Alternatif Lain Kepada Pelaburan Hartanah

Dalam keadaan ekonomi yang slow tahun ni, pelaburan hartanah dah jadi semakin mencabar. Kadar sewa yang jatuh selain daripada kesukaran untuk mencari penyewa adalah cabaran kepada mereka yang ingin melabur dalam hartanah subsale sekarang.

Kepada yang merancang untuk melabur dalam hartanah subsale tahun ni perlu pastikan hartanah pilihan anda tidak mengalami masalah ini. Memilih hartanah yang betul bukan semasa ekonomi slow sahaja tetapi adalah asas kepada pelaburan hartanah tak kiralah ekonomi slow atau tidak.

Katakan anda dah kerja setahun lebih, ada pendapatan stabil, ada lebihan pendapatan dan ingin melabur tahun ini tapi tak mahu melabur dalam hartanah. Apa pilihan lain yang ada? Saya berikan dua pilihan lain yang saya sendiri akan buat kalau saya ada dalam situasi ini dan susunan berdasarkan pilihan mana yang boleh beri pulangan yang paling lumayan dahulu.

Sebelum tu saya perlu tekankan di sini kalau anda membeli rumah dengan tujuan untuk dijadikan kediaman sendiri, yang tu bukan pelaburan dah. Biasanya hartanah yang nak dibeli tak akan sama sekiranya ada elemen untuk dijadikan kediaman sendiri walaupun sedikit. Jangan tersilap ya. Lain hasilnya nanti.

Melabur Dalam Pasaran Saham

Dalam pasaran saham, tak kiralah ekonomi slow atau tidak, akan tetap ada kaunter saham yang saya kategorikan sebagai winners. Bila melabur dalam saham, anda melabur dalam perniagaan dan perniagaan mana yang tak nak untung, betul? Dalam ekonomi yang perlahan, kadang-kadang bukan semua industri terjejas. Ada sahaja yang do well. Cabarannya adalah mencari syarikat yang doing well ni.

Yang dah lama follow blog saya akan tau yang saya memang ada melabur dalam saham sikit-sikit. Dari tahun ke tahun, confidence level tu makin naik dan ia adalah satu learning process yang menguntungkan. Sampai satu tahap nanti saya yakin saya boleh jadikan pendapatan daripada pelaburan saham sebagai pendapatan utama.

Boleh baca entri ini, ini dan ini.

Pelaburan Melalui ASB Loan

Seriously memang bunyi macam kelakar. Ada ke cakap ambil loan untuk melabur. Tapi ASB loan ni lain dan secara teori, memang boleh dapat pulangan yang sihat kalau melalui ASB loan ni kalau pulangannya betul.

Rasanya teknik ASB loan ni dah ramai yang tahu dan macam-macam ada. Ada yang dah share secara percuma dalam internet/facebook (pergi Google sendiri) dan kalau malas nak google, boleh beli ebook ni direct. Semua teknik kat situ, lengkap dan kalau tak faham, tanya direct kepada penulisnya.

Buat masa ni saya tak buat ASB loan, kecuali kalau saya ada lebihan lepas main saham, next thing I will do is ASB loan. Bukan tak nak buat, tapi be realistic, focus dan ikut kemampuan sendiri. Pelaburan ni seronok tapi mengarutlah semua benda jenis pelaburan nak buat. Kalau poket tebal tu lain cerita.

Dari segi teori yang dah dikongsikan, teknik ASB loan boleh digantikan dengan pelaburan hartanah, terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang dan sekiranya anda bukan jenis yang minat dengan pelaburan hartanah. ASB loan lebih selamat dengan pulangan yang berbaloi, sesuai dengan risikonya.

Syaratnya follow je teknik yang adalah.

Entri ni sekadar perkongsian idea. Saya tak tunjukkan cara, teknik dan sebagainya. Biarlah yang lebih pakar tunjukkan. Saya masih lagi menerima soalan-soalan berkaitan topik ini, jadi elok saya buat entri pasal ni je terus. Terharu sebab masih ada lagi yang ingin meminta pendapat saya walaupun ramai lagi individu yang hebat di luar sana.

Jangan tanya saya tentang pelaburan lain seperti emas contohnya. Saya tak buat dan takde pengetahuan tentang instrumen lain. Dua yang ada ni dah cukup, semua orang boleh buat kalau mereka pilih nak buat.

Terima kasih kerana membaca. Semoga pelaburan anda tahun 2017 ni masih mendapat pulangan dalam keadaan ekonomi yang lembab ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments

Leave a Reply