Advertlets – Peluang Blogger Buat Duit & Tips Dapatkan Advertorial Daripada Josh Lim

Setelah mengeksperimentasi Nuffnang selama seminggu dengan average unique 400+ (tak banyak pun..) per day dan masih takde dapat mCPM (buffered) ads dari Nuffnang, aku pasang balik la Innity kat blog kesayangan ni. Well, kuasa publisher – aku boleh pilih ads network mana aku nak letak.

Bila dah pasang Innity, maksudnya boleh la letak ads lain sekali. Jadi pilih rival Nuffnang, Advertlets – sebab kita tahu bila dah takde status Glitterati ni rasanya dah takde guna letak Nuffnang kat blog kita. Baru baru ni Advertlets dah cecah 3 tahun and based on update kat blog Advertlets, aku rasa tahun ni Advertlets akan perform better la. So aku personally contactla brader Josh Lim kat Facebook, bertanyakan pasal nasib blogger yang blog dalam Bahasa Malaysia kalau join Advertlets. Ingatkan kena tunggu 1 hari bekerja baru dia reply, sekali tengok same dah dia dah reply. Respect sama lu!

Blogger yang blog dalam Bahasa Malaysia akan diberikan peluang yang sama rata untuk kerja-kerja advertorial ni. Biasanya client akan pilih blog yang ada minimum 500 unique views per day dan blog tu mestilah bukan blog download dan blog yang post gambar macam blog copy paste yang aku pernah cakap dulu. Advertiser lebih suka blog personal yang guna tak guna bahasa SMS. Cuba korang bayangkan kalau blogger dapat kerja advertorial bayar ratus-ratus satu post, tapi bila dia tulis setiap perkataan nak bantai guna singkatan je. Nampak sangat malas kan. Itu sebab kalau orang suruh aku usha blog diorang, aku akan tegur benda-benda kecil macam ni. Memang nampak remeh-temeh sebab dalam dunia blogging ni bukan dapat markah SPM or apa untuk tulis betul-betul tapi kalau dah nak buat duit, kena la jadi blogger yang buat kerja dengan betul.

Perkara penting kalau nak dapat advertorial job ialah kualiti. Blog mesti berkualiti. Ingat tu.

Selain daripada tu, Josh Lim ada gak sound pasal sesetengah blogger yang buat klik fraud. Hm.. Benda ni sedia maklum la kan.. Cerita banyak tak guna, ramai dah cerita, ustaz pun dah cakap pasal benda ni. So pandai-pandai sendiri lah ye.

Membership exclusivity. Macam biasa kalau nak dapat advertorial nih, kena ada membership exclusivity la, kira macam ada status Glitterati. Standard la macam tu kan. Jadi orang yang ada Innity and Advertlets kat blog, kurang la sikit dapat advertorial daripada Advertlets. Tapi aku rasa kalau sesiapa yang dah pasang Innity tu then letak Advertlets lak still boleh dapat income yang not bad daripada Advertlets sebab Advertlets kasi income based on traffic. Sekecil-kecil traffic pun dia kira, so berbaloi la macam tu. Tak rugi traffic. Kalau macam Nuffnang, takde mCPM ads dah tak boleh earn kalau orang tak klik ads. Tu sebab buang masa je kalau letak Nuffnang tapi takde mCPM ads.

Jadi itulah sedikit-sebanyak info aku dapat daripada Josh Lim, founder Advertlets. Teringin gak nak dapat inivitation pergi event under Advertlets ni. Nampak lagi grand. Hopefully aku balik cuti summer nanti dapat la join satu dua event. hehe~


64 thoughts on “Advertlets – Peluang Blogger Buat Duit & Tips Dapatkan Advertorial Daripada Josh Lim

  1. Ariff, saya nak tanya sikit. Iklan adverlets tu boleh letak berapa banyak iklan dalam satu page? Kalau nuffnang boleh letak 3 iklan dalam satu page. Saya tidak suka sangat nuffnang sebab iklan nuffnang suka main sorok-sorok. Bagi saya, nuffnang kurang realistik.
    .-= Cerita terbaru RozaniGhani.. Bitnami Cara Mudah WordPress Offline =-.

