Bagaimana Melakukan Pendaftaran Haji Secara Percuma

pendaftaran haji percuma

Untuk pengetahuan, mempunyai akaun Tabung Haji bukan bermakna telah mendaftar untuk melakukan haji. Kena buat pendaftaran haji dulu supaya kita dimasukkan dalam senarai yang berdaftar dan diberikan tarikh peruntukan haji.

Kalau ikut laman web Tabung Haji, kena ada deposit sebanyak RM1,300 dulu baru boleh daftar untuk haji. Sebenarnya ada cara untuk tak perlu sediakan wang tunai sebanyak ni dulu. Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan akaun 1 KWSP untuk mendaftar haji.

Syarat-syaratnya:

  1. Mempunyai akaun Tabung Haji. Akaun boleh dibukan dengan minima RM10 di cawangan Tabung Haji
  2. Mempunyai minimum RM1,300 dalam akaun 1 KWSP

Caranya senang je. Bawa terus penyata KWSP ke pejabat Tabung Haji dan bagitau je pada pegawai nak buat pendaftaran haji.

Dalam kes saya, masa nak buka akaun tu tak bawa pula penyata. Takde masalah sebab boleh buka online je sekarang. Jadi saya log in kat laman KWSP melalui phone, tunjuk kat pegawai Tabung Haji tu no. akaun dan jumlah yang ada dalam akaun 1 KWSP.

Pegawai tu terus key in maklumat no. akaun KWSP dan selesai. Saya akan mendapat peruntukan haji pada tahun 1500 Hijrah / 2077.

Untuk pengetahuan, wang RM1,300 tu takdelah ditolak daripada akaun 1 KWSP. Amaun ni sekadar untuk menunjukkan yang kita ada amaun minimum untuk mendaftar Haji. Kita juga boleh keluarkan wang KWSP sebanyak RM3,000 untuk tujuan menunaikan Haji.

Dulu saya ingatkan dia tarik simpanan KWSP akaun 1 masuk ke Tabung Haji. Macam tu lagi bagus sebab simpanan KWSP ni memang bukan patuh syariah, eloklah sangat ditransfer masuk ke dalam Tabung Haji.

Sepatutnya Tabung Haji lebih agresif mendaftarkan haji untuk mereka yang telah bekerja. Atau lagi senang, KWSP dan Tabung Haji bekerjasama supaya mereka yang dah ada amaun minimum RM1,300 tu boleh terus daftar Haji secara online. Tak perlu pergi ke cawangan dah.

Kenapa perlu mendaftar awal?

Supaya kita dapatkan giliran tu. Giliran haji ni berdasarkan first come, first served. Ada duit cukup pun masih lagi perlu ikut giliran. Lambat daftar, lambatlah dapat giliran walaupun duit dalam akaun cukup dan kita dah bersedia nak pergi.

Alhamdulillah selesai langkah pertama. Kalau diizinkan, nak pergi sebelum umur 40, around 35 ke. Insha Allah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments