Angkor Wat – Cambodia Part 2

Penat ok edit gambar satu-satu. Bila skill tangkap gambar tak cukup hebat, gambar perlulah diedit supaya nampak presentable. Pembaca semua kat sini dah la high taste.

Angkor Wat.. Destinasi pertama kami setelah tiba dari airport. Angkor Wat ni sebenarnya adalah kuil lama, pernah menjadi kuil Hindu tapi telah diconvertkan kepada kuil Buddha. Yang menarik tentang tempat ini bangunannya telah didirakan pada abad ke-12 lagi. Jadi dah hampir 1000 tahun Angkor Wat berdiri.

Angkor Wat dikelilingi oleh sebuah tasik buatan manusia. Jalan utama untuk masuk ke kawasan kuil adalah sepanjang setengah kilometer. Tapi hari tu takde pun rasa jauh, mungkin sebab excited sangat. Orang cakap dulu-dulu tasik ni ada buaya. Sekarang takde dah, nak mandi kat tasik pun boleh.

Hati-hati ye. Sepanjang ‘jambatan’ takde penghadang tepi. Jangan sampai terjatuh

Jauh jugak sebenarnya. Kebetulan pada hari tu lebih kurang 36-38 darjah Celsius, memang terasa bahang panasnya. Saya hampir pitam disebabkan heat tension selepas keluar dari Angkor Wat. Kepada yang tak tahan panas, silap plan dahulu trip anda ke Cambodia untuk mengelakkan cuaca yang terlalu panas.

Dulu ini adalah kolam yang dikatakan mempunyai kuasa penyembuh penyakit. Macam biasalah kan..
Motif bunga yang diukir pada bahagian siling kuil lama ini. Entah berapa ribu orang la yang dikerah untuk membina kuil ni dulu. Dari segi ketelitian ukiran dan hiasan dalaman, tak dapat dibayangkan berapa lama masa yang diambil untuk membina kuil ini.

Panjat kuil tertinggi. Tangganya memang cerun. Nak naik satu hal, turun lagi satu hal. Kalau tak hati-hati masa turun, jatuh confirm boleh tanam terus kat luar kuil. Kepada yang ada masalah dengan ketinggian, dilarang sama sekali untuk memanjat kuil tinggi ini.

Pelawat juga dikehendaki untuk menanggalkan topi sepanjang berada di atas demi untuk menghormati tempat yang dianggap suci oleh penganut agama Buddha ini.


Kaya betul patung ni. Sebenarnya semalam saya terasa seram nak edit gambar patung banyak-banyak dalam kamera. Orang yang ada ilmu lebih sikit dan boleh ‘nampak’ akan nampak betapa macam-macam ada di sini. hmm…

Boss dikelilingi peminat dari Kemboja. hehe.. Taklah. Sebenarnya mereka tu semua penjual barangan cederamata, topi, air dan macam-macam lagi. Topi koboi boleh dibeli dengan harga US$1. Sila jangan beli kalau harganya US$5.

Kawasan ini juga adalah kawasan perkelahan untuk penduduk Kemboja. Tak boleh bayangkan dalam cuaca panas ekstrim macam ni pun mereka boleh berkelah di luar. Memakai topi koboi semasa menunggang motosikal di sini tidak akan menyebabkan anda disaman oleh pihak Polis & JPJ. Harap maklum.

Update seterusnya: Tasik Tonle Sap – tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara.

Comments