Liberalisasi Insurans Motor & Bagaimana Memastikan Premium Insurans Anda Rendah

Saya pasti ramai dah terdengar pasal liberalisasi insurans motor tapi tak faham apa sebenarnya yang berlaku pada insurans kenderaan anda.

Kalau dulu, insurans kenderaan perlu mengikut tarif yang telah ditetapkan berdasarkan jenis kereta, saiz enjin dan sum insured. Sekarang tidak lagi.

Dengan liberalisasi, polisi insurans lebih fleksibel dan premium tidak lagi ditentukan oleh tarif. Syarikat insurans bebas meletakkan premium insurans yang bersesuaian dengan manfaat dan perlindungan yang diberikan.

Liberalisasi insurans motor ni penting kepada pengguna kerana syarikat insurans kini perlu bersaing menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna pada kos yang berpatutan. Saya lihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif kepada pengguna.

Faktor seperti rekod pemanduan juga boleh diambil kira dalam menentukan premium insurans kenderaan. Ini lebih adil kepada pengguna kerana pemandu yang berhemah (kurang risiko kemalangan) boleh menikmati premium yang rendah berbanding pemandu yang mempunyai rekod pemanduan yang buruk (berisiko tinggi).

No Claim Discount (NCD) masih lagi dikekalkan dan tidak berubah. Oleh itu, NCD masih lagi merupakan diskaun paling besar untuk insurans motor anda.

Dengan memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan memandu mengikut peraturan jalan raya, kemalangan dapat dielakkan sekaligus membolehkan anda menuntut NCD.

Sebagai pengguna, anda perlu melakukan ulangkaji produk insurans yang bersesuaian dengan anda, terutamanya selepas liberalisasi kerana setiap syarikat insurans menawarkan pelan yang unik.

Dalam pencarian saya, saya menemui pelan MY Car Insurance daripada Chubb yang saya rasakan sangat sesuai dimiliki oleh semua pemilik kenderaan. Saya kongsikan sedikit tentang pelan ini.

MY Car Insurance menawarkan pakej insurans yang menarik kepada pengguna. Tiga ciri utama produk ini ialah:

  1. 24 jam tundaan tanpa had jarak dengan caj penyelenggaraan yang ditanggung sehingga RM400 untuk pembaikan kerosakan kecil
  2. Kereta gantian sehingga 10 hari bagi setiap insiden sepanjang kereta anda perlu dibaiki di bengkel
  3. Bantuan tunai RM1,000 sekiranya mengalami kerugian akibat daripada kecurian/rompakan di rumah.

Sebagai pemilik kereta, tundaan tanpa had jarak dan kereta gantian adalah dua manfaat yang memang saya suka. Hakikatnya, kemalangan masih boleh berlaku walaupun anda seorang pemandu yang berhemah.

Dengan adanya dua manfaat ini, sekuranya-kurangnya anda tidak terbeban dengan kos towing dan masalah tiada kenderaan sementara menunggu kenderaan anda siap dibaiki selepas kemalangan. Kos towing sangat mahal, jadi eloklah kos seperti ini ditanggung pihak insurans.

Saya pernah merasai keperitan kereta tersadai dalam bengkel akibat daripada kemalangan dan lebih teruk lagi tiada manfaat kereta gantian daripada pelan insurans lama saya. Terpaksa meminjam kereta orang lain. Manfaat ini adalah manfaat asas yang sepatutnya ada dalam semua pelan insurans.

Selain itu, Chubb menawarkan manfaat lain seperti penginapan hotel sekiranya anda terlibat dalam kemalangan di lokasi berjauhan dengan kediaman anda dan manfaat tuntutan tanpa had bagi liabiliti pihak ketiga yang mengakibatkan kematian ataupun kecederaan.

Info lain berkaitan produk MY Car Insurance daripada Chubb ini boleh didapati daripada laman web mereka.

Juga, dapatkan terus sebut harga untuk produk ini dengan mengisi borang di laman web Chubb.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply