Aku Nak Jadi Pilot

hohoho.. memang bergaya macam ni


Dulu masa aku kecik2 angan angan aku adalah untuk jadi pilot. Masa tu aku fikir jadi pilot ni mesti best sebab dapat travel satu dunia dan masa tu orang cakap gaji pilot mahal. Tapi kan bila dah sekolah, result pun ok dapat masuk sekolah asrama lepas tu exam dapat result ok dan layak nak mohon biasiswa terus lupa pasal angan angan tu. Lagipun time tu dah pakai spek, memang disadvantage betullah <– pandangan tipikal orang kita.

Sebenarnya pilot sekarang tak payah lagi perfect vision. Teknologi dah cukup maju sekarang, sampaikan ada design kapal terbang kat Airbus yang memang takde cermin langsung. Nak tengok apa-apa guna kamera je, pilot tengok dari dalam cabin. Lagi canggih radar semua dah ada untuk kesan kapal terbang lain guna gelombang radio. Aku percaya, masa depan nanti kapal terbang tak perlu ada tingkap kat depan dia untuk membolehkan design yang lebih aerodinamik.

Kenapa perlu ada design yang bagus dari segi aerodinamik dia? Supaya dapat mengoptimakan penggunaan bahan bakar dengan menghasilkan lebih banyak daya tujahan ke atas (thrust) dan pada masa yang sama menjimatkan bahan bakar. Jadi kos dapat dikurangkan, keuntungan syarikat penerbangan bertambah.

Pilot sekarang senang je keje dia. Masuk kapal terbang, check semua okay ke tak, then terbangkan kapal terbang. Lepas tu letak autopilot mode. Dulu memang kena berjaga sepanjang flight sebab autopilot mode tak menyeluruh, ada benda yang kena guna manual labor (kalau tengok filem dulu2 yang kena tarik semacam handbrake tu semua, benda tu memang manual), sekarang ada teknologi fly-by-wire. Airbus A380 antara yang dah gunakan teknologi ni. Simple je sebenarnya, benda yang semacam handbrake tu tetap ada, cuma dia bersambung kat komputer.

Komputer yang akan hantar segala jenis signal ke enjin, sistem hidrolik dan sebagainya dan pilot hanya perlu tekan butang itu ini. Itu sebab dalam video pasal pembuatan Airbus A380 tu, test pilot dia yang pakai spek cakap nak bawak Airbus A380 tu macam bawak basikal je. Maksudnya mudah sangat. Lagi satu, sistem autopilot ni pun boleh digunakan untuk landing kapal terbang. Serius. Jadi sekarang ni memang tak perlu sangat bakal-bakal pilot yang ada perfect vision. No point dah.

Cerita sikit pasal jet pengebom, sebab aku belajar sistem untuk jet tu mengebom/menyerang kapal terbang dan sasaran dia. Kat kapal terbang tu semua automatik. Pilot hanya perlu cari musuh, tetapkan sasaran (macam main video game) terbangkan jet pejuang ke arah sasaran dan bila lampu semua dah menyala menandakan sasaran boleh diserang dengan tepat, tekan butang attack. Sistem dalam jet tu akan lancarkan roket/jatuhkan bom bila jarak dan kelajuan untuk menyerang tu dicapai. Semuanya automatik.

Jadi itulah. Kalau korang ada peluang nak masuk flying school, maka janganlah lepaskan peluang tu.

***

Apa yang aku maksudkan dari segi ‘senang’ atas tu adalah dari segi TEKNOLOGI. Dulu takde teknologi autopilot yang menyeluruh. Dulu, pilot kena guna kudrat dia nak pacu aileron dan segala jenis wing flap tu semua, tapi sekarang lever untuk control benda alah tu semua computerised dan dibantu dengan sistem hidrolik. So lever tu semua ringan, walaupun pada hakikatnya benda tu beratus kilogram berat dia. Nak aku cerita pasal fizik pulak ke? Kena faham kedudukan aku sebagai pelajar dalam bidang aviation yang belajar benda ni bagai nak gila, aku ada kalibre nak bincangkan benda ni.

Lagi sekali aku cakap, apa yang tersirat dalam entri ni adalah kemajuan teknologi ni memudahkan kerjaya pilot dan aku lebih suka jadi pilot daripada belajar benda ni susah. Sila baca betul betul lain kali ;)


Comments

  1. joanna says

    saya masih dalam bidang pengajian pilot,apa bising2 kos bak belajar jadi pilot pun sampai bergolok bergadai,semata-mata nak kejar impian jadi pilot,kos belajar pun dah habis beratus ribu……..tak adil lah kalau cakap kerja pilot senang kan?? saya rasa engineer pun kerja yang hebat dan ada masa depan yang cerah…emmmmmm……….ok apa kalau contohnya,si suami kerja engineer dan si isteri si pilot………….hebat meletup beb !!! apa nak hairan,dunia semakin canggih itu betul…..apa pun saya rasa bangga dapat capai impian menerjah ke awan biru…………

  2. ida says

    nak tanye..sy berminat nak jd pilot…tpi sy pakai spet…ade mslh x kalau pakai spet?
    harap balas

  3. nazmie says

    hello arif…

    I also very interested about pilot… We are the same way and same ambition, hahha So, when their interview expecially for mas and AA… can you tell me if you know…. contact me as soon as posible ok ariff… I very hope so…

    thank you

    sincerely,
    nazdmey

    • ariff says

      Orang cakap jadi wife pilot selalu lonely sebab husband keje jauh, balik sekali sekala je..

  4. hana yedo says

    lepas baca baru ad spirit sikit hahaha .

    bila org tanya apa cita2 kau , ‘aku nak jadi pilot !’

    ‘elehhh muka mcm kau nak jd pilot ke ? jgn harappp.’

    haihhh kenapalahh manusia selalu bersikap sebegini .
    selalu condemkann org sesuka hati .

  5. says

    sekarang ni dah tak banyak aircraft guna third officer..manyak lugi gua maa..yang bets autopilot ni, bila pilot keluar tang cockpit muko nak loteh..bajet ponek menahan kaki..hampeh..anyway..work on ground in aviation is really underground..tak gitu bro?
    .-= Cerita terbaru bh.. Lelaki Sejati =-.

    • ariff says

      Betul2. Especially kat Malaysia la. Tapi kat Malaysia mana ada benda yang aku belajar ni. Ntah ceruk mana nak cari kerja nanti pun tak tau lah.

  6. Adziim says

    Macam bawa basikal….basikal bersayap dengan nyawa penumpang beratus orang.
    .-= Cerita terbaru Adziim.. Kisah Ahad =-.

  7. says

    salam ziarah hari jumaat..
    penghulu segala hari..
    moga kita mendapat hikmahnya
    dan di kurniakan kesihatan
    yang baik..
    moga tercapai impianmu Ariff..

  8. says

    bak kata spiderman.. with great power, comes great responsibility..
    pilot gaji besar, tp tengoklah la berapa banyak amanah yang dia kene tanggung setiap kali flight.. benda semakin senang.. ntah2 x lama lagi, pilot pon dah xperlu naik skali dlm kapal terbang sebab teknologi remote control kan dah semakin maju~ ;)
    .-= Cerita terbaru kyo_9.. Dinner with YBs~ =-.

  9. says

    ah.. aku suka tengok pilot..
    sampai sekarang kalau aku nampak pilot mesti aku akan renung diorang lama-lama (Ah! Segaknya… (^-^) ekeke)..
    bila nampak pilot..aku pulak yang rasa bangga semacam..macam nampak artis..haha

    kalau engineer pulak..
    bila aku tau je dia tu engineer.. barulah rasa bangga semacam bila nampak dia..ekekeke
    sebab engineer

    ramai juga rakan-rakan blogger yang bekerja dalam bidang professional ye..best2 !
    .-= Cerita terbaru aboi.. Tutorial Update Blog Guna SMS… =-.

