Apa Yang Lelaki Mahukan Daripada Girlfriend Mereka?

Perempuan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia percintaan ni seringkali buntu tentang apa boyfriend diorang nak. Lelaki ni semua nak tunggu kahwin & dapat melakukan hubungan seks je ke, atau lebih daripada itu? Dari perspektif seorang lelaki, aku cuba bagi sedikit inputlah tentang apa yang korang boleh expect daripada boyfriend korang.

Teman

Hidup ini sunyi kalau takde teman. Jadi perkara pertama yang seseorang lelaki itu mahu dalam hubungan percintaan adalah menjadikan girlfriendnya sebagai teman. Maksudnya lelaki itu boleh meninggalkan rakan-rakannya demi kekasih hatinya pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik kalau diorang boleh buat apa-apa sahaja bersama, contohnya pergi berjogging, pergi gym, pergi konsert, pergi tengok perlawanan bola, etc. Elemen ni paling penting dan boleh menjamin masa depan perhubungan tersebut sebab lelaki itu akan melihat kekasihnya bukan sahaja setakat kekasih, malahan sebagai kawan rapat.

Tempat Mengadu

Kena ingat bahawa lelaki ni manusia jugak, bukan robot. Lelaki ada perasaan dan emosi. Disebalik kegagahan diorang, ada kelembutan pada hati diorang. Akan datang suatu masa kegagahan dan kekuatan ini tumpas dan pada masa itulah sokongan daripada kekasih hati amatlah diperlukan.

Dalam proses untuk diorang membuka cerita dan mengadu, perempuan haruslah banyak bersabar dan sentiasa memberi dorongan yang positif kepada boyfriend korang. Ada yang mudah untuk menceritakan segalanya, ada yang amat susah. Ego sentiasa menjadi penghalang, namun kekasih yang baik sentiasa tahu macam mana untuk menumpaskan ego lelaki korang. Ingat ni, sekeras-keras lelaki, dalam hati diorang ada taman.

brought to you by

Teman berborak

Sebuah hubungan akan jadi lebih best kalau kita bebas berbincang tentang topik kegemaran kita bersama pasangan kita. Keserasian pada peringkat minda dan kebijaksanaan ni memang mengujakan. Cuba ambil tahu apa yang boyfriend korang suka dan cuba kasi pendapat tentang perkara tersebut apabila topik itu terlintas dalam perbualan harian korang. Tak perlulah terperinci sangat, asalkan ianya dapat menyemarakkan perbualan tu pun dah cukup.

Fantasi

Fakta yang semua orang perlu terima: kita kenal dan jatuh hati pada seseorang itu melalui rupa atau pada segi luaran, fizikal terlebih dahulu. Kita (lelaki dan perempuan) lihat paras rupa fizikal bakal pasangan kia, boleh terima selepas tu baru ambil tahu pasal yang lain. Ini adalah fitrah. Jangan tak terima atau menyangkal perkara ini.

Berbalik kepada point asal, lelaki suka berfantasi. Ya.. Ni aku tak tipu. Apa yang diorang buat dengan fantasi diorang tu, itu hal mereka. Tapi fakta di sini, lelaki suka berfantasi dan girlfriend mereka biasanya termasuk dalam fantasi mereka. Baguslah tu kan? Nak ke boyfriend korang fantasi pasal perempuan lain pulak? Fantasi adalah indah, tetapi realiti adalah sesuatu yang jauh bezanya daripada fantasi. Nak cerita pasal fantasi ni agak rumit sikit atas sebab dan sensitiviti tertentu. Cukup untuk aku bagi contoh, kalau boyfriend korang ni memang jenis yang tak minat perempuan yang tembam, jadi kena pandai-pandailah korang supaya tak menjadi tembam. Point dia kat sini cari apa yang dia suka kat korang dari segi fizikal dan elakkan daripada menjadi sesuatu yang sebaliknya.

Penasihat peribadi

Satu kesilapan besar perempuan, diorang ni kadang-kadang terima je bulat-bulat apa yang boyfriend diorang buat/plan. Contohnya:

Boyfriend: I nak buat something lah you.. bla bla bla.. bla.. bla.. (explain panjang-panjang) …
Cik awek: Oklah you. Suka hati you, I ikut ajer..

Teeett.. Salah macam tu. Kalau mamat tu dah cerita panjang lebar mestilah dia nak pendapat korang walaupun dia tak cakap dia nak pendapat korang, kecualilah kalau dia cakap dia suruh korang dengar je. Simple je sebenarnya. Lagi satu respon yang agak menjengkelkan ialah bila dah explain panjang-panjang macam tu, pihak perempuan balas cakap ‘ok’. Oh tidak! Benda ni selalu berlaku dalam SMS dan sememangnya annoying.