  2. Well, despite cerita dulu2, the new team is trying to turn the company around towards a better future, wish us luck! pasal pembayaran tu, bukannya duit kitaorang songlap tapi kalau sangkut dengan advertisers kitaorg pun sangkut jugak, hence the T&C of turnover. maaf lah kalau ada masalah previously =)

  3. aku suka advertlets sbb earning dia la.. skrng ni lom dpt byaran lg. josh lim cakap 15/4 dpt.. kalo dpt byaran, akan ada entry khas.. NN aku still skit lg … x paham sgt cara die.. innity?
    lom apply lg.. blog bru bukak
    .-= Cerita terbaru Scromix.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.

  4. skg ni aku ada masalah dengan innity. aku dah apply byk kali untuk blog aku. aku tak tahu masalahnya di mana. mungkin aku dah gunakan untuk kotakminda.com

    bila aku hantar support ticket, dorg suh tgk bahagian kehendak…bila aku apply lg…still tak boleh..bengang pun ada…adakah aku patut gunakan advertlets? hehe…apa pendapat ko ttg pembayaran dari advertlets?
    .-= Cerita terbaru mohdisa.. Tiga Emas Dua Rekod =-.

    • Hm. Bukan kalau dah ada site ngan Innity lagi senang apply ke? Tapi kena tau gak requirements dia dah naik sekarang. Lagi tinggi daripada dulu.

      Advertlets.. terpulang. Kalau Nuffnang pun takde kasi mCPM ads, bantai je amik Advertlets. Lagi untung camtu. Pasal pembayaran, kalo ko tengok atas sikit Advertlets support siap
      datang sini reply komen publisher. So aku rasa sekarang diorang better la kot daripada cerita yang blogger-blogger semua dengar dulu.

  5. erm itulah, teringin gak nk pasang advertlets ni tapi rasa meriah sesangat laa pula…
    tp bila fikirkan yg dia based on traffic dan status geli2 pun dah xde, why not kan?
    kita ada kuasa ke atas blog kita :)

  6. Akan cuba letakkan advertlet pada blog yang lain. Setuju dengan Ariff..kita punya blog, kita punya suka la nak letak apa kan..hehe.. Kepuasan berblogging lebih diutamakan…:)

  7. ish..terpanggil pulak aku untuk melihat akaun adverlets aku..aku join 2008 tapi pastu aku malas nak update..time tu final exam..so, aku pun dah lupa pasal adverlets..aku pun bukak, tengok2, ada rm 9 da…huhuhuhu..aku nk try letak la adverlets nie pulak

    • Haha.. Kalau letak kat blog lepas tu lupa nak check ada berapa mesti best. Boleh jadi surprise

  8. aku dgr2 advertlets xbayr.. dlu aku gne advertlets gk.. pastu ad owng ckp psl advertlets.. aku try google.. jmpe byk sgt post negative psl advertlets.. so aku tukr gne nuffnang..
    .-= Cerita terbaru AvantGardeShoppe.. The Perfect Fit =-.

    • Itu dulu2. Biaselah, company mana yang tak pernah ada problem kan. Innity pun ada gak bayar publisher lambat, Nuffnang pun pernah gak dulu.

  9. Entri baik punya. Baru aku tahu mana ads yang paling bagus. Tapi wordpress tak boleh letak ads. Ko tahu tak sebab ape? aku tak pakai domain name sendiri. bawah wordpress.com lagi.

    • WordPress.com rugi bro. Kalau nak buat blog betul2, trafik sume ada and nak letak ads, guna hosting sendiri jer. WordPress gak. Cuma itulah, dalam setahun kena keep aside budget dalam 100+ untuk bayar hosting ngan domain. Tapi aku rasa kos tu dah boleh cover dah ngan ads kalau buat blog betul2.

  10. salam ariff. menarik untuk difikirkan. kakchik sebelum ni mendaftar dengan advertlets setahun lebih awal dari nuffnang, tapi sejak guna nuffnang kakchik keluarkan kod advertlets tu. setakat ni masih setia dgn nn. takde nak beza2kan, cuma atas kepuasan peribadi.

    • Ikut mana yang sesuai ngan kita la. Macam saya dah guna Innity ni, boleh pairkan dengan Advertlets. Better that way.

