Belajar lima tahun, terpaksa menempuh ribut salji dalam suhu -20 darjah Celsius. Lepas graduate gelabah cari kerja. Jadi yes man kepada orang atas setahun dua sambil kumpul duit gaji. Minimum nak RM20 ribu untuk kahwin sekarang. Pergi kursus kahwin yang membosankan, kalau dapat ustard masuk air, time ceramah dia boleh sentuh bab politik. Nak kahwin kena bayar sana sini lagi.. Selesai perkahwinan, pergi honeymoon seminggu dua. 9 bulan lepas tu, bini dah terberanak. adeiii…..

Posing menggoda. Yang ni pun awal-awal lagi dah kasi neuter. Kuat merayau. Nanti entah kene rogol dengan kucing mana pulak sampai termengandung. Takde siapa nak jaga anak dia kat rumah ni.. Kalau bukan anak-anak bujang puan Azizah tengah cuti, memang rumah ni sentiasa kosong
Itu sebenarnya yang saya nampak dalam masyarakat Melayu kita. Kahwin tak sampai setahun dah nak ada anak. Bertahun-tahun punya susah hidup, baru nak enjoy kehidupan dengan life partner yang dicintai, dah ada orang ketiga. Come on la weh!
Apa-apa pun, entri ni tak target kepada sesiapa, ini sekadar pendapat saya pada perkahwinan Melayu. Semua orang ada pendapat dan saya tak mengutuk anda kalau anda macam ni. Jangan berkecil hati, jangan makan hati. Kepada yang baru menimang cahaya mata regardless dah berapa tahun kahwin, tahniah diucapkan.
It’s not that saya tak suka budak kecik. Kadang-kadang kalau tengok tu adalah nak jugak kan.. Kadang-kadang la… Tapi fikir baliklah betapa punya demanding kehidupan sekarang ni. Bukan macam dolu-dolu…. Dulu gaji kecil pun dah boleh survive, sekarang kurang-kurang nak banyak lah jugak untuk menyara hidup keluarga dan anak. Tu belum cerita dengan loan rumah, kereta dan mungkin personal loan untuk kahwin dulu. Giler apa?
Bayangkan. Baru kerja dua tahun, nampak sinar harapan nak advance, dapat ofis cantik, dapat duit lebih sikit untuk pergi bercuti sekali anak datang. Nak pergi bercuti pun dah tak boleh fikir untuk berdua lagi, kena fikir untuk bertiga. Sikit tahun lagi, kalau nak bercuti, kena tunggu anak pun cuti jugak barulah dapat ke mana-mana. Tak boleh sesuka hati minta cuti.
Kalau ingat lagi zaman muda-muda masa bercinta berdua, best kan? Macam dunia ni kita (dan pasangan kita) yang punya. Bila ada anak, dah tak berdua. Baru nak romantik-romantik, anak dah menangis minta susu. Keremajaan tu cepat berlalu. Kena fikir macam orang tua dah.
That’s why kadang-kadang ada lelaki bila dah tua, tiba-tiba rasa remaja balik. Nak tackle perempuan muda. Semuanya sebab masa awal-awal dulu tak habis enjoy dan bergatal-gatal dengan bini masa awal-awal kahwin sebab orang rumah sibuk dengan anak je.
Again, saya tak cakap semua. Point saya kat sini, enjoy life berdua dulu. Terokai apa yang boleh diterokai berdua. Bercintalah bagai nak rak selepas kahwin. Bila dah puas semua tu, barulah fikir nak dapat anak. Orang Melayu ni problem sikit, kadang-kadang laki bini nak pegang tangan/berkepit-kepit in public pun takut sebab nanti orang lain cakap “get a room” atau “buat kat rumah”. Bangang. Taboo sangat. Time dah kahwin la nak celebrate the love.
So that’s how I view love and marriage. Sorrylah kalau tak bertepatan dengan pendapat anda. Semua orang ada pendapat tersendiri dan cara hidup yang mereka pilih. Saya tak suruh ikut, ini hanyalah sekarang menyuarakan apa yang ada dalam minda. Setuju/tak setuju? Itu hak anda.
Mak saya dah banyak cucu. Dia dah warning awal-awal, dah kahwin nanti jangan suruh mak jaga anak. hahahahahaah! Bagus. Maksudnya kalau kahwin nanti, takdelah dia nak demand cucu awal-awal.
And kalau ikut cara pemikiran saya ni, no problem nak kahwin awal masa study (especially mereka yang belajar dalam satu tempat yang sama). Anak hold on dulu – banyak cara yang mudah sekarang nak rancang. Then, enjoy your life with your loved one. Maksiat tak buat, keterlanjuran tak terjadi.