Lelaki suka rujuk sesuatu pada kekasih diorang untuk dapatkan input dan pandangan diorang. Kalau pandangan korang negatif, jangan takut untuk menyuarakannya . Takde salah dalam menyuarakan pendapat.

***

Harap dapat membantu kaum perempuan yang buntu diluar sana. kekeke..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

54 Comments

  • titan

    28 June, 2011 at 8:16 pm

    aku cukup tak suka kalau pempuan balas mesej dengan berakhir dengan mesej macam ni..

    “ok. fine.”

    pastu senyap. Confirm aku takkan balas dah lepas tu..haha..

  • hannnah_maya

    17 August, 2010 at 10:28 am

    lol..bis kiter cakap explain panjang2,dia siap wat derk, erm x, ye pon x..
    ape kes?huhu.. paling sonang kan, jadi je dri sendri..masg2 kene ader bertolak ansur,konfem ok jew. n terima lah pasangan kita seadanya. cuba buat research, majoriti pasangan sebenarnya berbeza antara satu sama lain, kalo kita kuat bebel, kdg pasangan kita pendiam, kiter jenis cool dia panas baran, dia suka tgok bola, kiter suka gak..suka tgok player die.heheh..ok la tu, xserupa tp sama :)

  • bakal che gu

    8 August, 2010 at 9:30 am

    slm..dlm kehidupan ni mne ade yg sempurna..so kdg2 2 mmg trlepas la 2,3 things kn..but yg laki pun xleh la nk expect pompuan will do anything u want..4 me,juz understanding je la..xyah la nk jaga2 hati sume ni..k..=)p..

  • ctsoleha

    4 August, 2010 at 1:46 pm

    hehe..pompuan pun nak laki jadi penasihat peribadi dorang
    paling xbesh kalo pompuan nak keluar date,makeup lawa2 (ade yg berinci2 tebal)..pastu pakwe dia cakap..u xpayah makeup pun xpe..nak jumpe i je kan..

    isk..sgt annoying..haha..penat2 je makeup untuk dia..berjam2 depan cermin dia komen yg tue..hehe..puji pun tak

    kalo yg pakai eyeshadow kuning..myb laki 2 cakap..eh..letak kunyit kat mata ke??
    oh..kecewa giler..

    pompuan plak jenis suka tulis msg panjang2..pastu laki pun (cam ayat kat atas)..balas OK!

    ok je??isk…ok je??huhu..sedih giler..tulisla panjang skit..bukan patah pun jari 2..hehe

    tgok sol dah terkomen byk plak..hehe..mengadu kuat tul..hehe peace!!

    • ariff

      4 August, 2010 at 5:11 pm

      hahaha.. macam tu eh. Thanks sebab luahkan. Yelah, lelaki ni kadang-kadang tak sensitif sangat.

      bab sms panjang2 tu, ada gak pompuan yang bila lelaki dah sms panjang2, dia bantai reply “K” … aaaa… yang tu pun boleh buat jadi gila.

      Kat sini takde hal pun komen panjang2. Semua pun saya baca =)

  • ezy

    29 June, 2010 at 6:26 pm

    klu yg jenis lelaki yg nakkan kemesraan cane ek?die ngn i x same cara gurau..die xleh time cara gurau i..die yg cakap gitu…die putus ngn i sebab tu jer..knal x lama,6bln..jumpe baru 2 kali…2nd time spend a week..at that time i was trying nk sesuaikan diri…i pelekla..ego ke…i dh fight ngn die dah…mybe coz of distance relationship…

  • sya

    18 June, 2010 at 9:55 am

    persoalan yg slalu membuatkan sy tertanye2…kkdg rase mcm laki ni complicated..
    tp rupenye kehendak lbh kurg je ngan ape yg pompuan nk dlm bercinta…
    i hope dpt laki yg leh jd teman,besfren…cume cmne ye kalo i ni tak bape tau sgt psl dunia laki mcm bola, pancing..

  • sarina ismail

    9 June, 2010 at 2:54 am

    hahaks..memang betul dan bagus dengan tips2 diatas..tapi rase macam perempuan jer nak nak emjaga si lelaki, nak amek hati die, nak jage die, nak teman die, nak faham die..
    tapi si lelaki patut juga kena faham hati seorang wanita..senang citer..lelaki dan wanita harus saling faham dan memahami..=)

  • FTN

    9 June, 2010 at 11:51 am

    untuk menjawab soalan yang diutarakan,
    saya mahu mereka tidak mengganggu perjalanan World Cup 2010 saya.

    hehehehe

    good entri bro. rajin buat research..aku suka bahagian penasihat peribadi tu..
    memang kena beto!

