Aku Bukan Peragut

ariff-shah-harley

Nampaknya kena tukar Harley-Davidson lepas ni baru orang tak pandang serong. Yelah, mana ada lagi peragut bawa Harley masa buat kerja

Ini adalah dilema mat motor macam saya sekarang, asal orang dengar bunyi motor je, mesti nak pandang semacam dengan raut muka yang macam takut-takut.

Mesti ada yang bila dengar bunyi motosikal, tiba-tiba pegang handbag dengan dua tangan, ataupun jalan jauh sikit dari tepi jalan.

Terguris hati dan perasaan setiap kali orang pandang saya macam tu :(

Memang sekarang ni banyak kes ragut dan 90% daripada kes ni dilakukan oleh peragut yang naik motosikal. Tapi saya bukan peragut! Kadang-kadang nilai barangan yang saya bawa dalam beg lagi mahal daripada apa yang orang ni semua bawa.

Tapi nak buat macam mana kan. Mindset orang dah tak boleh ubah sekarang. Mereka seolah-olah menganggap penunggang motosikal = peragut. So kena hati-hati.

Untuk pengetahuan, majoriti peragut adalah pembonceng motosikal. Kalau dia sorang, memang tak boleh buat kerja. Macam mana nak lepas sebelah tangan pegang handle, sebelah lagi tarik handbag?

Tapi kalau ada jugak yang terlebih bodoh dan buat kerja solo, rentap je balik handbag tu biar dia jatuh. Lepas tu panggil orang ramai untuk pukul dia. Lepas pukul, campak dalam longkang atau sumbat budak tu dalam tong sampah.

Kalaulah jumpa mangkuk hayun kaki peragut ni, memang saya sendiri akan langgar mereka. Kasi gilis kaki malaun ni dua tiga round. Mereka tak layak mempunyai anggota tubuh yang sempurna sebab tak nak gunakan kaki dan tangan untuk bekerja. Jadi cacat lagi bagus supaya dia tak boleh lakukan jenayah lagi.

Saya yakin ramai penunggang motosikal boleh relate dengan perkara ni. Sabar jelah…

13 Comments