Advertlets – Peluang Blogger Buat Duit & Tips Dapatkan Advertorial Daripada Josh Lim

Setelah mengeksperimentasi Nuffnang selama seminggu dengan average unique 400+ (tak banyak pun..) per day dan masih takde dapat mCPM (buffered) ads dari Nuffnang, aku pasang balik la Innity kat blog kesayangan ni. Well, kuasa publisher – aku boleh pilih ads network mana aku nak letak.

Bila dah pasang Innity, maksudnya boleh la letak ads lain sekali. Jadi pilih rival Nuffnang, Advertlets – sebab kita tahu bila dah takde status Glitterati ni rasanya dah takde guna letak Nuffnang kat blog kita. Baru baru ni Advertlets dah cecah 3 tahun and based on update kat blog Advertlets, aku rasa tahun ni Advertlets akan perform better la. So aku personally contactla brader Josh Lim kat Facebook, bertanyakan pasal nasib blogger yang blog dalam Bahasa Malaysia kalau join Advertlets. Ingatkan kena tunggu 1 hari bekerja baru dia reply, sekali tengok same dah dia dah reply. Respect sama lu!

Blogger yang blog dalam Bahasa Malaysia akan diberikan peluang yang sama rata untuk kerja-kerja advertorial ni. Biasanya client akan pilih blog yang ada minimum 500 unique views per day dan blog tu mestilah bukan blog download dan blog yang post gambar macam blog copy paste yang aku pernah cakap dulu. Advertiser lebih suka blog personal yang guna tak guna bahasa SMS. Cuba korang bayangkan kalau blogger dapat kerja advertorial bayar ratus-ratus satu post, tapi bila dia tulis setiap perkataan nak bantai guna singkatan je. Nampak sangat malas kan. Itu sebab kalau orang suruh aku usha blog diorang, aku akan tegur benda-benda kecil macam ni. Memang nampak remeh-temeh sebab dalam dunia blogging ni bukan dapat markah SPM or apa untuk tulis betul-betul tapi kalau dah nak buat duit, kena la jadi blogger yang buat kerja dengan betul.

Perkara penting kalau nak dapat advertorial job ialah kualiti. Blog mesti berkualiti. Ingat tu.

Selain daripada tu, Josh Lim ada gak sound pasal sesetengah blogger yang buat klik fraud. Hm.. Benda ni sedia maklum la kan.. Cerita banyak tak guna, ramai dah cerita, ustaz pun dah cakap pasal benda ni. So pandai-pandai sendiri lah ye.

Membership exclusivity. Macam biasa kalau nak dapat advertorial nih, kena ada membership exclusivity la, kira macam ada status Glitterati. Standard la macam tu kan. Jadi orang yang ada Innity and Advertlets kat blog, kurang la sikit dapat advertorial daripada Advertlets. Tapi aku rasa kalau sesiapa yang dah pasang Innity tu then letak Advertlets lak still boleh dapat income yang not bad daripada Advertlets sebab Advertlets kasi income based on traffic. Sekecil-kecil traffic pun dia kira, so berbaloi la macam tu. Tak rugi traffic. Kalau macam Nuffnang, takde mCPM ads dah tak boleh earn kalau orang tak klik ads. Tu sebab buang masa je kalau letak Nuffnang tapi takde mCPM ads.

Jadi itulah sedikit-sebanyak info aku dapat daripada Josh Lim, founder Advertlets. Teringin gak nak dapat inivitation pergi event under Advertlets ni. Nampak lagi grand. Hopefully aku balik cuti summer nanti dapat la join satu dua event. hehe~


64 thoughts on “Advertlets – Peluang Blogger Buat Duit & Tips Dapatkan Advertorial Daripada Josh Lim