Sekarang semua orang ada Facebook. Disebabkan internet ni tepu dengan lelaki single maka sudah tentulah Facebook tu dijadikan lubuk untuk mencari pasangan ataupun kawan baru. Jadi kali ni aku nak kasi tips sikit macam mana nak berkenalan dengan awek-awek di Facebook tanpa risiko dicop sebagai stalker di samping dapat meningkatkan kebarangkalian untuk awek tu minat kat korang. Satu lagi entri ntahapehape daripada Ariff Shah.
Gambar profile. Tak kenal maka tak cinta, jadi kalau nak awek kenal seeloknya korang letak gambar full satu muka. Kenapa gambar full satu muka dan bukan gambar penuh satu badan? Sebab kalau letak gambar penuh satu badan kemungkinan muka kita tak jelas sangat, so kurang efektif. Jangan letak gambar mengarut yang tak berkaitan dengan diri sendiri macam gambar Shin Chan, pelakon terkenal atau apa-apa sahaja karekter kartun lain yang korang anggap cool. Pada mata awek, tak cool langsung. Kalau tak letak gambar tu, lagi takda guna. Baik ko tak payah buat akaun Facebook langsung.
Aku tanya korang, kalau korang tak pernah kenal aku sekali aku add korang,
gambar profile yang mana satu lebih efektif?
Gambar pakai topeng gas atau gambar penuh senyuman?
Maklumat peribadi. Yang ni tak kisah sangat, cuma maklumat mandatori yang perlu ada adalah seperti current location, hometown, school, activities bla bla bla. Lagi banyak maklumat lagi bagus. Ingat kalau tak nak orang cop kita sebagai stalker, kita perlu share sebanyak maklumat yang mungkin pada orang lain untuk menunjukkan yang kita ni got nothing to hide. Macam tu barulah senang nak gain trust awek dalam Facebook. Aku ni pun tapis gak siapa-siapa yang aku approve masuk ke friendlist aku walaupun sekarang memang aku approve hampir semua, tapi kalau ada yang profile kosong memang aku tak approve. Macam no point.
Mesej dulu sebelum add. Okay, kalau korang serius minat awek tu giler2, first impression tu kena jaga. Jangan main redah add je dia dalam friend list ko, kalau nak add pun paling koman leave message sekali. Paling senang kalau awek tu ada blog.. haa. Cakap la ko ni baca blog dia kadang2.. Pandai2 la ayat kan. Nak lagi efektif, komen kat blog dia dulu. Dah lama sikit baru try add dia kat Facebook. Sure dia approve punya.
Apa-apa pun kalau awek tu tak nak berkawan ngan ko, tak payah la nak emo.. Dan tak payah la nak mesej macam orang angau atau marah dan tuduh dia sombong. Ikut dia la kan nak kawan ngan ko ke tak. Berlambak lagi awek lain kat luar sana..
huhu..tips bergune neh..
Nak Jawab soalan..
Dah tentu laah approve gambar yang penuh senyuman =P
Tapi tuh pun masih sangsi k0t
Hahaaa ^_^
Apa-apa pun terpulang pada individu masing2 ..
Yang penting tak membawa bahana laa ^_^
tudiaa artis..KEKEKE
aku pun letak samar2 je
payah ar kalau personal aku pun diorang tag gambar kat diri sendiri..adeh, dan2 kalau mcm tu remove friend :D
sekarang ni aku tak kisah dah orang nak remove ke nak ape.. bosan dah ngan facebook
sikap individu …itu yg buat fbook itu ada manfaat atau sebaliknye..tp kalau hari2 ngada fb pun boleh rasa nak muntah kan…
Betul. Tapi Facebook tu memang boleh buat hilang konsentrasi nak buat kerja. So kena kawal sikit la masa yang diluangkan di sana
primary photo selalunya menipu..haha..muka mmg semua elok2 ja..buka full, ya rabbiii..haha
.-= Cerita terbaru Azizuan.. Aku Benci Pop-Up Ads, Menyemakkan Monitor! =-.
xsangka plak ko brani kuarkan entri nie…klu ak xbrani tkt nti pompuan chop kita nie kaki pompuan…hahah..papepun info yg bgs…
ak slalu updates gmbr profile kt fb..so kdg2 gmbr ak, kdg2 gmbr rmi2…sbb ak xde niat nk tackle awek sgtla…berminat tu ade cuma skang nie mls lg r nk serius lam bab nie…nak keje dulu..ahaks…
.-= Cerita terbaru Skype Crew.. Pandangan Korang Pasal Game kat FB? ~~Jwb JUJUR tau..hehe~~ =-.
Awal2 dulu macam teragak-agak nak tulis ke tak, tapi.. Tulis jelah. Haha~ benda betul kan.
Apa2 pun betullah, nak bercinta ni semua seelok-eloknya bila dah kerja nanti la. Lagi senang camtu
Macam entri tips mengorat awek Sabah kak Jie pula bila sekali baca ;)
hahahaha… kelakar lak ada entri camtu, tapi baru tau gak awek sabah ni lain sket
haha,
lpas bace entri ni aku terpikir..
patut laa takde awek nk add aku
sbb profil picture aku kurang meyakinkan..
wahahahaha!!!
.-= Cerita terbaru mr cEro.. Si Kacak, Si Tidak Kacak, Bola Getah dan Sabar =-.
gambar apa ko letak eh? tak jumpa pulak facebook profile badge ko kat dalam blog
saya amalkan konsep tak kenal, saya takkan add or accept. Ada few blogger yg sy rasa berminat nak add tapi segan takut nanti dia amalkan konsep yang sama so request sy akan pending sampai bila-bila :|
.-= Cerita terbaru fina fento.. Perihal lelaki terlebih caring yang menyusahkan..#2 =-.