Then again, dari segi teori memang mudah. The real thing yang susah. Kena jugaklah assess everything. Mana tau ibu mertua pulak yang tak sabar-sabar nak timang cucu. Itu pun satu hal lagi. Again, I’m just giving you the idea, don’t follow if you can’t.
Apa-apa pun, semoga berbahagia =) Happy reading and have a nice day.
Addendum:
1) Sebagai seorang Muslim, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kuasa Allah maha besar dan kadang-kadang apa yang dirancang tu sangatlah berbeza bila dengan hasil yang kita dapat. Saya tak cakap, takdelah nak menolak rezeki (anak) tu, kalau dapat, dapatlah. Yang saya cuba terapkan di sini adalah perancangan rapi untuk menghadapi alam perkahwinan. Jadi harap point tu tak dipesongkan ke arah lain.
2) Society. Masyarakat kita memang busy body sikit perihal rumah tangga orang. Baru dua bulan kahwin, raya tahun tu jugak tanya, “dah mengandung ke?” “Bila nak ada anak?” To me, this is something yang kurang ajar especially kalau couple tu tak mention apa pasal anak or all this stuff. For haven’s sake, it’s their private life people! Sibuk sangat nak tau apa yang berlaku di sebalik kamar newly weds ni semua buat apa?
In a way, people asking ni pun memberi pressure kepada yang baru berkahwin dan seterusnya mungkin menyebabkan keputusan untuk mendapatkan anak dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. It’s none of your business, so don’t ask.

YES!!!!!
Sokong Addendum: No2!!!!!!!!!!!!
Hihihi :D Masyarakat sememangnya busy body!!!
Tak da anak dalam masa dua tahun boleh sesenang je cop org tu mandul??!!
Haaa….teruk dema nihhhh :D
aku setuju statement bawah sekali… mmg pressure sebenarnya bagi pasangan yg baru kawen bila ditanya soalan cepu emas sedunia itu!…mase skolah dulu tanya bla nak abis blajar, dah habis belajar tanya pulak bila nak kkawen, dah kawn tanya pula dah mengandung belum, bila dah mengandung tanya pula bila bersalin, dah bersalin tanya pula bila nak tambah, dah tambah tanya pulak cucu dah ade….. hohoho~…..
Anyhow, as you said we plan BUT Allah determine (betul ke ayat aku ni?)…terima seadanya dan syukran banyak².
First time bg komen. saya amatla bersetuju dgn pendapat Ariff. kahwin dan ada anak tak semudah yg kita fikir. Kita bercakap tentang tanggungjawab dan komitmen bukannya gah berfoto di pelamin :)
msg2 ad own opinion kan pcl ni.ad yg trlalu trbuka ad yg trlalu sempit.
saya setahun 3 bulan kosong.. lepas tu bari wife pregnant… enjoooyyy.. banyak kali honeymoon. =)
Entri terbaru KiD >> HEBAT sungguh UNIFI..!!!
Salam,
Kahwin awal, dapat anak awal bukan satu masalah.. Yang masalah cuma cara kita handle perkahwinan dan anak tersebut. Ini semua rezeki dari Allah SWT.
Alhamdulillah, saya antara insan2 yg berkahwin n dapat anak awal dan semakin berjaya dalam kehidupan. Jika, nikmat duniawi yg dikejar, sememangnya anda tidak layak lagi untuk berkahwin tetapi mampukah anda bertahan dengan gelora kemaksiatan?
Aku sokong pendapat ariff ini sebab kalau setakat kita nak buktikan cinta lepastu terus kahwin tapi tak dirancang lagi soal kewangan memang susah kemudian hari.
Kalau katakan selepas kahwin terus dapat anak, lepastu rasa nak remaja balik tu yang menyebabkan masalah curang.Cuba hold dulu, perempuan ni takyah kejar sangat.Kukuhkan dulu kewangan kita baru boleh fikir nak kahwin.
That all my opinion untuk kali ini.
Entri terbaru LawrenceVision >> Jom Cuba iPod nano & infuse for iPod nano
Setuju sangat2 yang dapat anak time belajar.Kesian kot bini.Kalau tak mampu nak tanggung anak bini,hold laa dulu.Ni terjadi realiti depan mata.Orang kahwin kita kahwin.Orang ada anak kita pun nak.Memanglah rezeki Allah yg kasi.Tapi….Masalah dan syndrome student oversea.Huhu…
Musim sejuk bini pregnant,heater tak ada.Panaskan anak pakai oven.Anak dah keluar tilam dan bantal baby pun tak ada.Pakai baju je lipat2 buat bantal.Bini pecah air ketuban jln turn tangga.Serius nak lepuk je lelaki mcm tu.Orang lain yg tgk keadaan wife dia plak nak nangis.Huhu……
Tlglah lelaki,korang prepare laa dulu kalau nak ada anak pun.Kesian dekat wife,duduk jauh dari family.Jadi macam tu plak.