Apprentice Asia Episod 2

The Apprentice Asia_Group

Kali ini tugasan mereka adalah menghasilkan video viral untuk laman web syarikat pelancongan online Expedia. Ini adalah komen saya untuk episod kali ini:

1. Team Axis banyak pot pet pot pet masa perbincangan. Biasanya kalau perempuan sama level berbincang, macam ni la. Banyak cakap, kerja tak jalan. Next episode, kena shuffle team supaya ada lelaki dan perempuan dalam setiap pasukan sebab team perempuan sahaja tak boleh berkembang long term (teori yang terbukti benar dalam beberapa season The Apprentice yang pernah saya tonton).

2. Sam (Team Mavericks) adalah seorang ketua yang langsung tak ikut cakap orang. Dia dalam dunia dia sendiri. Boleh menjadi orang yang disalahkan sepenuhnya sekiranya pasukan mereka kalah (mereka kalah).

3. Semangat berpasukan perlu ada. Semua orang perlu ambil bahagian dalam kerja berkumpulan. Hanzo tak contribute sebab nak play safe dalam episod ini. Strategi salah lebih-lebih lagi bila orang lain pun tahu yang dia cuba mengelat dalam cabaran kali ini.

Konsep dia senang je. Make a decision, ambil tindakan. Bila duduk atas pagar dan tak nak/takut ambil tanggungjawab dalam kerja berkumpulan, anda adalah orang yang paling teruk dalam pasukan tersebut.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments