Award Lagi, Tapi Saya Tak Masuk

Saya rasa cukup dengan apa yang ada. Sebenarnya agak penat untuk masuk bertanding dalam award dan contest yang ada. Walau bagaimanapun, saya ingin mengetengahkan beberapa blog rakan lain yang saya rasa layak untuk menang dalam bertanding untuk mengejar anugerah.

1. Zarul Umbrella

Blogger celebrity, vokalis kumpulan Umbrella. Terkenal dengan singlenya dahulu bertajuk Ramalanku Benar Belaka. Walaupun saya tak familiar dengan tajuk lagu tersebut, tapi bila dengar chorus lagu tersebut, barulah tau yang saya pernah mendengar lagu tu masa zaman popularnya dulu.

Tapi jangan hulur mic time karaoke sudah ye. Memang takkan nyanyi punya.

Kenapa vote?

Zarul Umbrella adalah seorang pramugara. Jadi memanglah dia travel banyak dan kisah travelnya dikongsikan di dalam blog, sesuai dengan tema award yang berkaitan dengan tourism. Alasan kedua, dia memang seorang selebriti, seorang penyanyi yang mempunyai bakat nyanyian yang real dan vokal yang power. Bukan selebriti mee segera yang banyak kita jumpa sekarang. Vote here.

2. Koleksi 1001 Resepi

Sebagai sebuah food blog yang sudah bertapak lama, saya rasa Koleksi 1001 Resepi adalah food + travel blog yang terbaik. Tak perlu tengok jauh, lihat sendiri pada 200,000 Facebook fans yang ada pun cukup untuk membuktikan bahawa blog ini dah memang kuat bertapak sebagai food blog dalam bahasa Malaysia.

Kenapa vote?

Kak Ida yang merupakan owner blog ini adalah seorang yang tahu erti sebenar good food dan dia masak sendiri kebanyakan hidangan yang ditunjukkan di blog dan fanpagenya. Go check out her blog kalau tak percaya. Vote here (daily) & here

Lain-lain pilihan saya adalah seperti berikut. Ada yang ramai dah kenal di sini, jadi tak perlu lagi introduction yang panjang:

Terima kasih kepada semua yang membantu untuk mengundi. Semoga jasa anda dibalas.

 

Comments

  1. deko says

    baru nak menjinak2 kan diri menulis kat blog.. boleh support saye tak? huhuuhu

  2. says

    Emm semoga berjaya mereka yang bertanding. hehe. sedap tengok blog orang yang dah famous. macam-macam cerita. macam-macam ilmu dapat.

  3. says

    Zarul Umbrella jadi pramugara rupanya sekarang ni. baru je tahu.

    good luck kepada semua yang bertanding. semua memang layak masuk bertanding
    Entri terbaru Amirez >> HibernasiMy Profile

    • Ariff says

      Insya allah tahun depan nota hati dah cukup kuat utk menang. Skrg pun trafik dah power