Adakah Rupa Paras Yang Kacak Penting Kepada Perempuan?

Untuk lelaki, biasalah. Mesti nak tengok rupa dulu. Tak boleh disangkal. Tapi bagi perempuan, adakah sama? Apa yang dilihat oleh kaum perempuan masa kini?

Dalam sebuah akhbar harian, terdapat sisipan hiburan pada setiap hujung minggu terbitan akhbar terbabit. Dalam sisipan hiburan tersebut ada segmen yang mengetengahkan jejaka-jejaka yang dilihat kacak. Segmen itu menceritakan latar belakang lelaki tersebut, kerjayanya dan maklumat peribadi. Turut disertakan gambar posing bajet seksi dan macho jejaka yang terpilih minggu itu.

Di sini saya senaraikan top 3 apa yang dilihat oleh kaum perempuan terlebih dahulu.

Tempat ketiga: Rupa Paras

Percaya atau tidak, rupa paras bukan di tempat pertama. Jangan tanya saya rupa macam mana yang mereka anggap kacak dan menarik kerana setiap orang ada taste masing-masing. Lebih baik kalau pembaca perempuan di sini yang berikan contoh rupa lelaki yang mereka anggap kacak. Lagi senang.

Tempat kedua: Pekerjaan

Kalau kriteria pertama dah lepas tapi pekerjaan tak seberapa, memang tak jadi menarik pada mata mereka. Rasionalnya, zaman sekarang ni semua dah mahal. Tengok jelah harga rumah yang semakin meningkat, susah nak apply loan kereta dan macam-macam lagi kos yang tinggi sekarang. Jadi nak tak nak perempuan kena melihat kepada kerjaya lelaki dahulu sebelum melihat pada rupanya.

Biasanya lelaki yang mempunyai kerjaya sebagai seorang profesional dan berkelayakan tinggi menjadi pilihan, bukan sahaja pilihan gadis, malah pilihan ibu bapanya untuk dibuat menantu.

Tempat pertama: Umur

Katakan kalau tengok rupa dahulu dan nampak matang tapi umur baru di awal 20-an, macam mana? Kebanyakan perempuan memang tak sanggup bersama lelaki yang lebih muda, lebih-lebih lagi kalau jarak umur tu sangat besar (kalau setahun masih boleh diterima).

Terlalu tua pun tak boleh tapi ada sesetengah tak kisah sangat kalau dapat lelaki tua. Tapi takkan la lelaki umur lebih daripada 30 tahun nak masuk dalam segmen macam tu kan? Mustahil.

*****

Perempuan tak pandang pada rupa paras sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan mereka. Jadi janganlah pelik kalau nampak lelaki tak kacak bersama perempuan cantik. Pada mereka, rupa yang kacak itu hanyalah bonus dan bukan keperluan.

P/s: Ramai yang mengatakan agama perlu diletakkan di tempat pertama kriteria yang mereka pandang. Memang betul. Tapi fahamkan situasi di sini. Kita bercakap ketika kaum perempuan membaca segmen seumpamanya di dalam akhbar, majalah hiburan atau majalah untuk kaum wanita. Harap tak terkeliru =)

47 Comments

  • Ekspresi Ruang

    23 June, 2012 at 12:09 pm

    setiap lelaki dipandang secara subjektif oleh setiap wanita. tp jgn jadikan setiap aspek yg dirasakan kelemahan (disebabkan perbandingan dgn lelaki lain) sbg satu halangan, sebaliknya cuba jdkan ianya sbg satu kelebihan. org tak hensem xbermakna org tu xbermuka manis.

  • iza

    22 June, 2012 at 5:29 pm

    Assalam.
    Masa muda remaja dulu, saya rasa lelaki kacak dan pekerjaan adalah yang pertama kot. Kalau kerja ok dan kacak, boleh buat calon..hehe. Kalau tak handsome walaupun kerja bagus, gaji tinggi tak ok jugak. Takut nanti anak tak comel. Tapi berangan dalam hati je la. Bila dah dekat nak grad, mula la terfikir untuk cari calon tapi tak tau macam mana. Maka hanya serahkan pada takdir, kriteria tu dah tolak tepi. Bila dah jumpa orang yang sayangkan kita, wajah boleh tahan, kerja pun ok, tak salah untuk terima seadanya…kita pun tak sempurna.

  • Ramzi

    22 June, 2012 at 5:13 pm

    Kurang satu deh kayaknya, sifat mereka. Biasanya cewek juga milih cowok yang perhatian dan romantis (bukan rokok makan gratis lo) hehe..
    Salam kenal sob :)

  • Anuar

    22 June, 2012 at 3:31 pm

    Pada pendapat saya orang perempuan zaman sekarang ni tidak terlalu memandang rupa paras seseorang lelaki untuk memilih pasangan hidup..

    Bagi mereka yang penting sekali seseorang lelaki tersebut dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka dan mampu menanggung keperluan hidup mereka..

    Kalau dapat lelaki yang kacak tu kira bonus lah bagi mereka.. tak kacak pun takper.. janji serba serinya cukup… ;0

  • aisya

    22 June, 2012 at 1:50 pm

    kalau sy kacak tu penting jugak.sedap mata memandang dan setiap individu tu mempunyai penilaian sendiri tentang kacak. sama je sebernarnya lumrah manusia suka pada yg cantik lawa dan kacak. tp dalam bab pemilihan pasangan saya setuju ianya bukan lah kriteria yang utama. pada saya yang paling utama adalah pekerjaan. itu pendapat saya. terima kasih..

