Alexa & AriffShah.com

Blog.ariff ni dah nak masuk bulan yang ketiga. Ni baru kali pertama aku post pasal blog developement nih. Start lepas ni aku nak buat every month la.

Asalnya aku buat blog nih suka-suka je. Macam yang korang dah sedia maklum, hidup kat Moscow ni xdelah seronok sangat, lagi-lagi kalau suhu dah turun sampai -21 darjah Celcius memang dah takde benda lain boleh buat kecuali duduk dalam bilik je. Jadi aku buat blog untuk menghabiskan masa yang terluang nih. Lagipun memang aku ni suka menulis kot, mungkin disebabkan aku kurang bercakap dengan orang jadi aku luahkan melalui penulisan aku.

Penulisan aku pulak, tak spesifik. Aku tulis apa yang aku tau, apa yang mungkin boleh jadi menarik tapi aku akan tetap tulis pasal dunia aviation nih. Macam entri Boeing787 Dreamliner, MIG-29N dan AirAsia Airbus A350XWB. Yelah, aku kan amik master’s dalam Aviation Engineering, kurang-kurang kena tunjuk sikit la yang aku buat Aviation Engineering.

Buat duit sambil berblogging? Tu sampingan je. Mungkin sesetengah orang rezeki dia ada kat blogging nih, pada aku apa-apa duit yang aku dapat ni bonus je. Aku lagi sanggup kerja susah-susah dalam dunia sebenar daripada duduk depan komputer 24 jam sehari. Tak boleh.. aku jenis manusia yang tak boleh duduk diam lama-lama, cuma disebabkan Moscow ni sejuk je aku tak pergi mana-mana (lagi satu sebab kat sini semuanya mahal, buat apa aku nak bagi duit aku kat orang Russia nih). Kalau aku balik Malaysia, kemungkinan besar blog ni memang terabai la nanti..

So yelah, memang blog ni bukan untuk aku cari duit, tapi kalau ada peluang macam Denaihati buat pertandingan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tu, mesti la aku join dan buat yang terbaik kan.. Siapalah nak kasi RM500 cash camtu. Sesiapa yang belum join, pergilah join. Belum tutup lagi kot. Cuba jelah kan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, belum cuba, belum tahu. Takde rugi masa pun.

Selain daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, aku juga berpegang kepada prinsip do your best in everything(buat yang terbaik). Alang-alang dah buat blog, mestilah nak buat cantik-cantik kan? Blog cantik ni macam rumah cantik la dan pembaca tu sebagai tetamu. Kalau kita jemput orang datang rumah tapi rumah bersepah, tetamu tu mesti ingat yang kita ni tak ikhlas menjemput. Jadi tulah sebabnya aku perlukan sangat feedback korang. Terima kasih kepada yang dah bagi feedback (banyak yang bagus-bagus). Btw, aku sentiasa menerima kutukan dan kritikan, jadi kalau ada apa-apa, bagi tau je.

Jadi kenapa aku nak sibuk dengan Alexa?

Alexa ni pulak sebagai kayu ukuran blog ni bergerak ke hadapan atau tidak. Tu je. Aku suka orang baca dan komen, aku lagi suka bila lagi ramai orang baca dan lagi banyak komen. Blog.ariff tahun lepas (ariff.mmaso.com) ada ranking Alexa 300 ribu camtuh. Dah agak hebat dah, tapi tu sebab domain tu ade forum gak. So trafik memang adalah. Target aku nak dapat around 500k pun jadilah dalam tahun pertama nih.

Ariff Shah?

Aku ada misi nak jatuhkan Ariff Shah orang BN tu daripada Google search. Sibuk la ahli politik. Ariff Shah tu bukannya ada blog pun. Lagipun dia kan dah kalah da hari tu, duduk diam-diam sudah. Aku alu-alukan siapa-siapa yang nak tolong aku dalam misi ni. Cuma mention je Ariff Shah dalam post korang dan hyperlink ke sini. Segala jenis pertolongan adalah amat-amat dihargai.

Hosting & domain sendiri.

Kepada yang masih belum tau, hosting ni aku beli share dengan kawan aku. Tapi blog dia tak naik-naik lagi sebab laptop ada problem. Kalau aku beli sorang memang tak sanggup la. Domain pula dapat free masa beli hosting tu, dan aku ni bukannya kaya or apa, cuma aku fikir memang aku akan blogging untuk jangka masa panjang kot.. So lagi baik aku beli hosting ngan domain sendiri awal-awal. Tak payah leceh-leceh nak tukar nanti.

Nota kaki: Theme baru nih memang best. Nak komen xpayah load page baru, terus drop down ke bawah. Tak percaya cuba try dan korang mesti try. Siapa reti buat logo cantik-cantik?

No Comments