  • mijie

    9 June, 2010 at 10:42 am

    lagi satu lelaki perlukan wanita atau gf sebagai orang yang akan menyokong bila kita ada mslh…mempertahankan tindakan kita yg betul

    dan point yg atas tu semuanya betul….dan itu lah yg lelaki perlukan dan point last itu yang paling suka…lelaki juga perlukan pandangan dan bantahan dari GF dia..bukannya main ikut je setiap masa

  • Iza

    9 June, 2010 at 9:32 am

    Singgah membaca……

    Aku pernah dgr kawan2 U dulu (lelaki) kata….Kalau lelaki pandang mana2 girl, pertama sekali bukan wajah yg dipandang, lelaki akan tengok tempat lain dulu, last baru pandang wajah. Itu sebabnya wanita ni kalau pakai tudung biarlah sempurna melindungi dot..dot..dot, jgn terlalu ikut fesyen tudung sgt.

    Betul ke wahai insan bernama lelaki?

    • ariff

      9 June, 2010 at 11:56 am

      ehem.. ada kebenaran di situ. Tapi ada gak lelaki kalau dah betul2 sayang pasangan dia, langsung tak kisah pasal perempuan lain. True story.

  • rashid

    9 June, 2010 at 8:56 am

    Mungkin aku boleh tambah satu poin kot..Laki nak pmpuan yang susah sama dia, senang pun sama dia..tapi buat masa ni aku kenal sume boleh sama-sama susah, tapi tu lah, jodoh tak panjang…Bab penasihat peribadi tu, pmpuan sebelum kawin nampak tak control sangat, tapi tengokla lepas kawin, dia jadi penasihat agong untuk lagi walaupun tak suruh…kehkehkeh..

  • Lord Zara

    9 June, 2010 at 8:19 am

    Aku nak bagi kredit kat kamu Ariff~
    Entry yang buat aku tersenyum di pagi hari~
    (Ya, setelah 4 hari tak baca blog kau, kau menyajikan sesuatu yang aku boleh cerna dgn mudah)

    Wee!
    aku setuju sebagai teman~
    dan bahagian TEETTT tu, aku SOKONG gila2!

    • ariff

      9 June, 2010 at 11:53 am

      Yup, benar tapi konsep tu silap. Manusia ni suka yang cantik, walaupun kasih sayang mengatasi segalanya, namun kalau kita boleh kasi lebih kepada pasangan kita, itu dah macam bonus la kan. Betul tak?

  • Zaki Helmi

    9 June, 2010 at 5:22 am

    Tak nak komen apa-apa. Cuma nak quote dari tweet Hanis Zalikha je.

    “I paling suka tengok Daddy cerita perihal kerja dia dekat Mama. Mama tak tanya pun haha. Best balik kerja ada orang nak dengar kita keluh ♥”

    =)

    • rashid

      9 June, 2010 at 8:46 am

      tak dinafikan laki suka mengeluh kalau ada orang nak dengar, lagi-lagi bab kerja…Kalau dapat isteri yang suka dengar lagi nak berkongsi, alangkah baiknya…huhu

  • encik luth

    9 June, 2010 at 3:44 am

    aku nak dari awek aku tak lebih tak kurang ialah kasih sayang dan perhatian dari dia. tu je. nasib baik kami ni ada hobi dan kegemaran yang sama. alhamdulillah

  • eykameow

    9 June, 2010 at 3:08 am

    ada x lelaki nak penampar dari girlfriend dorang? saja tanye ariff. sila jawab dengan nada manja… HAAHAHAHA. btw , best baca tips ni. nnti leh olok² praktiss kan..wee

    • ariff

      9 June, 2010 at 3:37 am

      Kalau yang nak penampar tu dia tak cakap, tapi tangan dia nanti ‘nakal2’ . Dah tau orang tak suka still nakal2 lagi. ha.. tu nak penampar la tu. keke~

  • fahmi ibrahim

    9 June, 2010 at 2:36 am

    “Harap dapat membantu kaum perempuan yang buntu diluar sana. kekeke..”

    atau boleh tuka “Harap perempuan diluar sama dapat memahami kehendak ariff” :D

    Betullah apa yang dikongsikan tu. Tapi kadang-kadang lelaki ni ego, bab penasihat peribadi tu kena elok2 la bermain kata-kata. Kasi lembut-lembut layan je.. Baru la tak terasa keegoannya terjatuh disitu.

  • Rara

    9 June, 2010 at 2:22 am

    nice tips :) hihi memang selalu praktikkan semua ni. tapiii part penasihat peribadi yang cerita dekat dalam SMS tu, memang kurang layan and selalu reply “OK” je, sebab memang jenis malas SMS, kalau nak luah perasaan ke minta pendapat ke, baik call je. hahahaha kejam kan T_____T