Bagaimana Mendapatkan Tiket Paling Murah AirAsia?

Untuk mereka yang suka travel dan bukan anak Tan Sri, boleh baca tips di sini tentang cara untuk mendapatkan tiket flight murah daripada AirAsia.

Sebelum tu anda perlu tahu bahawa kat AirAsia ni ada beberapa jenis tiket murah. Paling popular adalah tiket percuma RM0 mereka, then ada tiket harga Promo. Walaupun tiket yang korang beli mungkin murah, tapi selagi tak ada perkataan Promo pada paparan harga tiket, ia bukanlah tiket paling murah.

tips_tiket_murah_air_asia

1. Beli tiket 6 bulan lebih awal daripada travel date anda. Lagi awal lagi bagus. Biasanya tiket flight boleh dibeli antara 6-9 bulan lebih awal daripada travel date. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan tiket promo daripada AirAsia.

Saya berjaya dapatkan tiket murah untuk jalan-jalan Jepun dengan cara ini.

2. Beli tiket pada hari pertama route baru diumumkan. Macam semalam (19 Februari 2014), route KL-Kalibo dilancarkan oleh AirAsia bersama-sama dengan tawaran tiket RM0 untuk ahli BIG mereka.

Ahli hanya perlu login akaun BIG dan redeem tiket pada harga RM0 dan saya check semalam, untuk tawaran ini, hanya perlu bayar RM122 seorang (termasuk airport fees) untuk return flight KL-Kalibo. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya sah sehingga jam 12 tengah hari pada hari yang sama. Rugi betul tak sambar je terus tiket tu semalam.

Bila check harini, tiket paling murah (promo) yang saya dapat adalah RM320 seorang (termasuk airport fees). Harga bukan promo adalah lebih kurang RM600 seorang all-in.

3. Pilih tarikh selain hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad). By default semua orang akan travel pada waktu-waktu macam ni, jadi by default mereka susah nak bagi tiket harga Promo pada hari-hari ini kecuali route tu memang tak susah nak laku atau bukan musim. Kebarangkalian untuk mendapatkan tiket promo kalau travel hari bekerja adalah lebih tinggi.

4. Pilih tarikh selain daripada public holiday, mungkin 1-2 hari lebih awal. Same case, mereka dah kaji awal-awal cuti am di Malaysia dan berkemungkinan besar tak akan meletakkan harga promo pada hari-hari ini.

5. Jadi ahli BIG mereka. Saya pun ahli BIG, tapi kad tak pernah activate. Cuma ada online account je. Tujuannya hanyalah satu, untuk dapatkan tiket harga RM0 macam yang saya bagitau di atas.

6. Kaji high season destinasi percutian anda. Kalau masa tu orang sibuk pergi sebab ada festival atau event besar yang bermusim di destinasi tersebut, elakkan. Faktor ini juga diambil kira dalam menentukan harga tiket.

7. Kaji juga cuti sekolah Malaysia. Sama macam tadi, kebarangkalian untuk mendapatkan harga tiket murah adalah sangat tipis kalau travel masa cuti sekolah.

8. Last but not least, kalau nak dapat harga tiket murah AirAsia, jadi staf AirAsia. Benefit tiket murah ni memang biasa untuk semua airline di mana pekerja boleh membeli tiket pada harga 10% (ada yang 5%, bergantung pada airline) sahaja daripada total fare.

Harap tips yang dikongsikan dapat membantu!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

23 Comments