  11. erm mantap gitu ariff… :-) nak pasang gakla advlets dekat blog yang lain nie…
    .-= Cerita terbaru zik.. Perancangan yang berkesan =-.

  12. blog aku tak power macam korang.hehe. 1st aku guna advrlt la. Tapi tak naik2 duit dia. So aku gune nuff, boleh lah. seminggu dalam rm belas2 naik. Lagipun aku berblog nak enjoy dan cari kawan,hehe

    p/s= banyak itu. 400+ (pada seorang blog tak hebat macam aku,hehe)

    • Tau takpe. Marah gak kalau trafik banyak tu dibazirkan aje. Tapi still banyak tu sebenarnya biasa untuk sesetengah orang

    • advertlets impression pown dia bayar
      means even xda org klik pown ada duet la selagi ada visitor blog
      tp kalau nuffnang x kn?
      siap promote suruh org klik2 lg..haha

      p/s: aku azizuan yg bukan azizwan..keke

      • Yup. Advertlets memang amik kira impression tu tapi yelah, kena banyak pageviews je la. Kalau sikit, sikitlah dapat.
        Nuffnang kalau takde mCPM (buffered) ads tu, tunggu lah seminggu tu CTR tinggi pun 25 sen je advertiser kasi. Kalau mahal sket seringgit.
        Itu sebab aku sakit hati gak ngan Nuffnang. Ads jalan gak, tapi jalan free2 je la.

  13. advertlets punya earning memang cun.. sbb tu aku letak sbagai penambah earning.. tp yg aku dah tak sedap hati skrng ni, advertlets still tak bayar earning aku utk bulan DEC ’09 sdangkan skrng aku dah patut terima utk bulan JAN ’10

    • Hm. Biase ah tu. Maybe diorang ada sebab tertentu lambat bayar. try ah personally contact Josh Lim kat Facebook

      • woot! boleh tahan support advertlets ni.. sampai ke sini bagi komen. huhu.. apa2 pun, tq yer.. ni yg buat aku syg lebih kat advertlets ni :)

        oh ya, bila nak bg advertorial? muahahaa..

  14. aku rasa kita kena betul2 setia dengan nuffnang..baru dia kasi buffer earning..walaupun trafik tinggi..huhu
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Kenapa Mesti Tengok Drama Tv3 Dalil Cinta? =-.

    • Dulu dulu dulu aku setia pun xdapat gak. Ish. haha~ Takpelah. Lagipun Nuffnang dah ramai sangat, so aku join yang memang tak ramai ni.

  15. Pingback: IMCurtain.com

  16. Pingback: pligg.com

    • Wah. Not bad2. Organic trafic saya masih rendah. Masih kena struggle lagi nak capai tahap macam Kak Jie

      • Aku letak adverlets 3 hari lepas. Niat aku bukan nk duit sgt bila letak advertlets. Aku just bosan tgk iklan hijau innity. So aku letakla. Smlm aku tkejut lps 2 hari psg dh cecah rm15. Gile r. Lg hebat dr nuffnang ni..
        .-= Cerita terbaru Amir.. Mahkota Raja Lawak 4 Milik Kecik =-.

    • knapa x letak nuffnang kak jie? kak jie kn byk dpt buffer earning kn?
      .-= Cerita terbaru Amir.. Mahkota Raja Lawak 4 Milik Kecik =-.

      • ramai sgt….. semua org bercakap pasal NN
        dari dulu pun bkn earning sgt yg kak jie cari
        lebih puas mencuba semua..pengalaman lebih berharga
        keberanian keluar dari zon selamat juga satu cabaran..
        bila dah lama dlm dunia blog…kalau boleh nak graf ‘life’ dalam talian ini berbagai ragam…stastik saja tak best tau…

        priority tiap org berbeza….
        .-= Cerita terbaru Kujie.. Cara Letak Code Iklan Dibawah Setiap Post =-.

        • Waaa kagumla ngan kak jie. boleh jd contoh kt blogger2 baru. sy pun cuba advertlets lepas tgk iklan kt blog kak jie. saje letak actually sbb mmg x minat tgk iklan innity tu.
          .-= Cerita terbaru Amir.. Mahkota Raja Lawak 4 Milik Kecik =-.