Ariff Shah Pemenang Pertandingan Cipta Tagline GengBlogger

Yeah! Satu lagi kejayaan!

Hari ni hari yang bersejarah buat aku kerana aku telah menang Pertandingan Cipta Tagline GengBlogger. Tak sangka pula tagline aku yang common dan simple tu boleh menang walaupun banyak lagi tagline yang lebih canggih dan intelligent yang aku rasa patut dipilih. Namun aku bersyukur dan berbanggalah kerana tagline aku dipilih sebagai tagline rasmi GengBlogger.
Terima kasih kepada semua yang selalu datang ke blog.ariff. Anda semua memang aku sayang. hehehe..

Daripada pemerhatian aku, GengBlogger ni dah berada on the right track. Daripada blog pinger biasa, GengBlogger ni dah berkembang jadi satu komuniti; ada forum, ada ramai orang lepak situ dan banyak trafik datang dari situ. Inilah yang kita panggil satu komuniti yang efektif dan berjaya. Semoga pada masa hadapan, komuniti GengBlogger ini akan berkembang dan lebih ramai blogger, terutamanya blogger yang menulis dalam bahasa Malaysia akan menyertai GengBlogger dan menjadi ahli yang aktif.

Akhir kata, semoga GengBlogger – Komuniti Blogger Anda akan lebih berjaya pada masa hadapan.

Ariff Shah: Kepada yang tak berjaya jangan putus asa. Aku rasa lepas ni confirm GengBlogger buat macam-macam event lagi. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kan? Kalau tak berjaya yang ni, tak semestinya kita akan gagal buat selama-lamanya.


55 thoughts on “Ariff Shah Pemenang Pertandingan Cipta Tagline GengBlogger

  1. alololo sweetnye gmbo tuh..
    nyway tahniah lol
    .-= fifi´s last blog ..mahu mati tapi umur masih panjang =-.

  2. alalala..s ikit lagi nak kena dengan “komuniti blogger masa kini”..hehe.. tapi tak pe, tagline u lebih simple dan mudah melekat dalam kepala.. tahniah.. =)

    • asalnya aku memang nak buat ‘komuniti blogger masa kini’. serius. tapi dah pikir masak-masak buat ‘komuniti blogger anda’ lebih mesra pengguna kot. haha.

    • patutla. aku dulu skolah kat mozac. penah la dengar2 gak nama skolah tu daripada budak2 jasin.
      dulu aku tinggal kat masjid tanah. skarang dah pindah subang jaya

  3. @fiza @mrbintang @si lampu neon @megat @farhana @nik @yaya kechiq @fifi @zackzuhairi @azharramli @loncryer @amir F @beliamuda @jawatan kosong

    Thank you semua. Sorilah. xlarat reply satu2.

    • OK. terima kasih banyak2. Amat mengalu-alukan link exchange. Dah link kamu balik kat link list saya