Bagaimana Nak Refinance Rumah?

Step-by-step cara nak refinance rumah berdasarkan pengalaman sendiri. Penat dah saya terangkan satu-satu kat setiap orang yang PM dan email. Kalau saya caj consultation fee untuk setiap kes, dah boleh berhenti kerja dah.

“Berbaloi ke nak refinance?”

bagimana-refinance-rumah

Soalan paling popular, berbaloi ke nak refinance? Yang ni pun susah saya nak jawab sebab setiap kes berbeza. Pada kebiasaannya, dua sebab utama orang refinance rumah adalah kerana:

1. Harga semasa telah meningkat. Jadi bila harga semasa meningkat dan perbezaannya besar berbanding baki loan kita, maka kita akan dapat lebihan duit tu bila refinance, dengan syarat amaun refinance yang diterima tu lebih tinggi lah kan.

Kalau refinance tapi tak layak dapat jumlah pinjaman mengikut harga semasa rumah, memang tak banyak lebihan yang dapat.

Kalau refinance tapi lebihan tak banyak lepas ditolak kos lawyer tu semua, pun tak berbaloi. Kena kenal pasti kos yang terlibat dan buat pengiraan terlebih dahulu.

2. Pengurangan interest. Bagi yang ambil loan-loan lama (> 5 tahun), kebiasaannya kadar interest mereka lebih tinggi sebab masa tu memang interest tinggi. Jadi bila refinance, dapatlah kadar interest yang lebih rendah sekarang.

Bila interest berkurang, maka instalment bulanan pun berkurang.

Step-by-step Refinance Rumah

Jadi bagaimana nak refinance rumah? Secara ringkasnya, step dia seperti di bawah ni:

1. Kena ada rumah. Takde rumah tak payah cerita. Kalau rumah baru beli, pun tak payah cerita kecuali kalau kita dah tau harga pasaran rumah tu dah naik banyak.

2. Kena tahu harga pasaran rumah. Nak tau harga pasaran ni boleh guna beberapa cara. Pertama, tengok iklan kat website yang menjual rumah dan carilah rumah yang kita nak refianance tu.

Kedua, tanya agen hartanah. Biasanya agen hartanah tau sebab dia tukang jualkan rumah orang lain di kawasan tersebut. Agen hartanah pun boleh tanya jurunilai yang mereka kenal.

Ketiga, tanya pegawai bank yang menguruskan loan rumah di bank berdekatan rumah yang kita nak refinance. Biasanya banker tau berdasarkan amaun loan yang diambil oleh peminjam yang ingin membeli di kawasan tersebut.

Jadi dengan salah satu cara ni, dapatlah dianggarkan berapa harga pasaran rumah di kawasan tersebut.

3. Bila dah tau harga pasaran tinggi berbanding hutang (kalau ada) dengan bank, tengok pulak kelayakan loan kita. Yang ni malas nak cerita, rasanya mana-mana pun dah cerita pasal loan ni. Jadi saya anggap anda semua tau.

4. Kalau tak tau jugak, boleh jumpa pegawai bank terus. Mereka boleh bantu kirakan dan beritahu anda layak ke tak nak apply loan refinance tu.

5. Bila semua ok, proceed dengan proses mendapatkan loan. Nak dapatkan loan boleh guna dua cara, satu jumpa banker. Jadi kalau nak apply 3 bank, terpaksa cari dan jumpa 3 banker. Satu lagi guna loan broker.

Loan broker ni akan submitkan permohonan ke seberapa banyak bank. Perkhidmatan dia percuma, tapi kebiasaannya mereka akan ‘recommend’ kita guna lawyer mereka dan akan push kita untuk ambil MLTT daripada mereka.

Jaga-jaga. Kalau anda dah ada lawyer sendiri dan nak ambil insuran sendiri, pastikan mesej ini diberitahu awal-awal lagi kepada loan broker tersebut untuk mengelakkan konflik.

Kenapa tak best kalau guna lawyer dia? Lawyer yang mereka recommend ni mungkin jauh daripada kita, jadi kalau nak berurusan nanti susah. Dalam hal pemilihan lawyer untuk urusan jual / beli / refinance rumah, eloklah guna lawyer firm yang dah biasa dengan kita.