  • ieda

    22 June, 2012 at 10:40 am

    kacak tu subjektif, sama macam cantik juga…setiap orang lain penilaiannya…bagi saya, kacak sgt xperlu, yang penting manis muka….kite tgk muka dia pun rasa tenang je…ada je orang tu muka hensem tp susah sgt nk senyum or nampak bengis, nak tengok pun takut….huhuhu…kalau macam tu, terus rasa xkacak da…betul x?? hehe =) apa-apa pun, personaliti or perangai yang paling penting kut, ni dari segi luaran la…soal agama, masing2 faham la, kata nak jadi pemimpin keluarga kn…

  • syahrilhafiz

    22 June, 2012 at 10:23 am

    selalunya, kategori perempuan berkerjaya soseh macam tu
    kalau yang muda ni still nak enjoy, konfirm tengok paras muka dulu.
    hmmm entah, taste masing masing, kita laki usaha je la :D

  • Yuyu

    22 June, 2012 at 10:04 am

    Rupa tak jd 1st sbb dia tak interview perempuan yg ada partner hasil “love at first sight” kot :p

    Sbnrnya may be jgak there’s cultural bias there..biasa la perempuan, tak cukup “keperempuanan” la nak mengaku tak pandang rupa..hahah..

    And aku setuju..gambar tu bajet seksiii..oh no T_T

  • Queen Teratai

    22 June, 2012 at 9:53 am

    tau x knp perempuan x suka sgt lelaki kacak ni? sbb nnt byk makan hati.. perempuan keliling pinggang tu… hehehehe… so better cari yg biasa2 je, baik, x kedekut, bertanggungjawab dan kuat agamanya..

    as for me ketiga-tiga di atas bukan menjadi ukuran buat sya sbb dari segi duit pun sya ni bkn jenis yg suka minta duit lelaki.. apa yg sya mahu dan inginkan sya beli dgn hasil usaha sya sendiri.. that y now.. rumah, kereta semuanya atas nama sya… sbb apa andai kata lelaki buat perangai xdelah sya merempat… sya hidup tidak bergantung kpd lelaki 100% dari sya bujang dan masih sekolah lg apa yg sya inginkan sya beli guna duit sendiri.. bekerja cari duit sendiri.. jrg sekali sya menyusahkan atau meminta duit dr arwah bapa sya…

  • shukrin farahdiba

    22 June, 2012 at 9:36 am

    rupa paras bukanlah penting sangat..tapi cara die berdepan dgn perempuan, ramai jugak jumpa yang kaki spedo..mkn minum pompuan yg kene bayar. awal2 da kene reject ngn pompuan camtu hihihi. pompuan akan cari yang stabil, rupa mmg tak penting, tp biar ikhlas. :)

  • abangensem

    22 June, 2012 at 7:23 am

    Now I know kenapa Ariff Shah kekurangan stok awek walaupun berparas kacak. Semuanya disebabkan kurangnya keprofesionalan dalam kerjayanya dan juga usia beliau yang masih jambu. Berbeza pula dengan Abang Ensem yang memiliki ketiga-tiga pakej tersebut, ditambah pula dengan pakej bonus, kuat pegangan agamanya. Maklumlah budak Izzuddin..heh heh heh.

  • Anarm

    22 June, 2012 at 3:24 am

    betul tu.. kadang2 rasa jeles juga bila tengok lelaki muka tak seberapa tapi awek cun giler.. hahaha.. setiap orang ada taste masing2.. lelaki pon sama jugak.. yg taste pelik2 pon ada..

  • AbgferOz

    22 June, 2012 at 2:24 am

    heeee… macam tak caye je paras rupe no3 hahaha.. lagi tak percaya bile part umur.. coz skrang ramai gak prempuan yg kawen laki lebih muda :)

  • azman

    22 June, 2012 at 1:20 am

    Ada wanita yang kisah pasal paras rupa,tapi ada yang tak kisah.Tapi saya respek wanita yang tidak memandang paras rupa,tapi akhlak tu yang penting.

  • akubiomed

    22 June, 2012 at 1:07 am

    Wanita mana tidak mahu mempunyai pacar yang mempunyai paras rupa kacak dan berkerjaya. Perkara ini kadang kala subjektif untuk wanita ada yang memilih lelaki matang berbanding lelaki perwatakan kebudak-budakan.

  • sarah

    22 June, 2012 at 12:07 am

    mmg rupa bukan di tempat pertama. dah kalau rupa je hensem. tapi kedekut. cthnya nak blanje awek pun berkira. siapa nak wat laki. for me. sikap n perangai pun penting. x semestinya kerjaya ok perangai ok. so kenalah kenal dalam2..

  • Norfa

    22 June, 2012 at 12:04 am

    Good looking pon jadi.. tak perlu la hensem macam model tuh.. tapi kadang kadang mata orang tak sama ngn mta kita….pe2 pun, umur tuh ye ke? mcm tak je… tapi xde la kot kalau amik yg tua krepot..

  • Rev

    21 June, 2012 at 11:44 pm

    Malangnya kebanyakan wanita tidak memandang AGAMA sebagai kriteria pertama. Kedua tidak, ketiga juga tidak. Inilah contoh terbaik masyarakat akhir zaman.