Bagaimana Memilih Kipas Terbaik Untuk Rumah Kediaman

Pilih kipas pun boleh buat blogpost.

Jadi saya dan isteri telah sebulat suara nak buang aircon lama kat ruang tamu, sekali gus dapatlah membuang motor untuk aircon tersebut di balcony yang seterusnya menjadikan balcony kurang semak.

Balkoni adalah ruang yang sering orang abaikan walaupun tinggal dalam apartment kecil yang sah tak cukup ruang. Kena bijak gunakan keseluruhan ruang yang ada.

Aircon dah dibuang, jadi sekarang nak cari kipas. Pilihan mudah, kipas KDK biasa yang tak sampai RM200. Serius, kipas KDK ni terbaik untuk rumah sewa (kalau nak tahan lama, ada option lagi murah kalau nak maximize profit) atau rumah sendiri.

Jadi macam mana nak pilih kipas?

1) Power consumption mesti rendah. Tengok berapa range tenaga (Watt) yang digunakan.

2) Jumlah aliran udara yang mampu dihasilkan oleh kipas tersebut. Unit ini dikenali sebagai CFM (cubic feet per minute) yang memberikan ukuran berapa isipadu udara yang mengalir dalam seminit. Kalau sesiapa yang nak buat kajian sendiri selepas membaca entri ni, boleh gunakan airflow conversion calculator ni untuk kira sendiri CFM pelbagai model kipas. Ada model dari negara tertentu tak gunakan CFP tapi guna unit m3/min (cubic meter per minute).

3) Bila ada dua maklumat ni, kira kadar kecekapan tenaga kipas tersebut. Senang cerita, kipas yang bagus menghasilkan jumlah aliran udara paling banyak dengan menggunakan tenaga yang kecil. Recommended value adalah 200 CFM/Watt dan ke atas.

4) Bila jumpa kipas yang lebih kurang kadar kecekapannya, tengok spesifikasi dan bandingkan bunyi yang dihasilkan (diukur dalam desibel, dB) oleh kipas ini. Lagi rendah, lagi bagus.

5) Kalau malas nak buat benda-benda atas ni, refer je senarai top 3 kipas siling untuk kegunaan rumah anda. Sesuai untuk own stay sahaja ya. Untuk investment, saya cadangkan cari yang murah-murah dan biasa sahaja, kecuali kalau rumah investment anda target untuk high end market.

6) Design kipas mempengaruhi tahap efisiensi kipas. Kalau tengok senarai di bawah, kipas terbaik mempunyai rekabentuk yang simple. Senang cerita, abaikan kipas yang pelik rupanya.

Kipas Siling Terbaik Pilihan Ariff Shah

1) Aeratron – RM1,000 – RM2,000 – 900 CFM/W

aeratron ae2

The most efficient two-blade fan in the world. Setakat ni, kipas ni paling ‘berpatutan’ yang saya jumpa dalam pasaran Malaysia dan mempunyai rating yang bagus.

Kalau yang ni, bila pindah masuk rumah landed cantik sikit nanti boleh pasang. Design dari Australia dan teknologi engineering dari Swiss – German. Quality guaranteed.

Yang dua bilah ni macam propeller kapal terbang. Sesuai sangat dengan orang berjiwa aviation.

2) Haiku – RM3,000 – RM4,000 – 711 CFM/W

haiku

Kipas ni adalah yang paling efisien sekarang. Rating no.1 dunia dipegang oleh model Haiku sebagai kipas tiga bilah paling efisien. Rekabentuk daripada designer dari New Zealand, kemudiannya dibeli oleh syarikat dari US iaitu Big Ass Solution.

Ada satu pengedar di Malaysia.

Kalau saya dah kaya tahap tak perlu kerja nanti, bolehlah beli. Kipas stylo pada harga macam ni layak dipasang di rumah banglo atau penthouse je. Boleh tengok full range produk dan model yang mereka ada kat website ni. Buat masa ni, saya cari yang warna gelap je sebab tema perabut warna gelap untuk ruang tamu kondo.

