Advertlets & Nuffnang Perlu Tapis Blog Yang Berdaftar Dengan Mereka

Spam blog adalah blog yang bodoh

Minggu ni Geng Blogger down selama beberapa jam sebab ada pihak tertentu cuba menggunakan taktik kotor untuk naikkan entri dia masuk dalam senarai Entri Paling Popular. Bila admin dah block ping dia, dia register guna akaun lain. Bilangan blog dia tok sah cakap la berapa banyak, kurang-kurang ada 10 blog yang copy paste entri sama. Lepas tu sekali ping sampai 4 blog serentak untuk entri yang sama. Itu dah spam yang melampau-lampau. Yang buat ni, macam biasalah. Orang Melayu bodoh yang nak buat duit cepat. Cara keji dan menyusahkan orang lain. Nak tau berapa pulak earning mangkuk tu dapat dengan cara keji macam tu? Aku baca blog dia dah cecah RM2000 earning Advertlets.

Salah siapa? Well, kita boleh salahkan orang yang keji itu tapi sampai bila kita nak salahkan orang yang macam ni? Selagi peluang nak buat duit dengan mudah tu ada, selagi tu orang akan cuba cari loophole untuk buat duit banyak dengan cepat. Cuba macam ni, cuba kalau Advertlets & Nuffnang filter/pilih blog yang jadi publisher. Tak payah requirement apa-apa, cuma blog tu mestilah blog yang diupdate mengikut cara yang sah dan bukan duplicate blog lain. Setiap blog memohon untuk jadi ads publisher dengan mereka, kasi waiting period antara seminggu – sebulan untuk proses application tu sebelum diluluskan. Dalam waiting period tu, tengoklah kalau blogger tu betul-betul nak blogging ke tak. Kalau takde update atau update dia semua jenis spam, then boleh la cancel application dia.

Kenapa perlu kita buat macam ni?

  1. Menyusahkan orang yang nak buat kerja-kerja tak senonoh ni.
  2. Memastikan blog yang benar-benar blog sahaja memaparkan iklan dan menjana pendapatan.
  3. Supaya dunia blogging Malaysia ni tak penuh dengan spam blog.
  4. Membuktikan bahawa syarikat ads network ni semua menjalankan tanggungjawab memelihara kualiti dunia blogging di Malaysia.

Mungkin ada yang tak setuju, tapi biar aku bentangkan dulu kebaikan dia:

  1. Cara ni boleh la filter blog spam ni dari awal. Dengan pengurangan blog spam seperti ini, ads fill kat blog korang akan bertambah, means more money la kan untuk blogger lain. Ads fills ni kira macam berapa kerap ads tu keluar la kat blog. Kalau banyak sangat blog, maka ads fill untuk semua makin sikit sebab kena bahagi dengan banyak lagi blog lain.
  2. Terus terang aku cakap, layak ke blog yang duplicate content ni buat duit? Korang fikir sendiri. Yelah, kita menulis bukan semata-mata nak duit, tapi kalau peluang tu ada kita amik. Jadi bila kita layak dapat, tapi orang lain yang tak layak sibuk-sibuk nak, patut ke macam tu? Takde usaha apa-apa tiba-tiba nak duit.
  3. Kebaikan untuk advertiser, iklan tu dapat disampaikan terus ke genuine viewers instead of.. ntah. Siapa yang baca blog yang duplicate content ni? Macam mana pulak reputasi pengiklan kalau dia letak iklan kat blog sampah macam ni? Mestilah jatuh kan. Jadi pengiklan perlu memastikan la iklan mereka tak tersiar kat blog yang tak berkualiti ni supaya bajet pengiklanan mereka tak habis dengan sia-sia sahaja.
  4. Ikut cara ads network lain yang dah berjaya. Contoh paling senang Google Adsense. Aku baca kat forum, memang susah nak apply akaun Google Adsense sekarang. Sepatutnya Nuffnang & Advertlets buat benda sama. Masing-masing bukan lagi company baru. Dah ada pengalaman 2-3 tahun. So it’s time to get serious.

Macam mana dengan blog yang dah sedia ada berdaftar dengan ads network? Perlu ke jalani proses ni?

Rasanya tak perlu sebab leceh nak buat. Tapi kalau Advertlets & Nuffnang ni rajin, ada banyak masa dan tenaga kerja boleh je buat. Lagi bagus macam tu. Simpan blog yang berkualiti je dalam network.

Amacam? Ok tak idea ni? Kalau setuju tolong la share & retweet. Sebar-sebarkan.

… mangkuk hayun tu still lagi buat kerja tak senonoh kat GB masa entri ni ditulis. Kita tahu.. jangan ingat kita tak tahu. Tengok berapa banyak akaun Facebook kau nak guna.


68 thoughts on “Advertlets & Nuffnang Perlu Tapis Blog Yang Berdaftar Dengan Mereka

  1. wah!? sampai mcm tu skali eh? mmg pttla nak kena filter if mcm tu. Aku tk pnh nak dpt traffic dr gb tu. plg bnyk aku dpt dlm 10 sehari sbb pas aku ping, terus blah. Slalu gak aku nampak masa ping blog tajuk tu jadi yg entri top semalam, tp esoknya tajuk yg sama gak yg naik. ku x fhm la..
    .-= Cerita terbaru kyuubi_85.. Model Kereta Terbaru Proton, Proton EMAS =-.

    • Itulah. Biasa tak jadi macam tu, kalau jadi maksudnya orang tu main jahat. Itu je.. Takpe2. Admin sedang cuba membanteras benda ni habis-habisan.

    • DDOS eh? aku buta sikit benda2 ni. apa aku tau, dia buat multiple mysql injection? supaya sistem tu register clicks as unique. lepas tu dapat la dia masuk dalam popular list. something like that la. kalau ko boleh tolong kong, nampak apa2 vulnerabilities bagi tau dia la.

  2. Pingback: uberVU - social comments

    • Aku emo sebab dia kacau Geng Blogger sampai down hari tu. Dan sekarang pun masih menimbulkan masalah. Itu je sebenarnye..

  3. dah lari konsep nak blogging nie… :-(
    .-= Cerita terbaru zik.. Sayangi haiwan peliharaan. =-.