Dulu macam fina gak tapi bila dah jadi blogger macam ni, dah macam tak kisah sangat siapa add. Lagi ramai, lagi bagus sebenarnya.. Membantu.
erk, nak letak gambo full muka mcm susah sket aje sbb byk kekurangan.. haha.. kalo dah makeup mcm avatar ko ni best gak.. mana ko buat eh?
.-= Cerita terbaru syahirul.. Apa itu God Mode dalam Windows 7? =-.
http://obamiconme.pastemagazine.com/ Sila2. Benda ni memang smart!
thanx 4 the link.. akan mencuba segera :P
.-= Cerita terbaru syahirul.. Apa itu God Mode dalam Windows 7? =-.
internet tepu dengan lelaki single?? ah! aku tak setuju
kalau tak, takde la aku menjanda selama setahun ni
.-= Cerita terbaru mokteh.. Menghitung CGPA =-.
betulla. bersepah lelaki single sana sini..
haha….em…masalahnya asal aku jumpa je…mesti laki orang (kat YM especially..cisdel)
tp kat dunia blogging ni ye kot ramai yang single
.-= Cerita terbaru mokteh.. Menghitung CGPA =-.
meh try jumpa aku makcik teh.. hahaha
.-= Cerita terbaru syahirul.. Apa itu God Mode dalam Windows 7? =-.
hehe be different :)
.-= Cerita terbaru eykameow.. sedang aku ber facebook…tibe2… =-.
haha..yang letak gambar sinchan tu lagi xley blah..saje2 je buat akaun fb kot or mmg dia niat nak stalk orang..haha
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. review Nokia E72 =-.
Atau mungkin orang tu masih kebudak-budakan.. kita mana tau kan..
tip yg berguna pada masa hadapan bro..huhu..
nice ilike this…
.-= Cerita terbaru chaoi.. First Experience Practical =-.
hahaha
aku dah private info2 n pic2 aku
nak distalker kan
ekekeke
tips baekkk punyer…huhuhu…
lam twitter der yg suke stalker2..hohohoh fb pe tah lg kan kan..heheh..kekadang men add jek xkire sape..hohoho
Main add2 tu adalah kerja di kala kelapangan. haha~ Kadang2 je lah kalau dah bosan sangat takde benda nak buat.
ko add aku tnpe bg sbrg msj then aku approve sbb penah bce blog ko..
tp skrg da remove sbb ko xpenah tgor aku pon :P
kalo aku pilih gmbr full senyuman tuh tnpa DI EDIT hehe
(gmbr edit tu nmpk cm muke laki kak redmummy je..adekah ko knl die??)
.-= Cerita terbaru dr.shiedah.. Omakku dah setengah seabad yoo.. =-.
Ahahaha. Aku memang add je semua blogger. Nama pun admin Geng Blogger, apa2 jadi nanti senang contact sebab Facebook ni memang terbukak 24 jam. Itu yang sebenarnya ^^
hahaha..
next tips: kawan kene ikhlas, mcm suatu hari akan berjumpe, kalo dah letak muke, tkdela tk cam nanti bile jumpe….
eh , kalo letak muke kawan?
hahaha. kalau letak muka kawan susah ah camni. memang tak boleh blah camtu. lagi2 kalau awek tu percaya lak. sudah..
hoho baik punya tips ni..mmg ada asas
.-= Cerita terbaru x-po.. PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.
hehe aku letak gamba keta dash yonkuro ok x
.-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Soaljawab bersama Wan Perlis =-.
owh baru perasan, lelaki yg nak masok line mesti mula2 follow my blog. lame2 dah x komen dah. owh.arif… kau buat ku berjaya mendalami hati seorang lelaki dari segi itu . terima kasih :| aku tetap stalker kau. x percaya ko tgk la page blog aku,aku link apa =P
.-= Cerita terbaru bukan kisah cinderella.. Bila dapat Satu juta, hutang akan bertambah tambah =-.
haha. Info yang bagus untuk perempuan kat luar tu.
ahaha. stalker tegar. Wow. Baru first time dengar :D
aku lebih berminat dengan benda baru di bawah sekali belah kanan blog ko. nice!
btw, aku sekarang memang susah nk approve orang yg tak kenal. yg ada dalam friendlist pn tak cukup masa nak layan.
Itulah. Nak dekat 3 jam gak aku buat benda tu malam tadi padahal benda basic je. Memang noob html..
Hahaha~
Ariff~
Baguslah kamu~
Siap bagi tips~
Dan aku, kalau orang add, aku emsti nak tengok ada mutual friend ke tak~
Dari situ, boleh teka siapa yang add kan kan?
=)
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Ben Ashaari : Lelaki Yang Bertanggungjawab Atas Limpahan Lampu Argon Penggiat Seni Dunia Sendiri =-.
Ha’ah. Betul gak. Lupa nak mention mutual friend.
Sebenarnya takde idea sangat nak tulis, maka keluarlah entri ntahapehape ni..
mesej dulu sebelum add..itu yg paling penting tu.. sebab baru nampak ikhlas tak ikhlas nak add orang tu..
btw, tips bila ada blog tu pun masyuk jugak..hehe
.-= Cerita terbaru serol.. Aku kedekut+ikhlas=tension? =-.
hehehehe. tu paling licik dan berkesan :D
haha , bagus . tips yang sangat bagus .
betul tu apa yang dicakapkan tuu . hehe
.-= Cerita terbaru farah.. Tulis & Menang ariffshah.com =-.