Apabila Kejadian Ragut Berlaku Di Depan Mata

Selesai membayar RM6 di kaunter bahagian dalam stesen minyak. Ketika saya melangkah keluar dari kedai serbaguna stesen minyak tersebut, kelihatan sedikit kekecohan di hadapan stesen minyak Petronas tersebut. Kelibat dua orang anak muda di atas motosikal kapchai kelihatan sambil memecut pergi dari stesen minyak. Seorang lelaki dalam umur 30-an berbangsa India kelihatan cemas dan berjalan kembali ke arah keretanya.

“Diorang nak ragut rantai emas saya,” terdengar lelaki tersebut berkata. Rantai emas yang dipakai di lehernya cuba diragut oleh dua orang pemuda tadi ketika dia sedang mengisi minyak. Badannya tidaklah kecil atau kurus macam saya, saiz normal lelaki India berumur 30-an. Kalau nak dibandingkan dengan dua orang pemuda di atas motor tadi, memang lelaki India ini mampu membelasah mereka berdua seorang diri.

Saya belum sempat mengisi minyak pada masa itu. Petunjuk tangki minyak pun menunjukkan bekalan minyak hampir habis. Tambahan pula dengan sardin dan ais dalam  yang dipesan mak dan baru diletakkan dalam motosikal, memang tak dapatlah nak kejar dua orang pemuda tadi. Tak sempat nampak nombor pendaftaran motor yang digunakan, barangkali motor yang dicuri atau nombor pendaftaran palsu.

Kita saban hari membanggakan statistik kononnya negara ini selamat. Berita yang sama dilaungkan berulang kali. Pada hakikatnya, kes jenayah semakin menjadi-jadi. Kalau dulu kita selalu dengar kaum perempuan diragut, kini kes ragut seperti ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan umur.

Rakyat perlu dididik untuk menghadapi situasi cemas seperti ini. Sekurang-kurangnya orang ramai perlu tahu yang mereka boleh membuat laporan melalui talian panggilan kecemasan 999 ketika jenayah sedang berlaku atau memberikan perhatian kepada maklumat seperti nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh penjenayah tadi. Ramai orang yang nampak kejadian tadi, tetapi tak seorang pun yang mengingati nombor pendaftaran motosikal yang digunakan oleh peragut tadi.

Kalau saya menggunakan motosikal jenis ini, memang dah dikejar peragut tadi

Kepada pembaca, ingat! Anda mestilah peka walaupun keadaan pada masa itu adalah cemas. Sekurang-kurangnya ingat butir-butir yang terperinci penjenayah yang anda nampak (kaum, anggaran umur, warna kenderaan, nombor plat, jenis kenderaan dsb). Sekiranya ada individu yang tidak dikenali dan mencurigakan di kawasan tempat tinggal anda, laporkan kepada pihak berkuasa. Benda macam ni nampak kecil, tapi sekurang-kurangnya boleh meningkatkan kekerapan rondaan pihak polis di kawasan anda.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

40 Comments

  • daddydee

    29 June, 2012 at 4:27 pm

    samalah kita membantu membenteras jenayah…

    Tapi risau juga untuk membantu skang ramai penjenayah yang nekad. Sanggup buat apa saja sampaikan membunuh pun sanggup.

  • Sara

    29 June, 2012 at 9:15 am

    Kejadian ragut ni jadi sekelip mata. Kadang-kadang tu memang tak sempat nak berfikir dan bertindak..peragut dah hilang dah….

  • khairil

    29 June, 2012 at 2:13 am

    masa tengah panik memang tak boleh nak fikir apa.bila peragut dah lepas baru terkial-kial nak ambil no plat.masa tu memang tak nampak la.haha

  • hasrulhassan

    28 June, 2012 at 5:36 pm

    Aku pun pernah 2 kali tgk ragut ni, dua2 depan mata, satu kali … dua lelaki motorsikal lalu depan rumah, nampak ada sorang tu tgh ambik barang dari kereta terus ambik beg duit dalam kereta …

    satu lagi makcik kena ragut tepi jalan … sian

    tak dapat tlg apa pun…:<

  • Queen Teratai

    28 June, 2012 at 3:48 pm

    so far blm pernah lagi kejadian mcm ni berlaku depan mata dan selalu doa semoga dijauhkan dari perkara2 begini.

    tp mmg betul apa yg ariff ckp tu.. kalau terjadi perkara begini depan mata kena ingat butir2 yg penting tue..

