Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Berlaku Kemalangan Jalan Raya?

Baru-baru ini isteri dan anak saya terlibat dalam kemalangan. Kereta kami dilanggar dari belakang oleh sebuah SUV akibat daripada kegagalan brek. Alhamdulillah kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecederaan.

Masa tu saya kat ofis, jadi bila isteri call, saya terus pergi ke tempat kejadian. Nasib baik dekat.

Apa nak buat kalau terlibat dalam kemalangan jalan raya?

  1. Jangan panik dan kawal emosi. Kalau kena langgar mesti nak mengamuk, tapi no point pun mengamuk. Buat penat je.
  2. Pastikan orang disekeliling kita selamat. Kalau cedera parah, gunakan talian kecemasan dan terus panggil ambulans.
  3. Inform keluarga terdekat.
  4. Ambil gambar tempat kejadian. Mesti nampak kenderaan kita dengan no. plat yang jelas di tempat kejadian. Gambar detail/close up kerosakan tak perlu. Gambar ni penting sebab bengkel panel insurans akan minta gambar ni nanti untuk dihantar semasa claim insuran. Kenapa dibuat macam ni? Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan claim palsu.
  5. Hubungi syarikat insuran kenderaan. Penting untuk semua pemandu kereta tahu perihal insuran kenderaan masing-masing. Kalau kereta teruk sangat, minta syarikat insuran aturkan perkhidmatan tow truck. Kalau keadaan mengizinkan, drive terus ke balai polis trafik untuk buat laporan. Kalau kereta kena tow, suruh dia pergi ke balai polis terlebih dahulu untuk buat report polis. Polis akan ambil gambar kenderaan dan kerosakan yang dialami.

    claim-insuran-kemalangan

  6. Report polis sangat penting untuk claim insuran kenderaan. Buat laporan dalam masa 24 jam daripada masa berlaku kejadian. Tak perlu tangguh. Untuk claim insuran sendiri atas kesalahan sendiri, boleh refer entri yang saya tulis sebelum ni: Cara Buat Tuntutan Insuran Akibat Kemalangan.
  7. Bagi kes salah orang lain, dalam hal ni orang belakang langgar kita, memang salah dia, biasanya laporan penuh tu tak perlu sebab polis perlu lakukan siasatan dulu dan siasatan ni ambil masa. Laporan takkan siap on-time. Bila dah siap, bengkel akan hantar runner untuk ambil laporan penuh. Jadi lepas buat laporan dan ambil gambar boleh balik dan boleh suruh tow truck hantar kereta ke bengkel.
  8. Semua kerosakan mesti dimasukkan ke dalam laporan. Kalau airbag terbuka semasa kemalangan, beritahu pegawai polis supaya ambil gambar.
  9. Pergi bengkel pada hari yang sama sebab ada borang yang perlu ditandatangani. Dokumen yang perlu dibawa sekali adalah salinan kad pengenalan, salinan lesen, salinan geran kenderaan (lepas setahun dah boleh minta geran daripada bank) dan salinan polisi insuran.
  10. Bengkel akan uruskan segalanya submit claim pada pihak insuran. Tunggu kereta siap.

Dalam kes saya, lepas 8 hari bekerja dapat notification daripada Et**a yang claim saya telah diluluskan. Maka bermulalah proses repair.

Bergantung kepada kerosakan, tempoh masa untuk repair kereta boleh ambil masa sehingga 2-3 bulan sebab ada prosedur yang perlu diikut untuk membeli spare part yang rosak. Bengkel takkan beli semua spare part serentak dan hal dan membeli spare part ni yang biasanya memakan masa.

Sebagai pakar insuran/takaful, saya ceritakan sikit apa yang saya dah baca pasal insuran kenderaan ni. Banyak jugak polisi insuran yang saya go through untuk faham benda ni. Untuk pengetahuan, polisi insuran kenderaan semua ada online. Google je.

Insuran Kenderaan Apa Yang Bagus?

Bagi menjawab soalan di atas, saya diberitahu oleh bengkel yang saya pergi tu, insuran yang bagus sekarang dari segi urusan claim adalah All**nz (tidak patuh syariah). Prosedur nak beli spare part kalau dengan mereka tak leceh sangat berbanding yang lain. Itu sebab cepat.

Penting untuk anda tahu bahawa mereka juga cakap insuran yang biasanya leceh sikit adalah daripada AmIns**ance dan Kur**a. Terpulang pada anda nak gunakan yang mana. Ini berdasarkan apa yang diberitahu oleh bengkel tempat saya hantar kereta sahaja.

Yang lain-lain saya tak tau sebab itu je yang disebut. Untuk kes saya, saya guna Et*qa Takaful.

Lost of Use (LOU) / Compensation for Assessed Repair Time (CART)

Pampasan Loss of Use (LOU) atau Compensation For Assessed Repair Time (CART). Secara asasnya anda boleh claim pampasan ni daripada orang yang bersalah/penyebab kemalangan. Kalau sendiri salah, tak boleh claim.

Berapa? Kurang pasti sebab saya pun belum claim ni. Daripada pembacaan di internet, ada orang dapat RM60 sehari (kereta Myvi). Kalau ikut guideline boleh tengok jadual di bawah.

cart-lou

Selain itu, kalau tak nak claim pampasan ni, boleh claim dalam bentuk sewaan kereta. Cuma syaratnya kena ada resit original sewaan kereta dari syarikat penyewaan kereta yang sah. Kereta yang disewa mestilah sepadan dengan kereta sendiri yang terlibat dalam kemalangan.

Kelemahannya kat sini adalah kalau sewa kereta ni, kena keluar duit sendiri dan tempoh yang kita nak claim biasanya tak sama dengan tempoh yang dibenarkan untuk claim. Anjuster daripada pihak insuran akan bagi anggaran berapa lama diambil untuk repair dan claim akan dibayar berdasarkan tempoh masa ni.

Manfaat LOU ni boleh dimasukkan ke dalam polisi sendiri (biasanya dimasukkan sekali dalam polisi Personal Accident), cuma bayaran pun bertambahlah. Ada duit semua boleh. Source: 1

Untuk pembacaan lanjut tentang cara nak claim insuran kereta, boleh rujuk guide daripada BNM ni.

claim kemalangan

Tak taulah berapa lama ambil masa nak siap. Dugaan betul. Harap lepas balik Jepun nanti dah boleh dapat balik kereta.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

15 Comments