Ariff Shah, Saham Apa Nak Beli Ya?

saham-2015

Kalau saya tulis pasal saham dalam blog ni, kadang-kadang dapatlah soalan macam ni dalam email. Nak jawab pun susah. Saya bukanlah pakar dalam saham pun. Setakat trade main-main dan simpan kaunter elok-elok boleh la. Trade pun rugi kadang-kadang.

Tapi nak main saham ni senang je. Pertama, kena bertindak. Kalau cerita pasal saham, pergi kelas dan seminar tapi akaun CDS pun tak buka lagi, tak payah cerita lah. Sampai tahun depan pun tak reti jugak. Last-last duit didermakan kepada agen unit trust.

So, step one, pergi buka akaun dengan mana-mana broker atau bank. Nak buka dengan bank boleh. CIMB ada, Maybank ada. Buka akaun dengan minimum RM1,000 je. Tak payah banyak-banyak.

Kedua. Cari kaunter yang bagus. Kat mana nak cari? Saya cadangkan boleh tengok akhbar bisnes mingguan The Edge. Contoh macam isu minggu ni dia bagi senarai top 10 kaunter untuk investment.

Saya dah track kaunter yang mereka syorkan dalam akhbar ni selama beberapa bulan. So far, ok. Boleh la nak dapat dalam 10% camtu.

Bila follow good advice dan beli kaunter yang memang ada value, risiko rugi rendah. Sooner or later, akan untung. Tapi bila follow tok guru yang memang kerja dia hari-hari trade tapi kita bukan kaki trade saham, maka risiko rugi tinggi.

Set target untung. 10% acceptable. 20% good. 30% very good. Untuk yang baru mula, kalau follow kaunter yang memang dah highlight macam ni, 10 – 20% untung dalam keadaan ekonomi semasa boleh dapat. Juga pastikan anda tau mana nak exit kalau tiba-tiba ekonomi jatuh (serangan matawang, harga minyak dunia jatuh lagi).

Ketiga. Bila dah sampai target, jual dan ambil keuntungan. Kemudian repeat. Time by time, ada je kaunter yang tiba-tiba akan naik dan boleh dibeli. Point penting kat sini, main saham ni perlu masa untuk belajar. Kena experience sendiri.

So kepada yang nak mula, saya recommend follow senarai ni.

P.s. This is not a paid post ya. Although, I wish it is. Kalau saya rasa bagus untuk pembaca blog ni, saya share.

P.p.s. Saya akan track senarai top 10 ni (oklah mungkin buang kaunter yang bukan syariah) berdasarkan harga opening Isnin ni dan tengok berapa lama masa diambil untuk dapatkan keuntungan 15%. Kita tengok siapa yang kena.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 Comments