Felda Global Ventures Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak lama lagi dan kini permohonan telah dibuka untuk kaum bumiputera melakukan permohonan untuk kuota bumiputera saham ini.
Untuk pengetahuan semua, pembelian saham di waktu penyenaraian biasanya boleh memberikan keuntungan yang sangat besar, lebih-lebih lagi untuk syarikat yang berpotensi tinggi seperti Felda. Pada pendapat saya, siapa yang dapat saham Felda pada harga penyenaraian adalah sangat beruntung. Harap manual ini akan dapat membantu anda mendapatkan saham khas bumiputera daripada Miti.
Sebelum tu, apakah beza pembelian IPO melalui Saham Khas Bumiputera Miti dengan pembelian melalui online banking/atm (contohnya melalui Maybank)? Pembelian melalui Miti memberikan peluang yang lebih besar kepada kaum bumiputera dan biasanya semua yang memohon akan dapat, walaupun tak banyak, sikit pun dapat. Kalau melalui bank, permohonan anda belum tentu dapat.
Cara melakukan permohonan saham khas bumiputera bagi individu:
1. Lawati laman web Miti
2. Lihat di bahagian kanan portal, di bawah bahagian Online Application. Klik pada Bumiputera Shares
3. Klik pada Maklumat Saham. Pilih saham yang anda ingin beli (klik Felda Global Ventures Berhad).
4. Klik pada permohonan individu.
5. Isikan semua maklumat dengan betul dan tekan butang hantar. Akaun CDS boleh dibukan di mana-mana cawangan terpilih bank berdekatan anda, atau melalui Dealer’s Representative syarikat sekuriti (OSK, Jupiter Online, etc). Yuran pembukaan akaun adalah sebanyak RM10 sahaja. Pembukaan akaun baru memakan masa satu hari.
6. Page dibawah akan dipaparkan selepas anda menekan butang hantar.
7. Dokumen tambahan perlu disertakan bagi memastikan anda mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah saham yang dipohon. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank
- Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
- Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan /Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas
- Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS)
Semoga peluang ini anda gunakan sebaik-baiknya. Dah ada kuota untuk bumiputera, manfaatkan.
Terima kasih saudara Mohd Shahril (013-4058978) dari OSK atas panduan ini yang dikirim melalui email. Kalau tak, saya pun terlepas peluang untuk membeli saham ketika penyenaraian ini.
45 Comments
Rizal
25 May, 2012 at 12:08 amSalam tn.Ariff, baru2 ni sy dah mohon saham FGVH kat portal miti, Soalannya, Bagaimana ingin sy mengetahui status permohonan itu?
Ariff
25 May, 2012 at 12:24 amKeputusan semua akan diumumkan melalui portal Miti. Tunggu je.
Hafizul
18 May, 2012 at 5:26 pmEmm bijak2 orang main saham ni..haha..pandai rebut peluang…
maria anas
4 May, 2012 at 11:02 pmbaru cadang nk beli ….dh tutup rupenyer…ade sesape yg sudi membantu saya…?
shahril
10 May, 2012 at 9:58 ammasih ada peluang. cuba beli melalui tawaran awam nanti. kalau xsilap saya dalam 2 minggu ni prospectus akan keluar.
ahmad
3 May, 2012 at 11:48 amboleh naik ke saham ni.. harga mahal pulak tu…boleh bg pandangan…
Abe Zed
3 May, 2012 at 10:20 amMaaf saya baharu sahaja laman tuan. Ingin untuk memohon saham FGVH tapi akaun CDS belum buka lagi. Rasanya dah sempat tarikh akhir esok, saya di Kota Bharu esok cuti mingguan sehingga hari Ahad. Hari ini 3 MEI 2012 half day. Macamana!!!.
Ariff
3 May, 2012 at 10:36 amalamak. macam tak sempat. Try cari broker di KL untuk membantu.
Fared
2 May, 2012 at 4:22 pmKepada sesiapa yang ingin membeli saham FELDA masih terbuka lagi. permohonan hendaklah dihantar ke MITI sebelum 4 May 2012 (jumaat) ini….
