Apartment Below Market Seksyen 6 Shah Alam

Reading Time: 2 minutes

Stress betul bila nampak iklan ni kat wall blogger hartanah yang sorang ni. Apesal dia selalu je jumpa rumah below market kat Shah Alam? Tempat pun semua yang cun punya.

Bila check kat Mudah.my untuk tengok selling price kat sana, dapatlah tau ada orang yang dah start jual pada harga lebih daripada 100k. Maksudnya ada peluang untuk dapat full loan atau duit lebih kalau ada transacted value kat kawasan tu dah pernah sampai 100k.

Mudah ni berguna untuk buat kajian awal tentang kawasan sasaran pelaburan hartanah kita. Setakat selling price, rental rates tu dah boleh cari kat situ.

Jadi tamak punya pasal (kalau boleh nak rebut semua peluang yang ada) saya pun bertanyalah kepada towkeh ni berapa harga apartment tersebut. Tentang nama tu (sebab saya pun dalam proses pembelian apartment low cost), boleh di-arrangekan. Kena cari partner.

Untuk pengetahuan, sesiapa yang dah memiliki rumah di Selangor tak boleh lagi beli rumah kos rendah. Jadi mungkin itulah sebabnya ada iklan rumah kos rendah kat kawasan panas ni mula timbul. Kebanyakan investor semua dah kaya. Peluang untuk investor muda/baru nak start or orang yang betul-betul memerlukan dan mampu beli untuk beli hartanah ni.

75k tu!!!! First floor lagi. Bayangkan macam ni jelah. Kalau dapat loan 100k, buta-buta RM20k masuk poket lepas beli apartment tu. Orang gila je yang cakap tak nak. Itu baru cerita 100k. Kalau 120k macam mana?

Kepada yang dalam senarai dia tu, elok tak payah tanya apa pengeras dia nak supaya nama boleh naik dalam list. Menyakitkan hati je.. hahaha


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Apartment Below Market Seksyen 6 Shah Alam”

  1. arrizz Avatar

    apartment 75k??perghh..

  2. daddydee Avatar

    memang boleh untuk buat reta ni.

  3. Nurul Avatar

    Waaaaaaa… Rugi sgt2… MOdal x cukup…. Rumah murah sgt2 kan… :(

  4. Budak Desa Avatar

    Fuhh..x cukup lagi seringgit je dalam poket aku..hikhik..xmampu lg..nnt2 la..roger kat blog abangensem ni. =)

  5. Ekspresi Ruang Avatar

    berminat.
    tp jauh sgt nk ada property sampai kt slgr tu. bukan apa, ssh nk pantau. xpdn plak dgn kos nk upah org.

  6. Sara Avatar

    Berminat jgk tp modal tak cukup lagi la…:)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kumpul ilmu dulu kalau macam tu

  7. Myvitrd Avatar

    rumah yang ada antara selangor dengan KL boleh beli ke tu.. hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak pasti pulak kalau macam tu

  8. aslam Avatar

    ariff,cuba lu pancing AE dengan nama n nombor cntct awek mana2,sure dari list ke-11 terus jd no-1..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nanti gua cuba

  9. akubiomed Avatar

    Macam tidak percaya masih boleh dapat harga dibawah 100k dikawasan Shah Alam.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena rajin cari. Memang ada lagi

  10. Hafizul Avatar

    Hehe..pasal apa dijual murah yer?

  11. eyriqazz Avatar

    saya belum ada rumah di selangor..bolehla beli satu kalau camni…