  10. says

    dulu-dulu teringin jadi pilot, sebab pakcik sedara aku pilot. seronok dengar cerita dia ke Rome, Japan dan merata-rata dunia.
    tapi aku tak pandai sangat..takde rezeki jadi pilot kut.

    kadang-kadang pikir elok juga..sebab aku boleh duduk relaks di kerusi dan menikmati pemandangan awan biru sambil melayan awek pramugari yang cun..hehe (walaupun aku tau jadi pilot lagi senang nak tackle peramugari..haha)

    cuma aku tak suka airasia sebab sempit, walaupun pramugari cuba sedaya upaya berpakaian seksi..haha

    tapi pilot memang cool!
    .-= Cerita terbaru FTN.. Sudah Terang Lagi Bersuluh Dengan Lampu Limpah =-.

  11. says

    Sama la macam aku lebih kurang, belajar macam mana nak design chemical reactor, yang senang nya orang nak manage operasi reactor tu bila dah siap. Tapi kerja operator tu pun bukannya senang jugak, ada cabaran dia. Pendapat masing-masing dari view berbeza.

    aku pun dulu ada cita2 nak jadi pilot jugak.. :D
    .-= Cerita terbaru serol.. Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar) =-.

  12. Zaki Helmi says

    Bagi aku, tak nampak pun niat ko nak memperlekehkan kerja pilot tu. Nampak sangat yg ko nak cakap tekonologi sekarang lebih memudahkan pilot. Itu saja. Aku rasa kalau orang lain yg tak tahu siapa ko pun, kalau dia baca, aku akan rasa pelik bila dia ingat ko merendahkan martabat pilot. Sebab bagi aku memang jelas dah maksud ayat2 ko walau pun tanpa penerangan dekat bawah tu.

    “Well aku bercakap dari segi pembuatan teknologi. Bukan nak merendah-rendahkan atau apa, cuma nak belajar sistem ni depan belakang luar dalam 1000 kali lagi susah daripada belajar nak guna dia. So yeah, aku berhak kata kerja pilot senang.”

    Komen ko kat atas ni memang macam marah sikit, tapi ada sebab. Secara jujurnya, bagi aku ko berhak cakap macam tu. Aku bagi contoh macam ni la. Dulu aku pernah tengok dekat Discovery cerita pasal kerja2 orang yg nak meruntuhkan tempat pelancar roker NASA yg lama. Ada sekali tu ada orang dia cakap, “aku lebih rela nak musnahkan benda ni dari nak buat benda alah ni. Pening kepala.” Haa, lebih kurang macam tu la ayat dia. Sama jugak macam kes ni, kepada sesiapa yg terasa, ada sebab si Ariff ni cakap macam tu. Memang susah kerja dia. Dan si Ariff tak ada pun nak kutuk2 kerja pilot. Dalam bidang yg besar macam ni, semua jenis tenaga kerja dan profession perlu dan sama penting. Jangan la terasa tak tentu pasal.

    Aku rasa cukup la setakat tu, malas nak cakap panjang2 dah.

  13. says

    Hoho, pilot memang cita-cita aku gak…tapi apakan daya, jadi engineer je la…Kalau ikutkan sapa-sapa boleh jadi pilot, tapi asal boleh dorang nak carik yang perfect, so melepas lah…

    Tapi dari pandangan ariff, susah sebenarnya nak study kapal terbang ni, lebih-lebih lagi nak buat yang lebih baik untuk masa depan, tapi jadi pilot tu, kalau terbang cara manual pun, still tak berubah banyak dalam 10 ke 20 tahun lepas..so, kita tau mana lebih mencabar..
    .-= Cerita terbaru rashid.. Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.

  14. says

    hang marah sapa tu ariff
    ayat dkt bawah tu marah bebenor
    best baca entry nih
    tambah ilmu aku
    macam tu aku leh jadi pilot lah
    aku pakai cermin mata
    yeyeyey

    • ariff says

      Kat Malaysia diorang tak nak pilot pakai spek. meh~

      Cuba tengok komen kat bawah tu. Bagitau aku kalau aku salah, aku minta maaf. No hal.

