Asia Harley Days 2013

asia-harley-petronas

Jarang nampak view macam ni

Siapa kata badan kurus macam ni tak boleh bawa Harley-Davidson? Sejauh 1363 km telah saya tempuhi sepanjang konvoi ini. Jom ikuti pengembaraan saya sepanjang 4 hari 3 malam sempena event Asia Harley Days ini.

ariff shah asia harley days

Masa isi minyak di stesen Petronas R&R Gambang. Cuaca sejuk waktu tu, memang best! Muka segar walaupun bangun awal giler

17 September 2013 – Hari Pertama

Hari saya bermula seawal jam 5 pagi. Bangun, bersiap dan terus bergegas ke Concorde Hotel, Kuala Lumpur di mana untuk flag-off. Lepas briefing, konvoi dilepaskan.

Awal-awal lagi kami telah diikuti oleh sekumpulan outrider Polis yang terdiri daripada lebih kurang 10 biji motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta Mitsubishi Lancer. Keselamatan adalah faktor yang paling diutamakan sepanjang konvoi ini.

Nak bagitau sikit satu rahsia. Ini adalah kali pertama saya dengan rasminya menunggang motosikal sebesar ini selepas dapat lesen B tahun lepas. Kalau nak diikutkan, memang seram jugak dengan fakta ini namun saya beranikan diri untuk menyertai konvoi ini kerana percaya saya boleh melakukannya. Last-last baru saya tahu bahawa hampir 40% daripada peserta konvoi adalah first timer seperti saya.

ariff-shah-konvoi-asia-harley-days

Cabaran pertama saya adalah ketika di Lebuhraya Pantai Timur, sebelum sampai ke Bentong. Masa tu baru dekat jam 8.00 pagi, jadi memang terasa angin sejuk dan udara yang nyaman. Jalan pun berkabus sikit. Menggigil jugak atas motor sekejap. Cuaca best macam ni memang tak rasa penat langsung!

Nasib baik tak lama, lepas hentian Petronas Bentong, matahari dah naik. Tak sejuk sangat dah.

Cabaran kedua adalah masa nak menghala ke Kemaman. Dalam perjalanan, tiba-tiba zip jaket yang saya pakai mula perlahan-lahan terbuka. Konsentrasi terganggu sekejap. Tangan memang kedua belah tak boleh lepas dari handle motosikal, lebih-lebih lagi masa tu saya sedang cruising pada kelajuan 120 km/j.

Memang terasa sedikit cemas masa tu. Zip makin lama makin terbuka, takut kalau terbuka habis, jaket terbang dan memuntahkan segala apa yang ada di dalamnya (power bank, iPhone). Silap jugak sebab saya tak bawa pouch bersama.

Last-last ada penutupan jalan di hadapan dan konvoi bergerak perlahan sebentar. Saya sempat tarik zip balik sampai atas dan teruskan perjalanan seperti biasa. Nasib baik tak jadi apa-apa tadi.

dewan-mesra-mall-kertih

Saya dapat bayangkan mesti banyak pasangan yang buat majlis perkahwinan kat sini. Untunglah ada dewan besar yang cantik ni

Tengah hari, kami sampai di Petronas Rantau Mall – Mesra Mall. Lunch di sana bersama murid sekolah anak yatim tajaan Petronas. Lepas lunch, anak-anak ini diberi peluang untuk merasai sendiri pengelaman naik motor Harley-Davidson. Keriangan dan kepuasan menaiki motosikal berkuasa besar ini jelas terpapar pada raut muka anak-anak ini.

Kadangkala kita tak mampu nak tolong seseorang dengan harta benda, tapi sekurang-kurangnya kalau dapat buat hati mereka merasa gembira pun cukup bagus dah. Kegembiraan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak ternilai.

asia-harley-charity

Dulu kecik-kecik tak dapat pun naik Harley. Ni pun dapat nasib baik jer..

Dari Mesra Mall, konvoi kami disertai oleh Tengku Temenggong Terengganu. Rasa bangga sebab dapat ride bersama Baginda. Beliau juga merupakan pemilik Harley-Davidson dan aktif menyertai konvoi motosikal seperti ini.

