Gandakan Wang Anda Dalam Masa 3 Tahun (Siri 3) – Bagaimana Melakukan Pelaburan Emas?

Sebelum melabur pastikan apa yang nak dilaburkan itu adalah 30% daripada simpanan, bukan semua. Ini nasihat aku untuk mereka yang belum bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, pelajar seperti aku yang hidup dengan wang sara hidup bulanan tak kisahlah daripada pinjaman biasiswa atau PTPTN. Kalau anda bekerja, ada perniagaan sendiri dan pendapatan tetap, maka entri ini bukanlah untuk anda.

Kenapa 30% daripada simpanan? Senang. Duit simpanan ni kita tak tahu bila masa kita memerlukannya. Mungkin esok, mungkin bulan depan. Jadi kalau kesemuanya digunakan untuk pelaburan jangka panjang (baca tajuk entri ni pun dah tahu, 3 tahun!) bila nak guna duit banyak dah takde duit langsung. Terpaksa pinjam orang, bank atau lebih teruk ah long. Jadi kalau nak melabur duit dalam apa-apa sahaja sekali pun, pastikan kita mampu untuk tempoh masa sepanjang pelaburan tersebut.

Produk Emas

Produk emas apa yang boleh dibeli untuk melakukan pelaburan emas ni? Sebagai permulaan, boleh tengok senarai produk emas yang boleh didapati di pasaran.

Sumber: UOB Bank Malaysia

Contoh 20g bar. Semua pembelian emas mestilah didatangkan dengan sijil sah yang memaparkan no. siri bar tersebut, pengeluar dan tandangan assayer.

Ar-Rahnu Agrobank

Ar-Rahnu adalah sistem pajakan berlandaskan Syariah yang memberikan kemudahan kepada pengguna memajak barangan bernilai untuk mendapatkan kemudahan kewangan. Rasanya dalam pelaburan emas ni, memang kena tahu pasal Ar-Rahnu Agrobank sebab sinilah tempat paling senang nak pajak emas dan dapat balik sekurang-kurangnya 65% daripada nilai emas tersebut. Pinjaman tadi hanya akan dikenakan upah simpan emas sebanyak 75 sen bagi setiap RM100 setiap bulan (tertakluk pada pindaan pihak bank) .

Contoh:

20 gram bar emas 999 (24-karat)

Nilai marhum: 20 gram x 1 (bilangan) x RM166 (harga semasa FGJAM) = RM3320
Pinjaman: 65% x RM3320 = RM2158
Upah simpan: (3320/100) x RM0.75 x 6 bulan (tempoh minimun) = RM149.40

Bayar balik dalam tempoh 6 bulan secara ansuran bulanan atau penuh di akhir tempoh pinjaman. Boleh panjangkan tempoh pinjaman kepada 3 bulan dan 2 bulan dengan hanya menyelesaikan yuran simpanan. Bila dah dipajakkan di Ar-Rahnu, barulah ada duit samada nak modalkan untuk membeli emas lagi ataupun untuk kegunaan lain.

Agrobank hanya menerima gold bar 999 yang mempunyai sijil sah tadi. Jadi pastikan anda dapat sijil sah ketika membeli emas daripada pengedar.

Teknik Pelaburan

1) Beli – Ar-Rahnu – Beli

Teknik paling sesuai kepada yang baru berkecimpung dalam pelaburan emas ni adalah dengan Beli – Ar-Rahnu – Beli. Maksudnya bila dah dapat balik pinjaman daripada Ar-Rahnu tadi, duit tu samada kita tambahkan lagi sikit untuk dapatkan lagi satu 20 gram atau beli dinar emas. Kalau nak pajak di Ar-Rahnu sekali lagi pun boleh, dapat duit tambah emas lagi tapi itu semua ikut kemampuan untuk bayar balik pinjaman.

Yang penting akhir sekali dalam tangan kita adalah emas dan bukan wang tunai setelah Ar-Rahnu supaya bila tamat tempoh pinjaman tadi kita boleh jual balik emas yang dalam tangan tu untuk tebus balik emas yang dipajak di bank tadi. Keuntungan yang kita dapat adalah dengan kenaikan nilai emas selepas 6 bulan dan mungkin penambahan emas dalam tangan kita sebab kita beli lagi lepas Ar-Rahnu tadi.

