Apabila Sudah Bertunang..

Jangan jadi macam Tiger Woods..

Lelaki yang single dan bertunang ni lain. Ada beza dia sebab yang bertunang ni dah ada tanggungjawab pada seorang perempuan yang dia sayang. Yang single, single lah kan..

Ada orang cakap, bertunang lama-lama ni tak elok. Banyak ujian dia, tapi masa bertunang nilah kita dapat menilai diri kita kembali, mampu ke tak nak jaga seorang perempuan tu sampai salah seorang mati, boleh ke tak kita setia kat dia sorang je (poligami bukan pilihan), bagus ke tak perangai kita ni kalau belakang dia. Semua tu memang kena nilai balik dalam tempoh bertunang tu dan kalau boleh perangai buruk macam setan dan miang gatal tu semua dapatlah dibuang jauh-jauh.

Ya, ada lelaki ni gatal dia semacam walaupun dah bertunang. Dari luar kita nampak dia bagus, muka baik, peramah tapi bila dia dengan perempuan lain, dalam diam dia ‘cucuk-cucuk’ perempuan tu sampai naik lemas minah tu. Ada pula sampaikan girlfriend kawan sendiri pun nak kacau. Aku nasihatkan perempuan-perempuan kat luar tu, kalau terjumpa lelaki macam ni, lebih-lebih lagi yang bertunang tak payah la buat kawan dengan dia. Orang macam ni banyak sebenarnya kat luar tu, kadang-kadang ada di kalangan kita antara sedar dengan tak je. Reaksi yang sesuai untuk mereka adalah macam ni. Agak kasar tapi itulah yang sepatutnya mereka terima sebab kalau dibiarkan boleh melarat dan mungkin suatu hari nanti dia akan melukakan hati tunang dia pulak (walaupun apa yang dibuat sekarang ni dah cukup teruk).

Kalau dah bertunang pun gatal, tak hairan pun suatu hari nanti dia curang perempuan lain

Aku kesian pada si perempuan yang tunangnya berperangai buruk ni. Orang perempuan ni setia. Ya.. kadang-kadang lelaki susah nak terima hakikat yang perempuan ni setia sebab dah lumrah lelaki tu sendiri  kadang-kadang pandang perempuan lain walaupun dah berpunya. Perlu banyak pengalaman dalam percintaan untuk belajar benda ni. Jadi bila kesetiaan yang tak berbelah bahagi ni di balas dengan perangai gatal dan miang lelaki tu, aku memang rasa kesian sangat kat perempuan tu. Apa salah dia sampai tunang dia sendiri sanggup buat perangai macam tu ya?

Dalam hidup ni memang dugaan dia banyak. Temptation is everywhere tapi yang membezakan kita ni bagus ke tak dengan kebanyakan manusia keji yang lain adalah bagaimana kita mengawal diri kita. Tak perlu orang sekeliling nilai kita macam mana, sendiri buat sendiri tahu. Bila dah ada perancangan nak mendirikan rumah tangga, elok sangatlah kita duduk diam, pandang cermin, hadap muka kita dan tanya balik adakah kita ni dah cukup bersedia untuk semua tanggungjawab tu? Sesuai ke tak perangai dan perbuatan kita dengan status dan tanggungjawab yang akan kita pikul tak lama lagi?

Aku tulis ni sebagai peringatan kepada diri aku dan pembaca. Kalau dah bertunang tu, eloklah tukar terus cara fikir dan mindset tu macam orang dah kahwin. Benda ni bukan mainan budak-budak. Kalau dah bertunang pun perangai tak betul, memang nampak sangat tak wajar untuk meneruskan dengan perkahwinan tu nanti. Elok lupakan aje daripada kita rosakkan hidup orang lain.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

 

Comments

  1. nessna says

    btul tuu..
    bla dh bertunang mmg byak dgaan y kta hadapi,, apa tah lagi tunang kta tu buat hal.. perempuan y m’nanggung sakittt!!!!!!

