Ambil Hak Orang Lain – Tamat

Kepada yang mengikuti entri Ambil Hak Orang Lain sebelum ini, entri ini adalah kesinambungan daripada apa yang dituliskan dahulu.

Cek yang ditunggu-tunggu daripada duit claim dulu akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah. Tengah pening berkira-kira pasal duit ni masuk jugak sikit. Bolehlah dibuat beli motor baju raya. Sampul surat yang disangkakan pada awalnya jadual pembayaran balik loan Mara rupanya mengandungi sekeping cek bernilai… nilai tu biarlah rahsia kan..

Terkejut tengok nilai yang tertulis kat situ. Apa yang saya dapat adalah melebihi apa yang dituntut, tapi tak lebih banyak, cukup-cukup untuk menampung kos tiket dan semua kos penghantaran barang melalui kargo (kalau ada). Sebab barang saya sikit (awal-awal lagi dah plan) maka tak perlulah menggunakan perkhidmatan kargo.

At the end, apa yang mereka lakukan ialah menetapkan flat rate untuk nilai maksimum harga tuntutan tiket penerbangan pulang, yang sepatutnya mereka lakukan untuk pelajar-pelajar sebelum ini. Maksudnya claim banyak atau sikit, semua orang dapat nilai yang sama. Mungkin ada pegawai Mara yang dah baca entri saya sebelum ini dan memanjangkannya kepada pihak Bahagian Penganjuran Pelajaran. Baguslah kalau macam tu..

Case closed. Harap mereka lebih peka terhadap perkara macam ni supaya tak berulang lagi.

 

Comments

  1. says

    Lumayan …. sy ni pula tunggu bayaran balik cagaran bil elektrik belum dpt2 lagi. Sy pindah rumah awal Januari 2011 – surat pertanyaan telah dihantar pada 11 Januari 2012 masih belum menampakkan tanda-tanda positif. Sy tuntut cagaran TNB bersekali dgn cagaran utiliti air. Pegawai Lembaga Air ckp : Kami lambat, (Badan Berkanun Kerajaan – Biasalah)kami tak mcm TNB cepat. Mmg lambat pun. 4- 5 bulan lepas tu dapat cek. Tapi yg musykilnya TNB ni dah langkau 1 1/2 tahun daripada tarikh aku isi borang cagaran pun belum dpt lagi. Bukan byk bro … RM150 je. Cdg 11.01.2013 hendak buat surat ulangan. Tapi fikir-fikir balik. Biarkan je lah. Pengurus Cawangan TNB pun dah tukar org lain. Catat keuntungan berjuta2 tapi kecil punya kes tidak boleh settle. No telefon aku / alamat terkini semua ada kat borang tu. Oklah TNB, aku halalkan dgn syarat korang terangkan kubur aku.

  2. says

    kadang kadang kita tak perasan rezeki muncul dalam pelbagai bentuk bila saat Allah memerlukan kita terima.. bukan saat kita yang berkehendak… kerana Dia Maha mengetahui… “Pokoknya sejauh mana kita berusaha dalam banyak cara dengan ikhlas…untuk dipersembahkan kepada Nya…” selamat berpuasa… Ramadhan Al-Mubarak…
    Entri terbaru hisham >> Juadah Berbuka Paling PanasMy Profile

  3. haiqal says

    Ehem ehem.Macam bagi tanda yang kena bagi duit raya kat anak-anak buah je?;p.

    Rezeki sama dikongsi.Salam Ramadhan bro.:)