Perfect view. Sutra Beach Resort ni nampaknya sesuai untuk pasangan berhoneymoon. ehem..

Perfect view. Sutra Beach Resort ni nampaknya sesuai untuk pasangan berhoneymoon. ehem..

Tiba di Sutra Beach Resort dalam pukul 5.45 macam tu, sejam lebih awal seperti yang dijadualkan. Sampai-sampai je kami dihidangkan dengan air kelapa muda. fuh! Nikmat tak terkata bila badan penat macam tu dapat air kelapa muda yang sejuk.

Malam tu elok-elok lepas dinner saya terus terlelap. Ditambah lagi dengan hujan yang turun sebaik sahaja pulang ke bilik, jam 10.00 malam dah lena. Perjalanan jauh the next day, jadi memang kena rehatkan badan yang penat dan kumpul tenaga untuk esok.

sutra beach terengganu

Pemandangan memang superb kat Sutra Beach Resort

18 September 2013 – Hari Kedua

Ride untuk hari kedua dikatakan yang paling mencabar sepanjang konvoi ni. Jadi bangun pagi je, saya dah tetapkan mindset untuk sentiasa alert dan serius sepanjang perjalanan. Ini adalah kerana perjalanan kami pada hari itu akan melintasi banjaran Titiwangsa di mana laluan naik turunnya bengkang-bengkok dan jalan sempit.

asia-harley-days-petronas-refuelling

Oleh sebab laluan yang agak mencabar, kami berhenti berehat agak lama di stesen Petronas Jeli. Bertuah sebab pemilik stesen ada menyediakan supper untuk kami semua. Jadi oklah, sementara nak tunggu orang lain isi minyak, dapatlah makan sedikit untuk alas perut sebelum mendaki banjaran Titiwangsa nanti.

Semasa mendaki, saya dapati laluan yang dikatakan mencabar tu tidak seperti yang disangka. Rupa-rupanya laluan ni memang seronok untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi. Mana taknya, bila naik turun bukit dan banyak corner, memang sedaplah nak layan cornering.

Walaupun saya enjoy sepanjang perjalanan naik turun tersebut, saya masih mengingatkan diri sendiri tentang aspek keselamatan semasa menunggang. Oklah, layan corner sikit-sikit. Most of the time, masih lagi play safe. Biarlah orang lain nak potong.

Kami berhenti rehat di atas puncak banjaran Titiwangsa. Pemandangan memang best! Malang sekali takde line atas tu, jadi tak dapat hantar gambar ke Instagram.

Group shot atas banjaran Titiwangsa. Can you see me?

Group shot atas banjaran Titiwangsa. Can you see me?

Perjalanan seterusnya ke Pulau Pinang agak straight forward cuma panas sikit hari tu. Sebenarnya bukan sikit tapi banyak! Kat hentian Grik terpaksa curi aircon dalam kedai Mesra Petronas. Nasib baik pemilik kedai faham dengan keadaan kami. Sepanjang laluan inilah tangan saya sunburn. Tak taulah samada boleh putih balik ke tak tangan ni..

Sampai je di Hard Rock Hotel Penang, kami disambut dengan tarian singa. Tak kisah sangat dengan semua tu, terus naik ke bilik untuk berehat. Paling best, dapat bilik menghadap pantai.

Malam dinner tepi pantai. Nasib baik tak hujan!

20 September 2013 – Hari Terakhir

19 September takde aktiviti langsung. Free and easy untuk semua, jadi saya skip hari tu sebab sepanjang hari saya duduk dalam bilik je tengok movie. Pagi adalah supper makan laksa dengan Jehan Miskin.

ariff-shah-jehan

Laluan hari terakhir adalah yang paling mudah. Highway all the way. Dalam pukul 11 pagi baru bertolak dan terus singgah ke Petronas Batu Feringghi. Banyak lagi minyak masa tu, jadi saya tak tuang banyak. Betullah apa mereka cakap, Primax 95 ni memang menjimatkan. Boleh dapat lebih banyak kilometer.

asia-harley-days-break

Satu lagi tips yang saya dapat daripada rakan-rakan rider ialah jangan campur antara RON 95 dengan 97. Isi satu jenis RON je. Mitos sebulan sekali kena isi RON 97 untuk cuci enjin tu adalah tidak benar sama sekali.

