang..haha
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. review Nokia E72 =-.

  7. tips baekkk punyer…huhuhu…
    lam twitter der yg suke stalker2..hohohoh fb pe tah lg kan kan..heheh..kekadang men add jek xkire sape..hohoho

    • Main add2 tu adalah kerja di kala kelapangan. haha~ Kadang2 je lah kalau dah bosan sangat takde benda nak buat.

  8. ko add aku tnpe bg sbrg msj then aku approve sbb penah bce blog ko..

    tp skrg da remove sbb ko xpenah tgor aku pon :P

    kalo aku pilih gmbr full senyuman tuh tnpa DI EDIT hehe

    (gmbr edit tu nmpk cm muke laki kak redmummy je..adekah ko knl die??)
    .-= Cerita terbaru dr.shiedah.. Omakku dah setengah seabad yoo.. =-.

    • Ahahaha. Aku memang add je semua blogger. Nama pun admin Geng Blogger, apa2 jadi nanti senang contact sebab Facebook ni memang terbukak 24 jam. Itu yang sebenarnya ^^

  9. hahaha..
    next tips: kawan kene ikhlas, mcm suatu hari akan berjumpe, kalo dah letak muke, tkdela tk cam nanti bile jumpe….

    eh , kalo letak muke kawan?

    • hahaha. kalau letak muka kawan susah ah camni. memang tak boleh blah camtu. lagi2 kalau awek tu percaya lak. sudah..

  10. hehe aku letak gamba keta dash yonkuro ok x
    .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

    • haha. Info yang bagus untuk perempuan kat luar tu.

      ahaha. stalker tegar. Wow. Baru first time dengar :D

  11. aku lebih berminat dengan benda baru di bawah sekali belah kanan blog ko. nice!

    btw, aku sekarang memang susah nk approve orang yg tak kenal. yg ada dalam friendlist pn tak cukup masa nak layan.

    • Itulah. Nak dekat 3 jam gak aku buat benda tu malam tadi padahal benda basic je. Memang noob html..

    • Ha’ah. Betul gak. Lupa nak mention mutual friend.
      Sebenarnya takde idea sangat nak tulis, maka keluarlah entri ntahapehape ni..