Bagi lembah klang boleh la hubungi saya 0133655168… dan boleh beli saham melalui EPF boleh melalui APEXETRADE…
zmy
3 May, 2012 at 2:26 ammacam mana nak betulkan, jika tersalah key-in jumlah saham yang dipohon, misalnya nak beli 5000 unit je, tapi key-in 50,000…dan dah HANTAR… tq
Ariff
3 May, 2012 at 9:42 amrasanya tak boleh betulkan dah. tapi biasanya tak akan dapat 100% yang dipohon, cuma mereka akan lihat pada kemampuan, samada boleh bayar ke tak nanti. Mungkin bilangan yang di-approve adalah berdasarkan kemampuan
Yus
2 May, 2012 at 3:36 pmbro..1000 unit saham tu sama dengan RM1000 ke?
Ariff
2 May, 2012 at 5:37 pmRM4650. check komen2 sebelum ni untuk penjelasan
shahril
30 April, 2012 at 10:25 amsalam. kepada yg berminat boleh buat appointment dgn saya esok. anda cuma sediakan semua dokumen. yg lain kami akan uruskan. tiada charge dikenakan. Jika berminat saya berada di R&R Sg buluh dari jam 11am-2pm. hubungi saya di talian 013-4058978. thank Ariff sebab siarkan manual saya ini. sharing is caring. :)
aBu
1 May, 2012 at 11:12 amPending Documents
1. Akaun CDS > Salinan Akaun CDS
2. Pengesahan ASB oleh PNB
Sempat ker nak buat sume nih! Huhu..
Usamah
1 May, 2012 at 10:05 pmcds spttnye dh buat siap2 sbb penyata no akaun dia smpai lmbt mmg x smpt jumaat ni..takpe kalo trlps felda ni blh try gas malaysia ke yg akn klua x lm lg
ajumohit
30 April, 2012 at 8:19 amemm bagusnya sharing this info, kalau tgk EPS tu baguslah kan, bukan senang nk dpt IPO ni, tgk kuota jugaklah kan..TQ anyway..
pastu tutorial pasang comment luv di blogspot tu menjadikla bro, Tq jugak
sasha
30 April, 2012 at 1:25 amAs Salam.
5 / 6 tahun dulu ada buka akaun CDS di OSK semasa dpt ESOS syarikat.. dah lama sgt tak aktif adakah akaun tsbt masih boleh digunakan seperti pembelian saham Felda ini?
Agen OSK tersebut pun dah takde number..
Thanks.. & all the best.
shahril
30 April, 2012 at 10:03 amsalam. kepada yg berminat boleh buat appointment dgn saya esok. anda cuma sediakan semua dokumen. yg lain kami akan settle kn. tiada charge dikenakan. Jika berminat saya berada di R&R Sg buluh dari jam 11am-2pm. hubungi saya di talian 013-4058978. thank Ariff sebab siarkan manual saya ini. sharing is caring.
Mus
29 April, 2012 at 11:18 pmdah ada peluang ni.. kena cepat sebelum terlambat.
GBuddy
29 April, 2012 at 9:56 pmSalam tuan yang arif,
Macam mana dengan semua salinan sokongan kewangan tu yer? e.g. penyata bank, ASB, etc. Tgk website MITI kena hantar kat Putrajaya la pulak. Memang macam tu ek? Hantar pos aci tak…
Ariff
29 April, 2012 at 10:37 pmrasanya kena hantar pos atau fax. dalam panduan yang dihantar, tak diberitahu pula macam mana.
Usamah
1 May, 2012 at 10:08 pmMITI tak terima fax atau emel..so send online pastu print dan pos laju dgn dokumen smue
sadiq
29 April, 2012 at 9:43 pmfuhh..xfaham saham2 ni..tgk je la=)
MyKeyPad
29 April, 2012 at 7:34 pmPeluang bagus ni.Nak kaji sikit lagi pasal saham-saham ni.Nampak macam menarik betul. :)
Adi
29 April, 2012 at 12:32 pmJangan lupa daftar CDS dan trading akaun di
http://www.bimbsec.com.my/
The only full fledge Shariah compliance stock broker..
