Advertlets Payments – Not Scam

*ini bukan entri kipas advertiser macam yang korang semua biasa baca, entri ni adalah berdasarkan pengalaman aku.

Disebabkan sekarang ni banyak sangat blogger baru muncul akibat fenomena blogger buat untung juta-juta yang dicanang media sebab nak buat laku surat khabar, aku rasa entri macam ni masih lagi releven dan laku. Lagipun aku dah pernah dapat advertorial job daripada Advertlets dan cashout dengan company ni, jadi aku rasa aku layak untuk menulis pasal syarikat pengiklanan ni. Aku menulis ni dari segi kapasiti blogger yang menulis dalam bahasa Malaysia dan sebagai blogger yang ada potensi dan mungkin sedikit follower.

Advertorial

hoho.. adalah 2-3 saat aku interframe dalam video ni.

Terus terang aku cakap, kalau dah pernah dapat sekali join team Advertlets ni, nak dapat peluang untuk pergi event sana-sini memang banyak. Kena pandai bezakan antara event dengan Advertorial job, ada event yang korang pergi as media partner atau press, ada event memang untuk Advertorial. Cuti lepas, aku sempat pergi ke satu advertorial event dan dapat jemputan ke 3-4 event lain yang bukan advertorial (termasuk jemputan berbuka puasa di hotel Double Tree by Hilton). Kalau nak dapat peluang macam ni dengan syarikat lain, huh.. sampai matilah korang tunggu memang susah nak dapat punya sebab persaingan untuk dapatkan tempat sangat sengit.

Kalau dah nama menulis blog dan berkecimpung dalam bidang sosial media aku rasa blogger pun kenalah social kalau nak buat duit lebih. Event dengan Advertlets kebanyakannya memerlukan korang bergaul dengan blogger Advertlets lain dan kalau jenis yang pemalu, memang susah sikit nak suaikan diri dengan orang sekeliling. Rasa macam alien pun ada. Another thing, you must at least know how to converse in English because most of them speak English when going out. So yeah, the lesser barrier you have separating between you and them, the lesser you feel out of place.

Advertorial post biasanya adalah pay-per-post. Rate dikira berdasarkan statistik terkini trafik kat blog dan ditetapkan oleh mereka, tapi mungkin boleh dibincangkan lagi. Aku pernah dapat satu je, jadi aku tak tau berapa banyak peluang yang boleh didapati dalam sebulan. Aku suka jemputan ke event sebagai media partner. Kadang-kadang memang ada banyak faedah (perks) kalau pergi ke event sebagai media partner ni. Rasa macam VIP sekejap pun ada terutamanya bila dapat try produk baru, dapat barangan limited edition atau dapat tengok movie premier screening. Apa-apa pun, pergi event-event ni semua adalah satu pengalaman yang menarik.

Ads

Ads ni adalah merujuk kepada ads banner yang korang kena letak kat blog. Kali terakhir aku guna, diorang masih lagi menggunakan konsep CPM untuk semua, maksudnya semua trafik blog yang masuk adalah metered. Jadi takdelah isu ‘bila nak dapat buffered earning bla.. bla.. bla..’ atau seumpamanya. Sekarang ni aku tak tau, mungkin masaih sama. Rate dia berubah-ubah, mungkin berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh pengiklan.

Ads widget tu aku remove kejap hari tu sebab tunggu lama sangat tak dapat lagi payment. Ni payment dah dapat rasanya boleh la kalau nak letak balik. hehe..

Payment

Yeah, ini isu yang agak kritikal dan sensitif. Advertlets mungkin ada sejarah buruk yang aku tak tau sangat cerita sebenar dia, jadi aku malas nak sentuh pasal tu. Setakat ni semua cashout aku telah dibayar. Sebenarnya memang aku tunggu semua cashout tu dibayar dulu sebelum buat entri ni, yelah takut ada orang marah nanti aku punya payment pulak delay lagi walaupun telah berapa lama di delay. Waiting period untuk aku dapat semua payment aku adalah lebih kurang 6 bulan.

Apa yang aku buat ialah aku contact directly dengan staff mereka. Kalau siapa yang dah pernah pergi event ni semua, memang akan kenal staff-staff Advertlets ni. Digalakkan untuk berkenalan dengan mereka dengan rapat supaya senang dapat jemputan untuk event mana-mana :P

Terus terang aku cakap, Advertlets memang perlu memperbaiki mutu mereka dari segi pembayaran kepada ads publisher ni. Tapi aku rasa, kalau bagus sangat pun nanti ramai pulak yang join, jadi peluang tu makin lama makin susah nak dapat. Mungkin ada baiknya tak ramai sangat blogger (Melayu) dengan Advertlets ni supaya blogger penyabar macam aku yang tunggu payment sampai 6 bulan ni boleh dapat job dengan mudah in the future. haha.. But seriously, a good company must also be a good paymaster.

***

Apa-apa pun aku join semua ni sebab pengalaman. Aku tulis blog dulu pun bukan sebab dalam kepala aku nak dapat duit atau nak popular and I’m proud with it. Peluang datang bila kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan bila ada orang menghargai usaha kita. Harap entri ni dapat membantu mereka di luar sana untuk dapatkan lebih peluang dan mungkin duit poket. Harap aku tak kena saman sebab buat entri ni. huh.. seram gak dengar company-company ni saman blogger sebab dapat bad review. Macamlah servis diorang perfect sangat. Entri ni hanyalah sebagai panduan kepada blogger lain dan teguran kepada Advertlets supaya dapat memperbaiki apa-apa kelemahan yang ada.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, Advertlets memang sedang berusaha. It works for me tapi kepada yang masih ada problem, pandai-pandailah korang settle dengan mereka. Sekian.

+ Hotlink Hot Ticket kini kembali sempena Tahun Baru Cina. Beli RM20 dapat nilai RM40 http://bit.ly/HotTicketCNY

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

32 Comments