 

3) KDK Sensa 5 – RM750 – 211 CFM/W

kdk sensa 5

Berkemungkinan besar saya pilih yang ni, tapi bila fikir balik, macam mahal pulak. Tapi saya ada kebebasan sikit sebab kalau guna kipas, bil elektrik jauh lebih rendah berbanding aircon. Jadi takdelah ralat sangat nak belanja lebih untuk kipas yang elok sikit..

Tak pasti lagi. Tengok macam mana.

4) Panasonic Bayu 5 – RM369 – 110 CFM/W

panasonic bayu 5

Next best option adalah Panasonic Bayu 5. Satu keistimewann Panasonic adalah dia banyak mode, siap ada timer. Price range macam ni standard la kalau nak kipas yang efisien sikit berbanding low range model. Come on la, takkan beli rumah ratus ribu tapi kipas RM100 lebih.

Apa-apa pun, terpulang pada bajet, taste dan keperluan masing-masing.

Jadi itulah empat pilihan yang ada. Brand lain yang ada di Malaysia ni saya tak masukkan sebab maklumat teknikal mereka tak dipaparkan di laman web. Jadi saya anggap mereka ni sekadar nak menjual kipas, dan bukan nak menjual kipas terbaik untuk kegunaan pengguna. Sepatutnya maklumat macam ni perlu dipaparkan supaya pengguna boleh buat perbandingan.

Harap dapatlah manfaat sikit. Semoga dapat membantu anda membuat pemilihan kipas siling yang betul.

15 Comments

  • Bidai Tingkap

    16 May, 2015 at 6:57 am

    Terima kasih di atas info baru. Bagus info-info sebegini.

    Saya juga ada kongsi info mengenai bidai tingkap. Dah jadi trend sekarang pasang langsir bidai di rumah

  • aqmalfaiz

    13 May, 2015 at 11:18 pm

    walaupun background aku engineering jugak, tp tak pernah terfikir nak pilih kipas guna CFM/W.

    kagum dengan yang first tu, paling kecik bilahnye tapi CFM sampai 900/W. Engineering at its best.

  • swsyafiq

    13 May, 2015 at 6:55 pm

    Terima atas info baru tersebut bagi saya yang naif tentang kipas ni. Selalu ingatkan lagi sedikit bilah kurang berangin, nampaknya salah tanggapan tersebut.

  • rahimah

    12 May, 2015 at 7:20 am

    Tak mampu nak pakai kipas mahal tapi KDK tu memang laju kipasnya. Bilah kipas tu mempengaruhi tak kelajuan kipas sebenarnya atau ia tidak ada langsung kena mengena?

  • akubiomed

    11 May, 2015 at 1:02 pm

    Kipas jenama Panasonic, Khind dan KDK boleh dipercayai. Ada yang menjual kipas-kipas terpakai dari jenama ini. Lebih sejuk dari kipas-kipas yang ada dan harga kos lebih murah.

    Pengalaman guna kipas yang ada remote control nak nangis jadinya sudah 3 kali sambar kilat. Kalau sebelum ini repair sendiri dan kali ke 3 sudah malas nak repair. Beli kipas KDK 60″ regulator. Rajin sikit untuk bangun punggung on dan off kipas. :)

  • EjamOthman

    10 May, 2015 at 11:35 pm

    Aiyak…serius tak tahu pun tentang ciri2 kipas.
    Pilihan kami waktu beli nak pasang kat rumah ini ialah harga dan jumlah bilah.
    Jenis remote mmg tumpuan utk 3 kawasan sahaja iaitu ruang tamu, bilik tidur utama dan ruang makan.
    Lagi 3 bilik pakai kdk putih jer.
    Ruang dapur basah pakai kipas dinding sahaja.

    Dalam senarai ariff tu yg sampai ribu2 tu memang tak terfikir pun utk masuk dlm list…hehe