  • Norfa

    28 June, 2012 at 1:05 pm

    masih lagi rasa tak selamat… Malaysia penuh dengan warga bangla dan indon..mmg tak selamat.. hartuh nyaris mak kena ragut kat pertama complex..tengok lelaki bangla pelik je lalu sebelah, arah bertentangan..tengok semacam je..terus jerit kat mak pegang hand beg betul2.. mujur gak…

  • Fathiah Jasni

    27 June, 2012 at 11:18 pm

    kalo dulu org diragut ms kt tmpt sunyi je.. tp, skrg ni, kt tmpt ramai org pon, peragut berani buat hal.. byk kali jugak dgr kes ragut dan kecurian masa orang isi minyak..

  • Azydy

    27 June, 2012 at 10:11 pm

    susah sekarang ni, akalu kejar pun tapi bahayakan diri sendiri pun susah juga..wang atau rantai yang hilang boleh diadakan semua..tapi nyawa yang hilang.. menyesal pun dah tak berguna lagi..

  • boni JLL3

    27 June, 2012 at 8:21 pm

    rasanya agak berbahaya juga untuk kita kejar peragut tu.. kalau boleh, biar kita bawak orang lain utk kejar sekali.. zaman sekarang ni sangat2 berbahaya.. peragut pun bukan meragut saja2.. aku kurang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Malaysia ni selamat. selamat apa kejadahnya kalau hari2 dihidangkan dengan berita2 jenayah yang berlaku..

  • akubiomed

    27 June, 2012 at 6:02 pm

    Kes ragut boleh saban hari dilaporkan. Sekarang ini tahap memberi bungkusan bom buatan sendiri kepada mangsa pun sudah berlaku seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

  • msbmna

    27 June, 2012 at 4:21 pm

    Macam yang saya cakapkan dalam komentar sebelum ini. Statistik boleh diubah-ubah mengikut keperluan atau kepentingan. Itu pun ada yang anggap saya umpama pihak parti pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja.

    Realitinya kita yang merasainya. Kalau di kampung-kampung, pecah rumah yang ditinggalkan (sebab ibu bapa tinggal serumah dengan anak) sudah menjadi biasa. Di bandar, lebih banyak operasi jenayahnya.

  • Ekspresi Ruang

    27 June, 2012 at 3:39 pm

    kalau dulu media disalahguna utk tujuan politik dan memburuk2kan pembangkang, tapi skg lebih teruk lg apabila media digunakan utk melaporkan berita2 mcmtu, yg kononnya selamat walhal sgt berbahaya di luar sana. rakyat marhein semua riso, pemimpin pulak apa tindakan?

  • penyubiru

    27 June, 2012 at 3:00 pm

    tapi kalau nak tolong lawan pun,kena tengok jugak..takut penjenayah tu bersenjata tajam atau senjata api.. kalau kena kes camtu,kena duk dari jauh sambil call polis dgn segera nampaknya..

  • myvitrd

    27 June, 2012 at 2:50 pm

    aku pun pernah mengalami sendiri situasi seorang pemandu kereta wanita hampir diragut beg tangan yang diletakkan disebelah pemandu.. masa tu aku di hadapan perempuan tu dalam pada masa jalan tengah jem.. tetiba 2 orang penunggang motor mengetuk cermin kereta Volkswagen dekat belakang aku.. tapi peragut tu tak berjaya nak pecahkan cermin.. aku sempat nampak dari cerin belakang yang perempuan tu cepat ambil beg dia yang dia letak dekat tepi..

    huhu sangat mencemaskan.. tapi malangnya aku sendiri tak sempat nak ingat no. pendaftaran motor tu.. tapi aku ingatlah dia guna EX5..

    Apa pun kena sentiasa berhati2..

  • ReM

    27 June, 2012 at 2:29 pm

    Dalam suratkabar hari, Tan Sri Ramon Nagaratnam cakap ada 2,000 orang tahan Simpang Renggan dibebaskan selepas Akta (ISA dan akta lain) dimansuhkan tahun lepas. Tu yang banyak kes-kes rompak, menyamun, meragut dan sebagainya.

  • scud

    27 June, 2012 at 12:32 pm

    cite yg rigkas dan menarik, klu tn ariff pakai moto tersebut tn ariff x payah kejar langgor jer..
    kje malas nk meragut plak ntah ler ape nk jadi ngan anak2 sekarang :(

  • hafiz

    27 June, 2012 at 12:28 pm

    saya pernah alami situasi yang sama..tapi kejadian tu masa kereta beratur panjang dalam trafik jam..tingkap kereta mangsa terbuka..peragut berhenti sebelah kereta, ambik beg dan terus pecut motor..semua orang tak boleh buat apa-apa.