  15. says

    kalo kapal terbang pengebom pulak..
    sekarang manusia da cipta kapal terbang pengebom tanpa pemandu (UAV)
    aku rasa dlam beberapa tahun akan datang pilot dah kurang…
    kalo ada pilot pun mesti tukar ‘course’ jadi pilot keypad pasal nak kontrol pesawat tuh…

    haha gurau jer bro..memain…jgan migrane pulak
    .-= Cerita terbaru MC.. The Dead Flow Of Akademi Fantasia. =-.

  16. says

    huhuhu…! aku mmg admire kat pilot. tetiba teringat citer 2012 n Avatar, macam best je bawak pesawat. tapi kalau pompuan yg bawak mmg lagi tabik spring. haha
    .-= Cerita terbaru nursarah.. Entry Copy-Paste =-.

    • ariff says

      Dulu ada diorang hantar pilot TUDM ke Moscow untuk blaja terbangkan Sukhoi. Dah habis pun.. Semua dah balik sekarang.

  17. iyllienaz says

    sila lah jadi pilot balik msia nanti..haha..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. Opening MSSM di Stadium Larkin Johor Bahru.. =-.

  18. says

    hoho..dengan hanya melihat memang senang der..tp realitinya..anda perlu mempunyai pengalaman terbang dan menjadi seorang pilot sendiri.Kalau setakat dari teori dan hanya observasi sukar tuk di mengerti ekekeke…

    senangkan bunyi autopilot bagai tu sumer..tapi bukan semata-mata autopilot der ekeke..

    sebab tu ade moto kami di ajar “good pilot keep learning”
    .-= Cerita terbaru mijae.. ku lihat LAYU dalam meLAYU =-.

    • ariff says

      Well aku bercakap dari segi pembuatan teknologi. Bukan nak merendah-rendahkan atau apa, cuma nak belajar sistem ni depan belakang luar dalam 1000 kali lagi susah daripada belajar nak guna dia. So yeah, aku berhak kata kerja pilot senang.

      Yup, our views will definitely be different but bottom line is, the engineers will be the first to fly an airplane once it is ready ;)

      Again, no offence.

      And welcome to blog.ariff =) First time komen nampak

      • says

        untuk pengetahuan anda juga..kami di ajar bagaimana untuk setelkan maintenance ke atas pesawat yg kami akan fly,mmg tak di nafikan yang engineer juga penting tapi jika pandangan dari seorang engineer tu nampak macam tgk keje pilot ni senang je tekan butang autopilot minum coffee je ohoi..

        kalau setakat tu skop seorang pilot,mmg senang dan tak mungkin profession ni dianggap salah satu professional career
        .-= Cerita terbaru mijae.. ku lihat LAYU dalam meLAYU =-.

        • ariff says

          Takdelah macam tu.

          Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah teknologi sekarang dah cukup canggih dah, sampai boleh buat macam tu. Of course kerjaya korang memang kerjaya professional, aku takdelah nak memperlekehkan or apa. Memang responsibility besar. Ko nak ekeke banyak kali pun apehal sangat kan. Ko sendiri tak tau macam mana punya susah belajar nak buat benda2 ni.
          So relax ah.

          • says

            senang cite, jadi doktor lagi susah.. huhu… rilek2 sudah.. benda kecik je.. jgn gaduh2… x semua benda dalam hidup ni senang… kita di ajar untuk belajar bagi menyenangkan kehidupan… so, ko wat benda ni menyenangkan idup aku, aku wat benda ni menyenangkan idup ko..
            so kita sama saling melengkapi..
            x gitu?
            ~ hand shake..
            .-= Cerita terbaru Azah.. Get Your .my Domain With Promotional Price Now =-.

            • ariff says

              hahaha. takdelah. Silap aku gak tak letak disclaimer benda ni aku bincang dari segi kemajuan teknologi, dia ingat aku nak perlekehkan tugas dia pulak. Dah 4 tahun aku belajar benda pasal teknologi, so semua argumen pasal teknologi. Dia pulak baru datang, mungkin tak tau background aku then tulis komen2 buat aku panas.
              Maka aku yang belajar bagai nak mampos kat sini memang defend la apa yang aku buat dan tulis.

