Bagaimana Mendapatkan Cashback Percuma Daripada Kad Kredit Anda

Bagaimana Mendapatkan Cashback Percuma Daripada Kad Kredit Anda

Tahun pertama apply kad kredit, macam-macam dapat, daripada free gift sehinggalah cashback tunai. Memang menguntungkan. Tapi kalau dah masuk tahun kedua, macam mana nak dapatkan cashback tadi?

Dulu tak lena tax RM50 setahun untuk pengguna kad kredit, sekarang dah ada. Pengguna yang bijak takkan bayar cukai ni (lagipun kita dah banyak bayar cukai) sebab sebenarnya ada cara untuk dapatkan semula cukai yang dibayar ni daripada bank kad kredit kita.

Caranya mudah je. Lepas setahun guna dan kita nampak cukai tu dalam monthly statement kad kredit, bayar lump sump balance bulan tu dan call customer service untuk terminate kad kredit tersebut. Customer service akan sekat penggunaan kad kredit tu dulu.

Lepas seminggu, anda akan dihibungi oleh pihak bank. Dia tanya kenapa nak cancel card tu dan akan bagi tawaran cashback ke dalam akaun kalau setuju untuk sambung guna kad kredit tersebut. Amaun ni bergantung pada bank, saya pernah dapat RM75 daripada bank X dan RM50 daripada bank Y.

Selain daripada mereka suruh sambung penggunaan kad kredit, mereka akan tanya kad kredit tu kita dah potong ke belum. Tak payah jawab apa-apa, just tanya dia balik “kalau dah potong macam mana?” Secara automatik pihak bank akan bagi kad kredit baru secara percuma.

Saya ambil kad kredit baru sebab kad lama dah tukar warna dari putih ke kuning sebab kerap digunakan. So dapatlah kad cantik balik.

Tahun ketiga boleh ulang step yang sama. Kalau bank tak nak bagi, cancel terus kad tu dan cari bank lain yang bagi cashbank kepada new applicant. Mesti ada sebab bisnes kad kredit ni sangat competitive dan sangat menguntungkan bank.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

24 Comments