  2. says

    hi, nice entry.. dh baca aritu tapi tak comment.

    Well, mmg agak kecewa kalu berhadapan dgn lelaki yang mcm ni. Kesian sungguh dgn tunangan nya. Mungkin jgk, pd hakikatnya lelaki tu belum bersedia nak jadi tunangan orang sebab tu tak mampu nak buang tabiat lama yg suka mencucuk-cucuk dan mengusik-gusik perempuan lain even gf org pun dia sental.

    Yg penting, tepuk dada tanya selera. Kalu sayangkan hubungan pertunangan tu elok la ubah diri demi kebaikan bersama.

    Sekain

  3. says

    Aaa yes… it’s been such a long time since my last visit, and well well, what do you know. Such big achievements, new stories, but, still the same old person kan?

    Salam dari bumi UK.

  4. BlacKMaC~ says

    hohoho.. cam nk sokong j statement n artikel ko nie bro.. nice entry..
    tu la.. kdang2 kite nie xsdar ngan ape yg kite wat tu slah.. mungkin ianya skadar gurauan bgnye rite.. gurau2 jgak.. if org da lempang nnty baru nk sedar agaknye.. ati org kite ta taw ape yg dfkirkan..
    even jika da bertunang.. xperlu la lame2 ikat tuh.. dugaan yg bkal mndatang tuh mencabar.. dpat plak yg bertunang n tinggal berjauhan.. [xkn serumah plak kan..] ehhehe.. yg kat sane wat len.. yg kat cnie wat len.. ape yg dharapkan.. sms n phone kol /fb/twitter & blogging j sbgai pnghubung.. yg penting kprcayaan n kjujuran dlm perhbngan.. darah manis maa.. jage ye.. ^^”
    yg laki2 nie plak.. cam bese la.. pntang j nmpak yg bergetah o cun ckit.. msti nk try usha n bwak jalan.. nk tunjuk kat mmbe a konon die hot stuff sng dpt awek cun n bergetah.. hohoho.. kalo single tuh len a cite an.. bru nme remaje btol?? nie yg da bertunang wat camtuh.. dok cuit2 sane cnie.. men tarik2 rambot.. bg die mmg skdar gurauan.. bg org len agak annoying la ckit a.. kdng tgok ade gak awek org gak dicuitnye.. pkwe org tuh kat sblah.. xhormat awek membe k beb.. an an.. tamo a camtuh… even da tegor pon same jgak.. wat jgak lagi.. xkan nk “tego gune tgan ngan kaki” kot.. xsopan rite.. awak tuh da bertunang.. if tunang ade dpan mate.. ade brani k wat camtuh?? ahaha.. msti a nk jage prestasi unggul dpan tunang kan.. kan.. if tunang xde? adess.. bermulelah kegedikkan sbgai bachelor smntare.. perkare bese agaknye.. ahaha.. kalo la tunang anda tuh taw prangai anda camtuh?? rase2 ape yg berlaku antare korang.. kawen x?? ahhaha..
    pade yg da bertunang.. matang2 kan fkiran n prangai tuh ye.. awak tuh bkal bpak org.. bkan bdak tadika.. xkn nk kne tego baru nk sedar diri [tu kalo sedar diri.. uhuhu kalo x?? anda j yg mmahami diri anda..].. tunang anda mmpercayai kejujuran anda jgn biarkan kepercayaan diberi dinodai atas sikap anda sendiri.. hope anda berkahwin 1 ari nnty.. ngee.. =)
    dear Ariffshah >> nk pinjam ayat artikel boleh?? ngee..
    “Kalau dah bertunang tu, eloklah tukar terus cara fikir dan mindset tu macam orang dah kahwin. Benda ni bukan mainan budak-budak. Kalau dah bertunang pun perangai tak betul, memang nampak sangat tak wajar untuk meneruskan dengan perkahwinan tu nanti”

  5. says

    Ha bro…kebetulan pulak dok cakap pasal bertunang ni kan, ada member kepada member kepada kawan aku ni dulu memang ada buat perangai macam ni, tapi perempuanlah…so apa kes? sama je laki ke perempuan ke, kalau pandai kontrol nafsu, tak kesah la lama mana nakbertunang pun…
    The Sharkox: Kami ada DSLR, kau ada????

