Bagaimana Menjadikan Tahun Baru 1436 Hijrah Ini Lebih Baik Daripada Tahun Lepas?

awal muharam

Sementara buat kerja prepare polisi Takaful untuk client outstation yang akan dipos esok, sempatlah dengar ceramah masjid depan rumah ni.

Alhamdulillah. Tinggal depan masjid. Sambil buat kerja kat rumah pun boleh dengar ceramah. Ada rezeki nanti nak beli rumah dekat dengan masjid.

Antara yang dikongsikan tentang berkaitan topik menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas ialah:

1. Audit diri kita setiap hari. Bila kita tengok balik pencapaian kita setiap hari, kita sentiasa akan perbaiki diri kita sebab tiap-tiap hari nak capai sesuatu yang positif, lebih baik daripada semalam.

2. Mulakan dengan pencapaian kecil-kecilan dahulu. Contoh, kalau semalam bangun lambat, hari ni bangun awal. Kalau semalam solat sorang-sorang, hari ni solat berjemaah. Boleh apply benda ni dalam semua perkara. Contoh lain, kalau bulan Jumaat minggu ni sedekah RM2 kat masjid, Jumaat minggu depan kita sedekah RM3. Walaupun kecil, pencapaian positif tu dikira.

3. Tak salah kalau kita berkira-kira macam ni sebab kita berkira-kira pun supaya boleh track performance kita, bukan nak bagitau semua orang. Kita sendiri tau pencapaian diri kita macam mana.

4. Orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Konsep dia cukup simple. Kalau kita hayati dan aplikasikan dalam semua aspek dalam kehidupan seharian, memang tak mustahil nak dapatkan yang kejayaan berterusan dalam hidup.

So, apa lagi. Mulakan sekarang. Dalam topik personal finance pun kita boleh apliksikan konsep ni untuk menjimat beribu-ribu Ringgit dan pada masa yang sama dapat wujudkan tabung simpanan sendiri.

Bagaimana?

Kalau tahun lepas, anda mungkin kena keluarkan savings sendiri bayar bil hospital untuk segala jenis penyakit (penyakit kritikal khususnya) sebab takde medical card. Jadi tahun ni kita ubah, ambil medical card ikut kemampuan anda supaya kalau masuk hospital nanti tak pening kepala dah sebab medical card bayarkan. Simple kan?

Selamat menyambut tahun baru 1436 Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments

  • Dr Salwa

    26 October, 2014 at 8:12 am

    Salam Ma’al Hijrah,
    Mula dulu saya ikut tarikh lahir guna kalendar gregorian kemudian selepas diberi hidayah baru sedar dan tukar pada kalendar hijrah,rupanya saya dilahirkan pada 1 muharam dan sejak itu saya sambut pada 1 muharam.Sebenarnya ramai umat islam yang keliru apabila menyebut matahari sebagai bulan,contoh bulan ogos adalah matahari ogos yang sebenarnya, sebab orang roman kira ikut kitaran matahari.Umat Islam seperti yang Allah swt firmankan di dalam al quran ikut kitaran bulan dan lebih berhak keatas sebutan bulan.

      • Dr Salwa

        26 October, 2014 at 4:12 pm

        Awal dulu saya pun kekok juga tetapi bila mengenangkan kalau saya sambut juga guna kalendar nasrani saya akan sambut hari lahir orang pada tahun-tahun berikut disebabkan dalam kalendar gregorian kitaran matahari setahun adalah 365 hari sementara kitaran bulan hanya 360.Katakan tahun ini contoh 3 disember bersamaan dgn 1 muharam tetapi tahun depan 1 dis bersamaan 15 muharam,mana mungkin sama.
        Saya pernah bertanya pada seorang kawan yang ada PHD dalam syariah Islam,mana yang betul antara gregorian dan hijriah?jawapanya pendek sahaja darinya adalah hijriah tetapi dia masih guna kalendar gregorian utk semua urusan dunia.Tidak salah guna utk urusan dunia tetapi niat kita kena betul yang benar tetap apa yang Allah perintahkan dalam al-quran.Alhamdulillah anak-anak saya semua dapat menerima penjelasan saya dan hanya sambut hari lahir sendiri iku hijriah dan tidak lagi sambut hari lahir orang lain.