Bagaimana Mengumpul RM1 Juta Petama Sebelum Umur 40 Bagi Golongan Berkerja

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sekadar idea untuk golongan berkerja tentang bagaimana nak kumpul duit untuk dapatkan RM1 Juta yang pertama sebelum umur 40. Skil tak payah buat bisnes. Tak payah join MLM. Tak payah buat part time takaful (lepas ni full time) macam saya. Makan gaji je cukup.

Syarat dia cukup mudah. Mesti beli hartanah. Tak kisahlah under construction atau subsale. Yang penting hartanah yang dibeli terletak di kawasan strategik yang senang nak jaga dan harga confirm naik.

Macam mana? Pertama sekali, cuba fahamkan jadual bawah ni dulu.

rm1 juta umur 40

Step by step dia macam ni:

  1. Umur 25. Suami beli rumah #1
  2. Umur 26. Suami beli rumah #2. Isteri beli rumah #3. Suami start loan ASB & ASB2.
  3. Umur 27. Isteri beli rumah #4. Isteri start loan ASB & ASB2.
  4. Umur 30. Suami jual rumah #1 dan beli rumah #5. ASB suami tutup sebab nak beli rumah #5. Untung RM100k + 30k ASB + 25k ASB2 simpan.
  5. Umur 31. Suami jual rumah #2 dan beli rumah #6. Isteri jual rumah #3 dan beli rumah #7. ASB isteri tutup sebab nak beli rumah #7. Untung RM200k + 30k ASB + 25k ASB2 simpan. Loan ASB & ASB2 suami start balik.
  6. Lepas 5 tahun pegangan rumah #5, #6, #7 & #8, jual semuanya. Total keuntungan jual rumah dan tutup akaun ASB boleh cecah RM1 juta.

Andaian kat sini adalah setiap 5 tahun, hartanah yang dijual tu confirm naik RM100k. Yang ni tak mustahil. Low cost biasa2 pun boleh cecah capital appreciation banyak ni.

Part ASB tu, bagi yang dah baca ebook ni, korang akan tau yang angka tu achieveable. In fact, boleh dapat lebih. Tapi saya letak conservative value sahaja. Letak lebih-lebih nanti kata tipu pulak.

Mustahil tak nak dapat RM1 juta sebelum 40? Kalau ikut cara ni, memang tak mustahil. Mesti ramai dapat lebih sebab saya tau yang di luar tu hebat-hebat belaka. Perlaksanaan tu lain cerita la. Semua orang ada cara masing-masing dan kekangan/kelebihan tersendiri. Tapi general idea dia macam ni la.

Kebetulan saya nak ambil ASB loan tak lama lagi. Jadi terfikir benda ni. Dan setelah membeli property, rasanya saya macam dah half way buat benda ni. Itu sebabnya idea ni terlintas di fikiran saya.

Nak buat someting kena nampak bigger picture dia dulu, baru boleh fokus. Yang saya bagi atas ni salah contoh bigger picture dalam pelaburan. Bila ada planning, baru boleh fokus dan tau apa next step. Dalam investing, senang nak follow atau terfollow orang lain buat sesuatu, tapi kita sendiri tak tau apa yang kita nak.

Apa-apa pun, Selamat Berpuasa dan beramal di bulan yang barokah ni. Saya doakan semoga semua pembaca saya dipermudahkan urusan dan sentiasa berjaya dalam apa yang diusahakan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

29 Comments

  • Amirah Nabilah

    22 July, 2016 at 4:52 pm

    Tahniah dan terima kasih diatas pengkongsian En.Arif. Saya berumur 27 tahun, pernah bekerja setahun lepas grad sebelum kembali menyambung pengajian. Yuran pengajian ditaja kerajaan, tetapi tiada elaun. Kini bekerja part time dan sentiasa mencari peluang dan pengetahuan dalam pelaburan, buat bekalan bila dah stabil dan mampu melabur kelak.

    Soalan saya:
    1) Saya nak tahu lebih lanjut tentang plan diatas. Kurang paham sebenarnya. Mungkin En.Ariff boleh terangkan lagi detail atau sy boleh buat rujukan dari sumbe lain?

    2) Apa kerja part time yang dapat mendatangkan pulangan yang memberangsangkan? Bukan nak cepat kaya, tapi dalam keadaan dan umur saya sekarang, memang dah kena pikir macam mana nak kumpul aset.

    Saya juga terbuka untuk sebarang cadangan lain dari En.Arif.

    Terima kasih banyak.
    Salam

  • semak saman

    13 June, 2016 at 9:57 pm

    suka tengok ramai yang mulai peka mengenai hartanah dan pengurusan kewangan. sebab dekat FB selalu ramai yang share artikel sebegini. insyaAllah, tips ni boleh dipraktikkan

  • Khairul Zamri

    11 June, 2016 at 6:11 am

    Masih belum terlambat lagi untuk memiliki hartanah pertama atau kedua hari ini. Cari dan pilih kawasan yang strategik adalah penting bagi memiliki Rumah Pelaburan

  • Chef Dahalan

    7 June, 2016 at 8:32 am

    Bukan ke bila ambik pinjaman asb bank yang untung bank..Saya dah buat…Jika ambik pinjaman dan duit dividen tak ambik takpa…Biasanya bila baru bekerja terutama tinggal dibandar belanja lebih kerana inflasi!!!

    Saya simpan di unit amanah syariah lain dan tunggu 5 tahun yang ini berbaloi pulangan lebih 100%…

    Saya suka beli tanah dari rumah kerana rumah sewa kena urus jugak pulangan purata setelah tolak bayar pinjaman 6%…

    Saya suka simpanan berkembang tak perlu maintenance dan boleh draw bila2 masa jika perlu

    Dalam ugama kita Islam tak bagus berhutang…Simpan cara betul…Sikit2 lama2 jadi bukit

  • Mohd shahrani Ibrahim

    6 June, 2016 at 8:44 pm

    T.kasih.. Idea yg menarik..in shaa Allah boleh diaplikasikan..asal nak atau tak je..semua ditangan kita dan keizinan Allah SWT

    • Ariff

      6 June, 2016 at 5:03 pm

      Isteri buat bisnes? Atau suami punya kapasiti pendapatan kena besar.

      Selain tu, susah sebab bila melibatkan beli rumah ni, mesti ada kerja/pendapatan

  • rahimah majid

    6 June, 2016 at 9:10 am

    Saya suka bab property tapi pada age macam saya ni dah terlepas dah peluang tu. Sekarang tengah riki riki dan belajar pasal rumah lelong, flipping dan subsale dengan modal yang ada . Cukup modal nak bukak homestay untuk traveller.

    • Ariff

      6 June, 2016 at 5:05 pm

      Bab umur ni.. betullah. Kalau nak ikut cara ni, mesti start awal. Dan pelaburan pun memang bergantung pada umur. Tahap umur lain, lain permainannya.

  • akubiomed

    6 June, 2016 at 6:44 am

    Ada panduan untuk suami sahaja yang mencari nafkah. Mana kala isteri pula surirumah sepenuh masa.?Maklumlah source of income satu sahaja kecuali kalau isteri ada mengusahakan perniagaan.