Lepas tu kami berhenti di Harley-Davidson Juru Autocity, Penang untuk lunch. Sama macam semalam, hari ni memang panas. Nasib baik berehat lama kat sana, dalam pukul 2 baru bertolak.

harley-juru

Harley-Davidson Juru Autocity

Sepanjang perjalanan ni saya sedar bahawa kalau kita stop setiap jam perjalanan, memang tak terasa sangat penatnya, walaupun menunggang motosikal. Jadi nasihat saya kepada pembaca, kalau dalam perjalanan jauh tu, rajin-rajinkanlah berehat di R&R ataupun stesen minyak Petronas.

Dari segi kemudahan, semuanya ada di sana termasuklah nak top up kad Touch n Go keluarkan duit di mesin ATM, surau, tandas dan kedai serbaguna.

Gaya. Mutu. Keunggulan.

Gaya. Mutu. Keunggulan.

Konvoi kami tamat di Harley-Davidson Petaling Jaya dengan jayanya. Bermacam-macam perasaan dirasai ketika sampai. Gembira sebab dapat sertai konvoi ni, lega sebab perjalanan saya selamat pergi dan pulang serta bangga sebab saya dapat ceritakan pada orang lain yang saya sudah berkonvoi sejauh 1363 km dengan motosikal Harley-Davidson.

Pengalaman dan perjalanan yang sungguh bermakna untuk saya. Terima kasih kepada penganjur dan penaja terutamanya Petronas atas peluang ini.

Untuk aktiviti terkini dan maklumat yang lebih menarik, sila layari

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

41 Comments

  • sensasi2020

    5 October, 2013 at 1:25 am

    Tahniah…buat bro……..Satu pengalaman yang pastinya tidak dilupakan. Bukan semua dapat peluang ini. Berkonvoi berramai-ramai dengan motosikal Herley Davidson. Belum pernah lagi merasai bagaimana kelajuan bila ditahap 120-140 KM/sejam. Naik kereta pun terasa akan kelajuannya, inikan pula motorsikal…eeeehhh berdiri bulu roma gua.

  • muja

    4 October, 2013 at 4:33 pm

    wah,,, hebat sungguh naik harley ni. nampak hebat. kalau buat konvoi cenggini, tetiba rasa nak hargai tempat berehat macam rnr dan petronas kan? salunya tengok jelaa. huhuu.

    saya pernah dok kat sutra beach tu. adik pernah hampir lemas kat situ. nasib baik sempat diselamatkan oleh kakak sulung dia yang tak pandai berenang. eh. saya la tu. hehe

    salu rasa kagum ngan orang yang suka tunggang motor besar gini. terutama kalau perempuan macam erra and umi aida. nampak kental. huhu

    walaupun saya ada lesen motor, sampai sekarang takut. hehe.

  • mohdridzwan

    4 October, 2013 at 3:49 pm

    Tahniah sbb berpeluang merasai sndr pengalaman menunggang motor besau tuh. Memang terasa keseronokan mereka-mereka yang involve dalam konvoi trsebut.

    Apa yang paling best sepanjang konvoi tuh, boleh menikmati sendiri suasana sekitar yang sebenar berbanding kita yang berkonvoi menaiki kereta.

    Alhamdulillah sebab konvoi yang dijalankan tu selamat berakhir dengan baik kerana niat suci setiap peserta yang terlibat dan usaha murni sepanjang konvoi berjalan sbg contoh makan bersama anak yatim…itukan sesuatu yang paling indah kerana berpeluang meraikan mereka.

    Sangat tertarik dengan konvoi yang semacam nih…BTW, wan pun kurus murus jugak…adakah sesuai? Heheh

    P/S: Bro alif beberapa kali komen berkenaan hal kahwin-kahwin ni (pasal dewan dan resort)…ada apa-apa ker bro? Hahahahahaha….

