Aku dah mula mendapat laporan sana sini ada orang copy paste entri kat blog.ariff ni. Dah agak dah benda macam ni akan berlaku sebab aku tak disable right click ni semua. Lagipun macam no point aku disable right click dan highlight sebab macam menyusahkan orang pun ada gak.
Kelakar la.. ni kes buat blog sebab nak buat duit la. Dari dulu lagi aku cakap, kalau nak buat blog, tak boleh fikir buat blog sebab nak buat duit. Nak buat duit pergi kerja, jangan malas. Buat blog kalau sampaikan nak copy penulisan orang memang takde guna langsung. Kalau copy mintak kebenaran kasi link back tu takde masalah, ni copy lepas tu buat entri tu macam dia tulis sendiri.. ish.. memang takde maruah macam tu.
brought to you by
Betullah orang cakap, kalau nak tau entri yang kita tulis tu bagus ke tak, tengok sama ada orang lain copy atau sekurang-kurangnya olah balik ke tak penulisan kita tu. Kalau ada tu memang bagus la agaknya.. Tapikan aku rasa kelakar sebab kalau orang tu copy Tip Berblogging aku, dia pandai sangat ke nak jawab kalau orang tanya itu ini? Ataupun blog dia tu memang tak banyak follower? Nak tulis tips berblogging ni kena tau apa yang ditulis, kena tulis berdasarkan pengalaman dan research. Bukan main redah tulis ikut suka hati je.
Tak nak membebel panjang-panjang. Kalau copy paste tanpa kebenaran atau sekurang-kurangnya link back ke sini dah kira mencuri. Dapat eraning Nuffnang daripada hasil curian tu jadi apa? Hang fikirlah sendiri.
inilah risiko kita…
walaupun saya baru aja terjun dalam dunia blogger, tak tergamak rasa nak copy paste dr entri org lain.
biarlah tak der entri or trafik..asalkan cerita dalam blog saya tu ‘fresh’ dan ‘ori’ dari kepala saya sendiri…
nak berblog bukan senang..perlukan masa dan kegigihan…jadik pada yang suka ‘copy’ dan ‘paste’, fikir-fikirkanlah..
*sekadar bagi pendapat*
Sebenarnya, kalau satu aksara sahaja dah diubag dalam entry dah dicopy paste tidak boleh claim sebagai hak kita lagi… itulah realitinya.
Reality yang menyakitkan hati.
ye..kalau copy dr org punya, buatlah mcm tulis asgmnt tu..
(dipetik dari…)
kalau ubahsuai..
(dipetik dan diubahsuaikan dari….)
atau
‘memetik kata2 arif dari blognya….’
link kanlah..dah amik org punya…
kenapa kita amik orang punya?lect aku ckp…dh kita ni bkn org bijak pndai..kita masukkanlah rujukan dari org yg pndai..baru apa yg kita ckp tu berlandasan..tp jgn kita gi buat mcm yg kita punya plk…
tp kalau yg itu pun slh, aku tk thulah…
memang tak patot..
huhu.
heh :D hal copy paste ni memang panas. tapi aku tak pernah lagi jumpa orang copy paste entri aku :)