Article Retraction – Penarikan Balik Artikel

Dear Readers,

Unfortunately I have to retract an article entitled Kenapa Saya Lebih Suka Baca Portal Berita Online Seperti Mynewshub which was published a couple of hours ago. The article was written on the basis as a paid post by the administrator of Mynewshub (MNH).

The reason for my retraction was duly because the article was in a way endorsing MNH’s activity of copying articles from various sources as means of profiting. I was unaware about this fact that is already well known among the webmasters locally and failed to do a background check on MNH’s activities.

As a blogger who writes each and every one of his blogposts, I do not condone any article copying activities or whatsoever related to it for the reason of profiting from the said article. I believe that profiteering from other people’s work is unfair and the owner of the copied article should be fairly compensated for his/her article that is used as income generation tool.

As I was occupied with other important real life matters, I failed to ensure the credibility of my client and just did my part of writing and posting the retracted article. I highly regret this action and would like to give my assurance that this kind of mistake would not be repeated again.

Yours truly,

- Ariff

*****

Kepada semua pembaca,

Saya terpaksa menarik semula artikel bertajuk Kenapa Saya Lebih Suka Baca Portal Berita Online Seperti Mynewshub yang telah diterbitkan beberapa jam yang lalu. Artikel tersebut adalah di bawah kontrak artikel berbayar daripada pihak Mynewshub (MNH) kepada saya.

Penarikan artikel tersebut adalah disebabkan ia secara tidak sengaja menunjukkan sokongan saya terhadap MNH yang selama ini menjalankan aktiviti menyalin dan menggunakan artikel orang lain untuk keuntungan mereka. Saya tidak menyedari tentang hakikat ini yang telah lama diketahui ramai di kalangan webmaster tempatan dan gagal melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap aktiviti yang dijalankan oleh MNH.

Sebagai seorang blogger yang menulis sendiri semua artikel saya, saya tidak menyokong sebarang aktiviti yang bertujuan untuk memanipulasikan seratus peratus hasil karya individu lain sebagai sumber pendapatan utama di laman web mereka. Sesungguhnya aktiviti seperti ini adalah tidak adil kepada pemilik karya tersebut dan saya percaya pemilik asal karya seharusnya diberikan pampasan yang sewajarnya sekiranya karya mereka digunakan untuk menjana keuntungan.

Disebabkan saya agak sibuk dengan beberapa perkara lain dalam kehidupan harian saya, saya gagal untuk memeriksa kredibiliti klient saya dan hanya menumpukan pada penulisan artikel tersebut. Kecuaian ini adalah amat dikesali dan diharapkan tidak akan berulang lagi.

Yang benar,

- Ariff

Comments

  1. says

    dulu masa awal-awal..aku leh terima lagi. Tapi bila dah terlampau ketara cari trafik guna isu panas dan artikel berlandaskan politik..memang aku dah jarang layan. Better layan blog aku sendiri. Tapi dari segi kegilaan, kegigihan dan kerajinan MNH..tak dapat aku nafikan..haha..
    Entri terbaru titan >> Komisen ke 54 dari Text Link AdsMy Profile

  2. says

    Aku respect ko selama ni bro. Tapi sebab entri tu aku jadi ragu2 dekat ko.
    Nasib baik ada entri yang ni. Boleh dimaafkan.

    Cuma lepas ni kena lagi careful.

    MNH memang berat sebelah bab politik, itu normal tapi tak sepatutnya jadi untuk portal berita. Terlalu banyak sangat media yang berat sebelah sekarang ni. Aku tak memihak mana-mana parti politik tapi bila nak menyampaikan berita perlu la adil. Kredibiliti diorang semakin hilang dan kepercayaan orang pun dah tak ada dekat MNH ni. Haters semakin ramai.

    Diorang pun ada cerita benda-benda lucah which is tak elok untuk pembaca. Article diorang macam banyak memecahbelahkan orang yang membaca kalau berlainan pendapat. Lagipun sebelum ni aku ada nampak diorang copy artikel dari blog lain. Walaupun diorang bagi kredit, still not nice sebab diorang dah dilabelkan sebagai portal berita, takkan nak rembat artikel dari blog lain kut. Dah la ada wartawan sendiri, jangan buat portal diorang macam blog personal.

    Aku tau ko pandai fikir pasal ni. Haters MNH semakin ramai dan aku pun taknak ko pun jadi ramai haters sebab setakat ni tak jumpa lagi orang yang kutuk-kutuk blog.Ariff ni.

    Hehe. Good luck bro. Be careful after this.
    Entri terbaru Umar Faruq >> Pernah dengar istilah Banner Blindness?My Profile

    • Ariff says

      Terus terang aku tak baca dan malas dah nak baca perkara berkaitan politik sekarang. Jadi bahagian tu dalam MNH aku abaikan masa tu. Langsung tak jenguk. Ada hal lain yang aku sibukkan sekarang. Artikel lucah tu, not sure about apa yang lucah. Setakat Nora Danish tu aku tengok bersepah kat tempat lain. Orang tak kutuk
      pulak tempat-tempat lain tu.

      So sebenarnya orang marah dengan MNH ni pasal berat sebelah mereka dalam hal politik. Itu je yang paling ketara aku nampak.

      Aku? Alasan aku tetap seperti yang aku kemukakan. Yes. Aku silap client kali ni, lepas ni memang kena extra careful.

  3. says

    copy paste takde la isu sangat,the main issue is blog tu tak jaga sensitivity islam..post artikel fitnah ( berat sebelah dalam politik yg mana 100% memihak pada umno ) pastu post benda lucah,gambar nora danish seksi sedangkan beliau dekat mekah sekarang !

    bagi aku sibuk tak sibuk,bila menulis advertorial,you have to think more and more..bila berbayar,tapi anda tulis tak berdasarkan apa sebenarnya mynewshub,halal ke haram ?

    bila ko tulis artikel penarikan balik ni pun,menunjukkan ko tak kaji balik apa sebenarnya MNH tu..ko mention copy paste je,artikel fitnah ? artikel lucah ? hang taruk mana ?
    Entri terbaru woot >> Bangunan Balai Polis Koban Yang Ceria Di JepunMy Profile

    • Ariff says

      Aku rasa cukup satu sebab yang solid untuk penarikan balik tu dan entri ni dah menerangkan sebab tersebut kepada pembaca aku. Clearly you have other issues with MNH but that is your problem. I have learned my lesson and will ensure that this would not happen again in the future.

        • says

          sebenarnya bagi saya, ariffshah dah tahu semua tu, apa sebenarnya @ tujuan yg ada di sebalik niat (mereka) blog mynewshub.my, blog tu hanya nak mengunakan kepopularan yang ada pada blog ariffshah (peminat dan pengunjung yang ramai) untuk meraih sokongan orang ramai memandangkan sekarang dah masuh fatrah PRU13, jadi keputusan ariffshah itu adalah wajar, disamping itu juga perlulah menjaga pengunjung @ peminat dari kedua belah pihak, mungkin ada dipihah kerajaan dan ada dipihak pembangkang, kita nak berdakwah bukan hanya ada satu jalan, berdakwah bermacam cara, ada secara Jahru dan ada secara Sirru, kerana dakwah itu bersifat luas…bagi blog yg yang bersifat umum eloklah menjaga peribadi diri kita selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam….

          • Ariff says

            Nope. Terus terang saya tak ambil port bahagian politk mereka pada masa tu. Secara umumnya pun sekarang ni saya malas nak ambil kisah. Kalau saya ada pendapat tentang apa-apa isu semasa, ianya adalah pendapat peribadi dan tidak bermaksud saya menyokong mana-mana pihak. Apa yang saya tahu, bila sampai masanya, saya akan mengundi dan itu adalah hal saya sendiri.

            Seperti yang saya nyatakan, silap sebab tak buat background check betul-betul. Kerja nak cepat siap. Inilah jadinya.

    • Ariff says

      Minggu ni aku kelam kabut sikit. Banyak hal peribadi. So itulah. Kadang-kadang kesilapan tu tak boleh dielakkan

  4. Syafiq Salim says

    failed to do a background check on MNH’s activities….

    tapi tajuk “Kenapa Saya Lebih Suka Baca Portal Berita Online Seperti Mynewshub?”

    Baca ke tidak ni ?? lulz, kalau baca, MNH letak credit apa kat hujung artikel…
    Respect pd Blogger Malaysia bernama ariff shah dah jatuh.. Stop kondem orang lain lepas ni yer…. Copy paste mungkin lebih mulia dari menipu, sebab copy paste with credit lebih jujur… tq

    • Ariff says

      Syafiq Salim,

      Advertorial ditulis berdasarkan overview saya pada layout & loading speed MNH berbanding portal akhbar lain. Pada pendapat saya, layout MNH lebih kemas dan langsung tidak mempunyai apa-apa masalah loading berbanding portal akhbar lain. Yes, in a way saya lebih suka baca laman web yang mempunyai layout kemas serta loading speed yang laju.

      Terima kasih atas teguran. Akan perbaiki kelemahan yang ada.

      - Ariff

  5. says

    thanks bro atas info ni.. aku sendiri pun tak menyokong plagiat ni.. dan aku pernah jadi mangsa plagiat ini oleh 2-3 orang blogger.. rasa sakit hati sangat2.. tapi tak tau nak buat apa
    Entri terbaru boni >> Bila Lelaki MenangisMy Profile

  6. says

    pada masa akan datang perlu lebih berhati-hati bila
    menerima tugasan dari pihak tertentu …
    pekara dah jadi jangan salah kan diri sendiri
    jadikan apa yang berlaku sebagai peringatan pada masa akan datang …

    semoga lebih maju pada masa akan datang
    Entri terbaru namia >> Bagaikan PanadolMy Profile

    • Ariff says

      itulah. Benda-benda ni kena jaga. Harap blogger lain dapat ambil iktibar daripada kesilapan saya ni