Kalau Anak Sakit Malam-Malam Nak Buat Apa?

640_sick_kid

Isteri saya belum delivered lagi, tapi sebab saya seorang penasihat Takaful, Alhamdulillah saya dah tau apa nak buat kalau berlaku situasi macam ni nanti.

Kisahnya bermula hari Selasa lepas. Salah seorang client contact saya, beritahu anaknya, suspect denggi. Mungkin dari simptom demam panas yang berterusan dan berlarutan. Masa tu dia tanya, nak buat apa? Terus ke hospital atau klinik dulu?

Dua-dua boleh. Cuma, kalau terus ke hospital panel tapi kes tak terlalu serius dan tak perlukan admission, medical card tak cover. Untuk pengetahuan, kes outpatient macam demam ni manalah dia cover sebab kos kecil. Company tempat kerja pun boleh bagi benefit macam ni.

Jadi saya suggest dia pergi ke klinik dulu. Kalau doktor di klinik suruh refer ke hospital, senang dah ceritanya. Bil klinik tadi pun dah boleh claim.

Client pergi klinik. Bukan denggi, tapi demam campak. Doctor terus suruh refer ke hospital KPJ Kajang. Saya cakap terus pergi ke wad kecemasan memandangkan masa tu dah jam 10 malam.

Sampai je kat KPJ Kajang, wad penuh! Jangan main-main, bukan hospital kerajaan je penuh. Hospital swasta pun penuh. Bila tengok balik senarai hospital panel, ada hospital Columbia Asia dan lagi best, Columbia Asia ni lagi dekat dengan rumah client. Jadi mereka terus pergi.

Masa tu dah jam 11 malam +, saya pun dah tertidur walaupun terjaga-jaga jugak takut client contact. Sampai pagi dia senyap.

Masuk ofis pagi tu, saya tanya, dah admit ke? Client jawab dah. Laaa… Ingatkan nak admit pagi tu sebab malam sebelum tu dia tanya admit pagi boleh ke tak.

Jam 11.30 pagi dapat SMS daripada PruBSN inform saya pre-admission guarantee letter (GL) untuk client telah difaxkan ke hospital. Bila ada GL ni separuh kerja dah siap. Client tak perlu pening fikir nak bayar dah sebab ada GL.

Petang sikit saya diberitahu anak ni kena tahan wad selama beberapa hari lagi untuk terima antibiotik. Jangkitan virus pada usus yang buat dia demam teruk. Kesian. Namun begitu, sekurang-kurangnya lega sedikitlah sebab dah selamat berada di wad hospital.

Next day, saya follow up macam biasa. Ada perkembangan positif. Kalau semua ok, next day (Jumaat) boleh discharge.

bil-rawatan-co-takaful

Siang tadi, dapat SMS dari PruBSN mengatakan adik ni dah discharge. Alhamdulillah. Total bil, RM2387. Tapi sebab plan ni co-takaful, client kena bayar sikitlah. Tak banyak, RM 350 je. Saya bagitau dia, oklah tu. Kalau orang takde medical card, dah habis gaji sebulan.

Lupa pulak. Bil klinik client sebab check up tengah malam tu jumlahnya RM215. Yang ni pun boleh claim sebab sakit tu menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. Dapatlah claim balik RM190. Oklahkan. Pergi klinik tengah malam, bayar RM20 je. Siapa nak bagi macam tu?

Jadi itulah sedikit sebanyak kes ni. Client ni bayar RM80 je untuk medical card anak dia. Oklah kan. Baru start bulan 6 haritu, tak sampai RM1k pun contribute pada tabung Takaful tapi dah claim RM2k.

Ini antara client saya yang terawal masa saya mula sebagai penasihat Takaful dulu. Terima kasih banyak-banyak kerana menyokong saya.

Hubungi saya kalau anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada saya. Tak kisah mana-mana sahaja lokasi anda di Malaysia, saya boleh bantu – 014-6278868

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

4 Comments