  • Galah Panjang

    4 October, 2013 at 8:46 am

    Muka Jehan Miskin sama laa dengan Bro :)
    Perghh ! Saya memang terngin nak naik motor tu. Memang impian saya kot nak motor camtu. Memang bertuah laa Bro dapat rasa naik motor ni.

  • yangbaik

    4 October, 2013 at 12:28 am

    memang satu pengalaman yang indah dan terhebat bila dapat menunggang harley. Encik suami saya memang suka sangat dengan motor besar macam ni. Memang terbaik lah Petronas siap ada group lagi. :D

  • kak ina kl

    3 October, 2013 at 11:49 pm

    Memang seronok dapat merasai pengalaman yang berlainan dan berjumpa dengan kenalan yang baru. Selain itu dapat juga merasai sendiri naik moto besar..nanti dah cukup wang bolehlah sambar satu…tapi hati-hati di jalan raya..risau gak bila tenguk sekarang ni anak muda dah ramai guna motor besar ke mana sahaja

  • akubiomed

    3 October, 2013 at 10:49 pm

    Ketika memiliki Kawasaki ZZR ada hajat hendak berjelajah sampai let go buah hati hasrat tersebut tidak tercapai. Seronok dengan cerita kenalan kaki motor mengembara mengunakan motor cub Modenas Kriss sehingga ke Thailand.

    • Ariff

      3 October, 2013 at 11:20 pm

      Rebah badan sikit. Tak boleh banyak sebab kalau rendah sangat, memang terseret.

      Speed around 110-120. vroooommm!

      Gear tak ingat. 2-3 mungkin

  • zie fauzi

    3 October, 2013 at 10:15 pm

    ohhh…Penang pun sampai juga ye…Autocity Juru tu selalu jgk la gi makan2 kat sana. Jauh sungguh perjalanan…

    Orang cakap kalau naik moto untuk jalan jauh tak terasa sangat mengantuknya berbanding bawa kereta. Cuma letih sakit lenguh2 badan je. Betul ke… ?

    Btw, tips jangan campur antara RON 95 dengan 97 tu info baru untuk saya…

    • Ariff

      3 October, 2013 at 10:19 pm

      Mengantuk.. Mana boleh! Tak mengantuk, cuma bosan. Kena latih minda untuk fokus. Pernah masa konvoi tu terfikir pasal benda lain tak sampai sesaat, bila sedar dah terlalu rapat dengan orang depan. Nasib baik tak jadi apa-apa

  • noris

    3 October, 2013 at 9:51 pm

    Macam best sangat…dulu pnh plan nak beli big bike tapi x jadi..my hubby dah lama da lesen B tapi bikenya blum ada rezeki nak beli… akak fikir, suatu hari nak beli jugak.jeles la tengok arif ride sampai 3 hari…

  • sujaihah

    3 October, 2013 at 5:59 pm

    Tengok orang bawak moto besar mcm best je. Dari dulu2 memang teringin nak beli satu .. selalu berangan dpt join konvoi dengan group moto sama-sama dengan hasben satu hari nanti. Sekarang tak boleh lagi, anak kecik-kecik, nak letak kat mana :-D

    • Ariff

      3 October, 2013 at 8:27 pm

      Tak pernah terfikir nak berborak pasal Harley dengan orang lain. Tapi bila dah lepak dengan businessman hebat-hebat kat situ, memang rasa nak bekerja keras untuk beli Harley sendiri one fine day.

  • cidutciput

    3 October, 2013 at 10:57 am

    rider perempuan ada tak? kalau takde, agak2 dyorang akan diberi peluang tak join konvoi macam ni?

    btw, saje je tanya :)

  • mselim3

    3 October, 2013 at 7:28 am

    Assalammualaikum…bro ariffshah,

    mselim3 baca kisah konvoi naik harley davidson… best giler lah.. jauh perjalanan dan luas pemandangan , dapat pulak bergambar dengan jihan miskin… x patut2 kena ajak mselim3 bergambar sekali tu..hehehe.

    mselim3