Untuk pengetahuan semua, aku guna teknik ni disebabkan modal yang terhad. Yelah, aku ni student je, kalau fulltime blogger yang ada pendapatan 2-3k tiap-tiap bulan boleh lah aku guna cara yang lebih ekstrim yang memberikan pulangan yang lebih banyak.

2) Beli – Ar-Rahnu – ASB

Teknik lagi satu adalah Beli – Ar-Rahnu – ASB. Pun boleh, cuma tahulah dividen ASB pun 7% je setahun tapi lebih baik daripada kita simpan cash tadi dalam tangan. Aku pasti dengan wang tunai sebanyak tu, memang silap haribulan boleh ‘terbeli’ iPad 2.

3) Beli – Simpan

Takde masalah untuk beli dan simpan je terus emas tadi. Lagipun ianya 30% daripada simpanan kita, jadi tak nampak sangat. 3-4 tahun simpan, tahu-tahu nilai dah bertambah tanpa perlu buat apa-apa. Cuma pastikan anda simpan di tempat yang selamat.

Mana Nak Beli?

Sila lawati Smartgold.biz

Sekarang ni dealer produk emas boleh ditemui di mana-mana sahaja di seluruh negara tapi disebabkan Smartgold.biz adalah penaja dalam pertandingan iPad 2 anjuran Denaihati.com, maka aku sarankan kepada yang berminat nak dapatkan produk emas boleh dapatkan daripada mereka. Rasanya semua produk emas boleh didapati daripada mereka, termasuklah dinar emas.

***

Nasihat aku, jangan tamak. Sebagai pelajar, kalau anda dah mula simpan dengan emas dan ada wang tunai simpanan sikit dalam bank, itu dah cukup bagus. Buat ni semua bukan sebab nak kaya cepat, tapi untuk kita mempunyai status kewangan yang stabil 3-4 tahun akan datang berbanding orang lain yang tak buat apa-apa langsung. Satu masalah aku tengok orang kita ni, kadang-kadang ghairah sangat nak kaya cepat. Jangan taksub, urus duit ikut keadaan dan kemampuan semasa.

ASB adalah bagus dan selamat. Cuma itulah, pendapatan dia tak lebih 10% dan sebagai orang muda, kita boleh ambil risiko lebih sikit untuk buat pelaburan emas. Risiko yang ada dalam pelaburan emas hanyalah tempoh untuk emas tu naik dan kadar dia samada tinggi atau rendah. 3 tahun ye.. 3 tahun simpan dalam emas, confirm untung punya, paling penting lebih banyak daripada ASB.

Aku rugi sebab lambat tahu pasal benda ni. Katakan pada tahun pertama dulu aku dah mula melabur dalam emas, sekarang dah berganda-ganda simpanan aku. Jangan ulangi kesilapan aku. Kalau anda mampu, mulakan sekarang.

Baca lagi:

+ Rasanya macam nak apply credit card la.. http://bit.ly/fnlmQ1

Comments

  1. Bruce Zaman says

    sy mencari info pasal ekonomi US, debt dan investment. akhirnya sy terjumpa blog ini.

    pohon bantuan, di negara kita adakah investment emas yg transaction dan pengurusannya pun boleh di laksanakan secara online?.

    jika ada , adakah harga pasaran emas yg ditransaksikan adalah secara realtime, atau ikut bank ( e.g update sehari sekali je harga emas bank itu)

    harap dapat bantuan. bulan lepas ( july ) jika tidak salah cempoa sy, emas dlm 1550-1600usd/oz, bayangkan bulan ini boleh mencecah 1800usd/oz

    • says

      Boleh try tengok produk gold account daripada public bank. Situ pun boleh trade online. Tapi kalau nak trade gold ni, modal kena besar la.

  2. efza says

    mcmn ek nk pajak kat agro bank n nk tebus blik lpas 6 bulan 2? x phm la… 65% 2 die bgi time kite pajak… pas 2 6 bulan dtg blik nk ambik emas 2 nk kne byr blik ke yg 65% 2 bru blh dpt emas 2 blik?

    • ariff says

      yes. pergi bank, cakap nak pajak dan diorang kasi pinjaman untuk pajakan tersebut. 6 bulan datang balik, bayar yuran untuk penyimpanan dan jumlah pinjaman tadi dan dapat balik gold tu. Kalau nak extend pinjaman, bayar yuran je, nanti dia kasi lagi 6 bulan.

      Dalam masa 6 bulan harga emas naik dah 7-8% minimum.

