Astro Sahabat

Apa benda Astro Sahabat yang si Ariff ni dok promote dari hari tu lagi?

haa.. kepada yang tak tau, siri Astro Sahabat ni mengisahkan tentang 7 orang sahabat lepasan SPM yang sedang melangkah ke alam dewasa. Rancangan ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Liyana Jasmay, Izzue Islam, Sara Ali, Syarif daripada Sleeq dan Aedy Ashraf. Confirm ramai nak tengok sebab Liyana Jasmay dan Sara Ali ada, betul tak?

astro-sahabat

Sahabat akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 September ni jam 5.30 petang setiap Isnin hingga Khamis. Jangan lupa ye.. Kepada yang tak sabar, korang boleh tengok dulu webisode Sahabat ni. Best jugak! Dah ada dua episod tapi tak perlulah saya cerita pasal apa, korang tengok sendiri webinar tu, ok?

Selain daripada webisode tadi, korang boleh hantar muzik video dedication kepada Sahabat korang. Walaupun nilai persahabatan tak boleh diukur dengan MV dedication tu, tapi at least sahabat korang tau la yang mereka ni istimewa disisi korang. Tak gitu?

Klik jer kat Interaktif > MV Dedikasi dan korang boleh buat satu video mudah bertemakan lagu Sahabat oleh Najwa Latif  dengan hanya memasukkan gambar kawan-kawan korang. Tak sampai 5 minit dah siap.

astro-sahabat-website

Check out video khas daripada saya untuk team Sahabat especially Sara Ali. Tak sabar
nak tonton siaran ni. Ingat ok! Mula 16 September jam 5.30 petang di Astro Ria setiap Isnin – Khamis.

sahabat-screenshot

Check out the MV

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

2 Comments