              Tak nak gaduh pun, cuma nak kasi dia faham yang aku tulis bukan nak memperlekehkan sape2. Kalau nak memperlekehkan takdelah nak tulis ‘Aku Nak Jadi Pilot’
              sigh~

              Anyway.. doktor memang tak boleh la.. Aku geli tengok darah/luka/nanah/segala apa dalam badan orang lain. Lagi satu aku takleh tengok benda2 trauma. Tak boleh tidur nanti.

              • says

                Tak pe bro, mungkin sesetengah orang tak faham jadi engineer ni, setiap masa kita akan berubah sebab nak dapatkan yang lain untuk masa depan, tapi jadi pilot pun kena tau serba banyak, untuk survive kalo berlaku emergency kat atas sane..
                .-= Cerita terbaru rashid.. Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 2 =-.

              • ariff says

                yup. Memang besar tanggunjawab pilot. Takde sape cakap kecik tanggungjawab dia.

              • says

                merespon kepada isu kerja mana susah lagi…semua kerja pun payah……kalau senang xde la jadi kerja namanya…even jadi cleaner mahupun despatch sekalipun ada kepayah diorang sendiri….

                i’m talking as a working woman here…. believe me…..skarang boleh la korang as student-student kata jadi doktor susah lagi, jadi engineer susuh agi….tapi bila dah di alam bekerja….politik dan persekitaran kerja tu lagi menyakitkan hati mentensenkan jiwa….at one moment….you will say….nak menghadap kerja engineering design yang boleh buat otak freezing fikir tu lebih mudah dari nak deal ngan orang2 yang berkerja in that project….

                back to your entry….cool….cuma nak tanya…how is our technology here in Malaysia? last time when i fly from Kuching to KL…seem like kawalan sewaktu pendaratan…urm, gegaran dia kuat sangat….even masa flying tu pun banyak bergegar…As compare to my previous flying experience….the other company seem have smoother flying session….I think i might have to do with the engine isn’t it? It will be much appreciate if you can explain more on aircraft in Malaysia….hehehe..

                p/s: last time I study a bit about aircraft sebab nak design for its runway, err..the apron area to be exact….hahaha…

                on extra note….engineers, please also enhance your shouting and fighting skill….kekeke…now i’m off to my battlefield :)
                .-= Cerita terbaru HURULAINI.. Keputusan kontest ad-hoc tak boleh blah =-.

              • says

                kan da cakap..
                jadi doktor lg susah..
                hohoho…
                aku pon suka pilot, tapi x nak la jadi bini pilot..
                susah nk cari pilot yg ‘prangai baik’..
                heheh…
                .-= Cerita terbaru Azah.. Get Your .my Domain With Promotional Price Now =-.

    • says

      i see what you mean..and i say i’d agree..you might haf found difficulty in practice (the years spent with simulations and what not)..and you deserve to say you know better..and die tak m’perlekehkn ape ko dh blaja ariff..

      @ ariff : you know, it’s pretty unfair to judge which one is easier/harder on the basis of different variables..(practice vs theory)..it’s like one argument is going north and the other one is going south with no interception in between..unless you’ve experienced it..

      both of u guys see different things differently..but here’s a conclusion i could offer : tak byk bnda boleh buat dgn senang dlm dunia ni..
      .-= Cerita terbaru yuyu.. to be or not to be.. =-.

      • ariff says

        Aku cuma marah sebab komen dia tu seems to jeer me of what I wrote. Mana boleh! Kalau aku salah, then I’m ready to apologize anytime.

        Not judging or anything, cuma I say I’d love to be a pilot more than an engineer after knowing through and through about all the technology advances made in the field. It’s a simple point actually. The title states it clearly.

        This post should be easy, sempoi. Too bad mood kat sini dah spoiled.

        • says

          so he jeered you..?ariff..look..put urself in his shoes..may be u jeered him @ the first place..sbb tu die react..

          anyway, post ni public kn..so, tak salah utk org terasa dgn ape ko tulis..and he’s just expressing it..you cn react, but not over reacting..

          dun take it personal ariff..

          so are we cool..?
          .-= Cerita terbaru yuyu.. to be or not to be.. =-.