  6. Miss D says

    Im silent reader of ur blog.. after sy baca semua penulisan ternyata you nie mmg matured sgt.. Kalu lah semua lelaki kat dunia nie pk mcm you dunia nie akan bertambah bahgia n wanita2 kat dunia pun akan teramatlah berbahagia..

  7. says

    aku bertunang setahun dulu, tapi memanglah….kalau bertunang ni 3 bulan pertama adalah saat manis, 3 bulan terakhir sudah mula ada bibik2 pergaduhan dan 3 bulan seterusnya ialah dimana banyak pertikaian dan pergaduhan…..dan 3 bulan terakhir adalah saat dimana ujian dalam bertunang, kalau tak kuat mesti boleh putus

  8. says

    Bertunang dalam bahasa yang mudah…dah booking,kalau dalam islam tunang orang haram dipinang.

    Kebiasaan begitulah,dalam alam pertunangan ni memang byk dugaan dan cabaran,sebenarnya bukan apa,kdg2 Allah nak uji pasangan kita,setiap hari kita mesti berdoakan agar kita ditemukan jodoh dengan dia,kita mintak yang baik2 jer.Bila tunang kita tu buat hal,maka disitu ada 2 petunjuk,satu doa kita tadi,lagi satu Allah nak uji tunang kita tu.

    Bagi saya bila dah bernikah esok,lagi banyak ujian…masa itu(bagi lelaki)banyaklah pulak pmpn cantik2 datang dan segala macam yg kita jumpa,bagi pmpn pulak,byklah mamat macho datang menyembah.Kalau dah terbiasa masa tunang dulu kita melayan,tak mustahil one day bila kita bergaduh suami/isteri salah sorang akan curang :)

  9. says

    sangat tertarik dengan entry ni.

    em. for me, tunang tu adat je kan? kalau nak merasa pun boleh buat macam “Lord Zara”ckp tadi….kalau eyka la….eyka x sggup nak bertunang lelame… emm.. bukan x percaya pd si dia..tp x sggup di tinggal kan dlm situasi mcm tu.

    frust org bertunang dgn frust org bercinta ni lain. silap aribulan syaitan berjaya mghasut hingga seseorg tu mati. nauzubillah…..

    “Ya Allah..tetap kan lah iman ku Ya Allah…Temu kan lah aku dengan orang yang baik2…amin…”

  10. says

    Kalau iman kuat, tempoh lama macam mana pun insyaAllah akan diakhiri dengan perkahwinan juga..
    Kadang-kadang, putus tunang ni boleh jadi sebab faktor sekeliling. But again, berbalik pada iman, sabar.
    Pokok pangkal hati yang bersih, sabar dan amanah dengan komitmen [pertunangan].

    • ariff says

      erk.. hanya pandangan jer, tapi kalau fikir balik orang lelaki buat camni kat perempuan, siapa tak geram kan?

  11. says

    salam,

    perlu ke bertunang at the first place pada zaman moden masakini?

    kalo zaman dulu, adat bertunang tue ada sebab takde tren coupling2 nie..pasal tue bertunang tue dibuat untuk lelaki-perempuan itu kenal di antara satu sama lain. Zaman sekarang dah lain, belum bertunang pun memacam dah jadi. Sebab tue spirit of engagement itu tidak bebetul difahami oleh lelaki dan juga wanita. Byk juga kes wanita yang tinggalkan tunangnye juga zaman sekarang nie. sebab wanita zaman sekarang dah ramai yang independent.

    Ape2 hal pun, seseorang itu hanya boleh dikenali hati budi hanya selepas berkahwin juga. Mostly masa bertunang pun masih purak-purak.

  12. says

    u r rite..
    saya dah bertunang sejak bulan 2 hari tu.
    tapi memang byk kali jugalah dugaan datang tapi bila kita ‘belajar’ untuk terima pasangan itu seadanya dan setia insyaAllah ada masalahpun boleh setel.

  13. says

    Tempoh bertunang memang tempoh yang banyak dugaan. Dugaan dari segi godaan untuk mendapat awek baru. Time-time macam ni lah, kawan-kawan perempuan yang lama-lama dulu mula nak rapat-rapat la. Asyik ajak jumpa lah. Macam-macam lagi lah.
    Lagipun, pada peringkat ni. Lelaki semakin memahami perempuan. Better dari masa single. Perempuan bukan pandang sangat pada paras rupa. Asal lelaki tu boleh faham dia dan boleh membuatkan perempuan tu selesa bila bersama, memang boleh sangkut punya lah. Tak payah pakai ayat-ayat power pun. Haha.
    P.s : Dulu aku pun pernah tempoh perkara macam ni. Alhamdulillah aku dah selamat kahwin dah pun. Haru beb kalau tak jaga diri time bertunang ni. Kalau boleh, jangan lama-lama sangat.

  14. says

    I bercinta dengan hubby 6 bulan baru decide untuk bertunang. Tempoh bertunang pula setahun 3 bulan. Tunang lama2 memang byk dugaan…Tapi nak buat macam mana, kena hadapi jugak la…. =)

  15. says

    experience sy sndiri dgn hubby..kami bertunang 6 bulan jek..
    tu pun dgn xkenal nye,xde calling2 nye…

    but alhmdllh berkat ikut ckp org tua,kami bahagia…

    betul laa..tunang xperlu lama2..jgn tunang lebih lama dr kawin..malu jek

  16. says

    nasihat aku ada sedikit pengalaman bertunang ni…

    jgn ler bertunang…terus niqah lg bagus…

    yg rasa xbersedia tuh, siap kn ler apa yg ptot..luar dn dalam…jgn hnya ikot napsu semata-mata..

    sekian, mekaceh :P

  17. says

    Aku kalau nak bertunang, nak bertunang pagi sebelum nikah.
    Boleh tak?

    >__<

    Nak bertunang jam 9 pagi, nikah pukul 10 pagi.
    Biar settle begitu..Tak sanggup nak tahan dugaan atau cabaran lama2 seh…

    EP/S : CommentLuv tak berfungsi ke eks?

  18. afiq aiman says

    nak bercinta ke bertunang ke ikutlah..asalkan igt diri tu muslim..tak sah lg nak bwk merata tmpt si pompuan tu…kawen dulu bhai baru boleh nak bawak merata..pape pun..suka gambar yg macam “ni” tu haha

  19. dian says

    zaman skrg ni, amat sukar utk mencari lelaki yg setia pd hanya seorang perempuan shj dlm hidupnya. klu ade pon, hanya 1 dlm sejuta. lg satu, bila da b’tunang, sudah ada garis sempadan. tidak boleh memandang perempuan lain. jaga tingkah laku.. anggap diri itu sudah nak berkahwin.. jgn sibuk nak menggatal bila sudah bertunang..

  20. says

    tak pernah rancang nk tunang. sbb dah byk kali tgok dugaan dalam bertunang. if nk sangat ikut adat pon, tunang on the same day nak nikah, senang. lagipun sekarang orang bertunang majlis die cam nk nikah. takut gile tgok.

    hahhaa, so better sekalikan majlis. :)

  21. says

    perasaan yang pasti akan datang semasa bertunang ni adalah “adakah betul pilihan aku ni” ni bisikan syaitan yg tak suka manusia berkawin sah. Syaitan suka manusia berzina.