Kenapa tak best ambil MLTT dengan mereka? Sebab saya dah ajar step by step ni. At least support lah sikit kan. haiya~

6. Jenis loan. Ada flexi, ada semi-flexi dan ada term loan.

Orang buat bisnes dan ada banyak lebihan duit bulanan ambil flexi supaya lebihan duit boleh simpan dalam akaun semasa untuk kurangkan interest. Duit dalam akaun simpanan tadi boleh keluar semula. Principal payment yang kita bayar untuk rumah pun boleh dikeluarkan semula untuk dimodalkan pada benda lain (rumah lain, pelaburan, etc).

Orang biasa ambil semi-flexi dengan term loan ni lebih kurang je kalau tak silap. Dah lupa perbezaan dia. Pergi tanya orang bank.

7. Lock-in period. Sebanarnya tak perlu kisah pun pasal lock-in period ni sebab biasanya tak lama pun, 3 tahun je. Lepas 3 tahun baru berbaloi nak refinance lagi sekali. Tapi buat apa kan nak refinance banyak kali?

Untuk rumah tinggal sendiri, lupakan pasal lock-in period ni.

8. Insuran? MLTT? MRTT? Yang ni saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam entri lain. Lebih molek kita jumpa terus.

Tapi secara ringkasnya, orang ambil MRTT hanya sebab untuk kurangkan interest. Contoh kalau dapat loan BLR-2.2, kita cakap nak ambil MRTT dan ada bank akan bagi BLR-2.4. Tak perlu cover sepenuhnya, 50% daripada loan untuk jangkamasa 10 tahun pun cukup untuk dapatkan pengurangan interest tadi.

Ada bank beri pilihan untuk insuran tu, ada yang tak dan mereka pakejkan sekali.

MLTT pulak diambil supaya boleh buat early settlement menggunakan wang simpanan yang terkumpul. Bagi yang umur kurang daripada 30, kalau ambil MLTT, kebiasaannya boleh buat early settlement setahun atau dua tahun lebih awal. Tapi benda ni subjektif. Kena jumpa dan buat calculation baru boleh cerita.

9. Bila dapat loan yang kita berkenan, sign loan offer letter dan proceed.

10. Proses seterusnya akan diselesaikan oleh lawyer. Panjang kalau nak cerita kat sini.

11. Bila bank lama dah disburse kepada bank baru (kalau berlainan bank), maka selesailah urusan refinance. Lawyer akan berikan cheque lebihan tadi, selepas ditolak lawyer fee.

cara-refinance-rumah

Begitulah secara ringkasnya yang boleh saya terangkan. Kongsikan entri ni di wall FB anda untuk keamanan saya dan keamanan sejagat. At least, kuranglah sikit orang PM tanya pasal refinance.

Lepas ni siapa tanya, saya wajibkan ambil plan Takaful terbaik dengan saya boleh tak? Senang. Nak tanya saya apa-apa pada bila-bila masa pun boleh. Saya akan layan dengan sepenuh hati sebagai value added service saya.

Tanyalah pasal saham, forex, property investment, IPO, unit trust, beli rumah, refinance rumah, beli kereta, simpan duit untuk kahwin, kad kredit, semua saya boleh jawab dengan cemerlang. Deal?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments

  • AZENI AHMAD

    23 December, 2014 at 5:04 pm

    Memang saya dalam perancangan untuk refinance rumah.
    Sebab value rumah semkain tinggi disebabkan pembinaan MRT.
    Lagipun mmg dah lepas tempoh matang dah.
    Yang pnting senang guna lawyer sendiri masa buat pembelian rumah dulu.
    Tq bro sharing.

  • zulkhairisaid

    23 December, 2014 at 11:00 am

    bro,

    thanks for sharing this nice info. macam boleh buat blog satu lagi pasal property.

    btw link bijaktakaful last para tu x betul rasenye.

  • Aishah

    23 December, 2014 at 12:45 am

    Alhamdulillah semua step tu baru je selesai. Tinggal sign dengan lawyer, dan yang paling best lah – DISBURSEMENT ..pastu memang ada masalah bilamana developer bankrap dan isu strata title tergantung. Kebanyakan bank decline permohonan refinance. Alhamdulillah ada yang sudi terima.

  • akubiomed

    22 December, 2014 at 11:28 pm

    3 tahun dahulu ada perancangan hendak refinance semula tetapi pihak bank nasihat tidak sebab harga rumah saya beli masih rendah market value. Telan air liur sahajalah.

  • NUR HIDAYAH

    22 December, 2014 at 10:06 pm

    Da beli prudential insurans dgn kwn bru jumpa blog ni…tpi nk tnya jugak la pasal loan rumah guna life insurans…harap bole share…