LIKE page FB sekali
https://www.facebook.com/BIMBSecurities
kesoma.rai
29 April, 2012 at 11:55 ameh ni saham undet felda jugak eh… Sori kalau silap paham..
Ariff
29 April, 2012 at 12:16 pmyes. inilah saham felda yang tengah hangat kat tv sekarang
shahril
29 April, 2012 at 11:47 amkepada yg berminat dinasihatkan supaya segera menyediakan dokumen sokongan kewangan seperti bank statement, ASB n tabung haji. selalunya bank statement memerlukan 2 hari untuk diproses. Tarikh tutup adalah jumaat depan, hari selasa cuti. So, xbanyak masa tinggal. Kesemua dokumen perlu disahkan oleh staff bank. Pastikan staff ada menyertakan cop nama dan no pekerja mereka. Thanks
putera malam
29 April, 2012 at 9:51 amminimum berapa yer untuk beli saham felda nie,,,
Ariff
29 April, 2012 at 9:54 amtakde minimum rasanya. ikut kemampuan. tapi biasanya 1 lot atau 100 saham. jadi kalau 1 saham RM1, 1 lot RM100 la minimum yang diperlukan.jumlah minimum saham yang dipohon ialah 1000 unit. satu unit minimum RM1. Jadi kena standby cash minimum RM1000 untuk permohonan ini.sila rujuk balasan komen yang diterima bawah ni. TQ
shahril
29 April, 2012 at 11:41 amuntuk min adalah sebanyak 1000unit. harga tawaran adalah rm4.65 sesaham. RM 1.00 adalah par value bukan harga tawaran saham. So, min kene ada modal RM4,650. Jika dilihat pada PE Ratio semasa iaitu 20x. Dijangka min harga akan naik RM5.60. MPS = PE ratiox EPS
Animus
30 April, 2012 at 11:39 amFGVH akan offer dividen ke?
shahril
1 May, 2012 at 12:01 amkebiasaannya company2 besar akan memberi dividend tahunan kepada pemegang saham. tetapi itu semua atas budi bicara syarikat. Jika dilihat dalam prospectus, tidak dinyatakan yg felda akan memberi dividend bagi tahun ini.
Mark X
2 May, 2012 at 12:10 pmQ: agaknye camne yek orang2 felda nak mikili saham2 ni? kna CDS lak lagi..
Usamah
29 April, 2012 at 12:04 pmsalam bro..satu unit sebenarnya RM 4.65 bukan satu unit RM 1 so minimum adalah RM 4650
Ariff
29 April, 2012 at 12:15 pmoh my. silap tu. saya tengok pada harga par sebagai contoh. tak tau pulak harga dia 4.65
Master Zuheir
27 May, 2012 at 3:24 amfuuhh,banyak tu RM4,650..minimum lak tu.hui3
hisham
29 April, 2012 at 9:09 ambetul,
miti jadi moto… termimpi2 superbike ke? hehe
Master Zuheir
29 April, 2012 at 7:28 amnak tanya kalau kita xade ini
“Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS)”
tak boleh apply ke?
Ariff
29 April, 2012 at 9:43 ambuka akaun cds dulu. baru boleh apply.
Ikhtiar Shah
29 April, 2012 at 7:24 amfuhh..boleh try ni..
tersgt bagus topik ini. :)
zulkbo
29 April, 2012 at 2:19 amsalam..
thanks for info..
memang saya dalam perancangan nak
beli saham felda nih..sebagai anak felda
sedikit sebanyak saham mereka saya
rasa perlu saya pegang :)
Hanep
29 April, 2012 at 12:57 amPembetulan pada URL pertama tersebut. Laju menaip nampak. Hehe.
Ariff
29 April, 2012 at 9:48 amahaha… thanks atas pembetulan. memang nak publish cepat malam tadi