  3. fieza says

    salam…

    sya pun baru bjinak2 dlm pelaburan emas ni.(baru 1bln je)hihi..beli ckit2…bmodalkn pajk mas beli mas…hehe..
    lg 1 bt la fullloan asb ada jg untgnya…
    thanks ariff best bca awk nya pndapt tntg mas memg bbaloi2 la…sy beli mas kat GCP…da jd ahli pn…

    nak tnya jg nape bnk rkyt hnya trma emas2 yg ttntu je ek???katanya arahan dr bank ngara…cuak jap..nsb agro bnk mash trma sume jns…

  4. fieza says

    salam…

    sya pun baru bjinak2 dlm pelaburan emas ni.(baru 1bln je)hihi..beli ckit2…bmodalkn pajk mas beli mas…hehe..
    lg 1 bt la fullloan asb ada jg untgnya…
    thanks ariff best bca awk nya pndapt tntg mas memg bbaloi2 la…sy beli mas kat GCP…da jd ahli pn…

  5. gold artist.. says

    hmm..

    kalau beli sekeping public dinar misalnya harga rm700.00. Kemudian gadai di Ar Rahnu selama 6 bulan dengan upah 50sen setiap rm100 dapat rm350.00 dan tambah lagi rm350.00 dapat sekeping lagi dinar.. Tapi jangan lupa kena tebus balik yang pertama kena bayar rm350 + ((350/100) X 0.5 X 6) =rm 350 + 10.50

    Jadi kita dapat beli 2 keping dinar emas dengan masa singkat dengan jumlah modal (RM700 + RM350 + RM10.50 = RM1060.50) berbanding dengan sepatutnya 2 x Rm 700 = RM 1400.00…

    Betul ke ni ha?? haha sorry la bagi soalan matematik hari ini..

    • ariff says

      ada silap tu. Check balik. Kalau dah beli 2, harga dia tetap la 1400. Cuma yang buat kita untung adalah kenaikan selama 6 bulan tadi tu digandakan sebab simpan 2 dinar.

  6. says

    Ade juge jenguk2 citer2 ttg pelaburan emas ni…
    Maca,2 cara boleh…beli jongkong,syiling n paling sempoi kalau takut kene rompak cuma buat buku jerr..

  7. says

    Nampaknya aku kena khatam dulu semua siri entry ni, baru betul2 paham n barulah start pikir2 nak buat investment ni jugak… -___-

  8. says

    As salam..
    teringin jgk nk melabur dlm plaburan emas, dah isi borang pun cuma masa je tak mengizinkan, bank dah nk tutup, tak sempat nak buka akaun gold…

  9. says

    Baru tahu pasal pelaburan yang bijak ni. Tapi masih perlukan info yang mencukupi and pemahaman yang lebih lagi kalo nak mula beli emas. Hope Ariff can enlighten me more…^^

    • ariff says

      Dah siri ketiga pasal pelaburan emas ni. Boleh baca siri yang lalu, cari bawah kategori Personal Finance. Kalau ada soalan, kemukakan sahaja.

  10. says

    SALAM..
    pelaburan emas memang di akui
    terbaik untuk simpanan sekarang
    selain ASB..saya sendiri pun
    sudah mula mengintai pelaburan
    emas ni..
    :D

  11. says

    aku sebenarnye memang tengah nak kumpol duit untk beli emas nih. harap2 impian nak melabur tu tercapai. tapi betul la kate saudare,30% – 50% tu boleh gune untuk melabur,jangan diguna semua. sebab kita tak tau ape akan jadi masa akan datang,kan

    • ariff says

      Yeah. Nak melabur memang macam tu, pastikan dalam tangan masih ada cash untuk kegunaan semasa kecemasan. Kalau tak nanti lagi susah.

  12. says

    dan aku rasa lagi rugi sebab baru tau benda ni..harap nama je tengkorak emas tapi satu emas pun aku takde,

    harap aku lebih faham apabila mempraktikkan apa yg ada dalam artikel ni bro,

    thanks

  13. says

    Ni yang buatkan aku tengah berkira-kira nak beli emas ni. Setakat simpanan, pusing2 balik, lepas clear kan dividen, dapat balik apa yang disimpan asal.

    • ariff says

      Orang buat macam tu je sekarang. Pusing2 balik duit yang dia dapat. Senang nak melabur bila ada kemudahan Ar-Rahnu tu.