ASB Loan & Pelaburan Hartanah

asb loan hartanah

Mungkin ada yang dah tahu, saya berada di kem jangan ambil dulu ASB Loan kalau nak beli hartanah banyak-banyak.

Kenapa?

Simple je. Sebab ASB loan ni adalah komitmen pada mata kebanyakan bank antarabangsa. Akan dikira dalam DSR kalau nak apply untuk loan rumah. Baru-baru ni saya consult banker U*B dan mereka confirm ASB Loan hanya dikira sebagai menambahkan komitmen.

Jangan kecilkan skop bank yang boleh bagi kita loan. Kena biarkan pilihan untuk ambil loan dengan bank tak kira tempatan atau antarabangsa terbuka selagi slot untuk loan 90% (hartanah pertama dan kedua) masih belum dipenuhi.

Bila dah ada dua hartanah yang dapat loan 90% barulah boleh pertimbangkan untuk ambil loan ASB. Secara peribadi, saya rasa loan ASB ni bagus untuk cepat accumulate simpanan.

Bagi yang merancang nak beli hartanah dalam masa kurang daripada setahun, lupakan dulu pasal loan ASB sebab anda perlu tunggu setahun dulu kalau nak buktikan ASB tu bagi pendapatan dividen. Yelah, kena dapat dulu dividen untuk ditunjukkan penyatanya pada bank baru dikira pendapatan. Kalau takde bukti dividen, yang nampak hanyalah bayaran bulanan (komitmen).

Tak gitu?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments

    • Ariff

      12 December, 2015 at 3:07 pm

      Bukan ASB tapi ASB loan. Kalau first year, masih lagi komitmen sebab dividen belum dapat. Jadi bukan lagi pendapatan. Bergantung pada bank, ada yang boleh tutup sebelah mata pasal ni, ada yang tak

  • ajla

    3 November, 2015 at 6:35 pm

    Saya nak tanya pendapat En Ariff tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP). Saya baru grad, dlm Dec ni baru start kerja, sambil belajar(lagi). Dah baca beberapa entri lain dan dah batalkan hasrat nak beli kereta lepas kerja, pasang niat nak beli rumah dulu. Baru bukak asb semalam huhuhu… Tolong, kalau boleh, explain pasal kelebihan/kekurangan SRP ni. Terima kasih banyak-banyak.

    • Ariff

      3 November, 2015 at 8:38 pm

      Interest tinggi sikit dan kalau tak silap ada lock in period 5 tahun. Check dengan banker sebab lain bank lain syaratnya.

      Skim ni bagus untuk cepat dapat rumah. Kalau layak mohon, better mohon

  • Nazdmin

    3 November, 2015 at 6:25 pm

    My personal opinion, perlu beli rumah dulu sbb property always naik harga. Tk pernah dlm sejarah property turun harga, cuma mungkin ade a few locations/areas yg harganya kurang. Ada byk cara juga utk setiap individu tu berjaya lulus loan nya. Sye juga Banker & real Estate agents, sedikit sebyk dpt membantu customer yg krg pengalaman dlm bidang ini.

  • Haji Hadif

    23 October, 2015 at 12:23 pm

    good info. saya memang dalam planning nak beli rumah. tapi dalam masa yg sama nak jugak masuk menyimpan or amik loan ASB. tapi dua2 belum jalan sebab taktau mana satu.

  • Azri

    23 October, 2015 at 8:12 am

    Thanks bro sharing.

    Rancak sekarang kalau pergi bank je mesti staff diorang promote Loan ASB ni. Agak-agak berapa komisen yang diorang dapat untuk setiap customer?

  • Khairul Hilmi

    22 October, 2015 at 2:42 pm

    Saya ingin mendapatkan pendapat encik ariff, saya ada simpanan tabung haji dan baru membeli rumah pertama haritu di sentrovue, rasanya better saya beli satu flat PKNS di shah alam (seksyen 7/8) dan sewakan or melabur dgn ASB? Saya sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata Januari ini. Yang mana rasanya komitmen dan pulangannya berbaloi ya? Thanks