Alliance SavePlus – Akaun Simpanan Dengan Pulangan Yang Tinggi

Tahun 2018 ni saya mencari akaun bank memberikan pulangan tinggi. Biasanya, akaun bank tak bagi pulangan banyak. Kalau ada pun, syarat dia macam-macam seperti simpanan minimum yang tinggi dan perlu patuhi syarat transaksi minimum.

Tapi kenapa pula saya nak akaun macam ni? Kalau nak pulangan tinggi, simpanlah dalam instrumen pelaburan lain macam unit amanah.

Betul. Cuma walaupun kita dah simpan dalam akaun pelaburan, duit yang disimpan dalam akaun bank mestilah memberikan pulangan yang berpatutan. Rugi kalau peluang ni tak digunakan sebaiknya.

Contohnya, duit simpanan kecemasan (biasanya digalakkan sebanyak enam bulan gaji) ataupun duit simpanan lain seperti duit yang dikumpulkan untuk pergi bercuti.

Duit ni tak sesuai untuk disimpan dalam mana-mana instrument pelaburan supaya mudah dikeluarkan bila diperlukan. Kan bagus kalau dapat pulangan tinggi untuk duit-duit ni walaupun hanya disimpan dalam akaun bank.

Dalam pencarian saya, saya terjumpa Akaun Alliance SavePlus yang giat dipromosi di dalam radio dan akhbar sekarang. Kadar faedah tinggi dengan fleksibiliti untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa.

Dengan baki akaun bermula daripada RM20,001, dah boleh dapat pulangan 1.8% setahun. Kalau letak duit lebih sikit dalam akaun ni, boleh dapat kadar faedah paling tinggi iaitu 3.5% setahun dengan simpanan sebanyak RM100,000 dan ke atas.

Ini antara interest rate tertinggi untuk akaun bank di Malaysia sekarang. Yang paling bestnya, faedahnya dikira berdasarkan daily rest dan dibayar secara bulanan.

Contoh kiraan macam ni:

  • Jumlah simpanan: RM150,000
  • Faedah harian: RM150,000 * 3.5% / 365 = RM14.38

Bayangkan macam ni. Saya jual rumah dan dapat untung RM150,000. Duit tu dimasukkan ke dalam akaun Alliance SavePlus. 10 hari selepas dapat duit rumah, saya keluarkan duit tu dan beli kereta baru.

Jadi jumlah faedah yang bakal anda dapat adalah RM14.38 * 10 = RM143.80. Pulangan yang not bad untuk duit yang parking sekejap tanpa sebarang risiko dan kos. Dah boleh shopping beli baju branded sepasang.

Bukan tu saja. Alliance SavePlus memberikan pengeculian untuk yuran transaksi seperti IBG GIRO, IBFT, MEPS dan yuran tahunan kad debit dengan syarat baki dalam akaun dikekalkan minimum RM10,000. Asalkan cukup simpanan minimum, perkhidmatan & transaksi dalam akaun tidak dikenakan sebarang fi transaksi.

Kalau macam tu, lagi baik saya masukkan terus duit gaji saya ke sini. Dapat pulangan pada baki yang ada dan tak perlu bayar apa-apa kalau nak transfer ke tempat lain seperti bayar loan rumah atau kereta. Yuran tahunan kad debit pun tak perlu dibayar.

Simple sangat. Tiada sebarang terma transaksi untuk menikmati kadar faedah setinggi 3.5% ni. Hanya simpan wang dalam akaun untuk menikmati pulangan tinggi setiap bulan.

Nak cepat-cepat buka akaun Alliance SavePlus sebab ada hadiah berupa kad petrol RM40 untuk mereka yang membuka akaun sebelum 30 April 2018.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web berkaitan Alliance SavePlus ni. Serius berbaloi.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment