Adakah Proton Prevé Mampu Mengubah Persepsi Umum Terhadap Proton?

Nampaknya semua orang kagum dan terpesona dengan keluaran kereta Proton yang baru iaitu Proton Prevé. Kepada yang tak tahu, sebutan Prevé bukanlah “preev” atau “preef” tetapi “pri-vey” (baku).

Apa yang menarik dengan kereta ini ialah feature barunya yang tidak terdapat pada kereta keluaran Proton sebelum ini dan kereta lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Harga permulaan Prevé adalah RM56k untuk versi manual, RM59k untuk versi CVT  dan RM68k CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).

Kalau nak senang tengok adakah Prevé ni setanding dengan kereta antarabangsa, kita cuba perbandingan dengan Honda City.

Feature\CarProton PrevéHonda City
HargaRM72,000RM90,000
EnjinCamPRO + CFESOHC i-VTEC
Kapasiti enjin (cc)15611497
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) mm4543 x 1786 x 1524 4395 x 1695 x 1470
Boot capacity (L)508 506
Transmisi 7-speed Protonic5-speed Automatic Shift
Max Torque205@2000-4000145@4800
Max Power140/5000120/6600
4G in car WIFI YesNo
Turbocharged engineYesNo
Push start butonYes No

Senang cerita, kalau saya, sebagai pembeli kereta kali pertama, saya akan memilih Prevé atas sebab:

  1. Saiz lebih besar
  2. Lebih berkuasa dengan enjin turbocharged
  3. Lebih banyak feature (4G WiFi, push start button)
  4. Paling penting, lebih murah

Proton kali ini dilihat lebih berani dan yakin dalam menonjolkan model terbaru mereka. Semalam, spesifikasi Proton Prevé telah secara tidak sengaja dibocorkan di laman web mereka. Biasanya, ini adalah taktik pihak korporat untuk membina ‘hype’ sebelum pelancaran produk mereka apabila mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produk tersebut.

Overall saya lihat, apa yang ditawarkan oleh Proton untuk model Prevé ini adalah sangat menarik dan berbaloi. Sebagai model yang disasarkan untuk pasaran antarabangsa, Prevé mempunyai potensi besar untuk berjaya.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apakah pakej after purchase dan jangkamasa dalam waranti yang akan diberikan oleh Proton nanti. Kalau positif, saya yakin model ini akan mendapat pasaran yang amat menggalakkan nanti. Berkemungkinan juga, ada model yang akan dihentikan pengeluarannya selepas pelancaran Prevé.

Adakah Proton Prevé mampu mengubah persepsi umum dan antarabangsa terhadap Proton? What do you think?

Kemaskini: Terima kasih kepada sumber di forum Autoworld atas sumbangan gambar. Dikatakan Isnin ini (16 April) adalah hari pelancaran Prevé.

Sekarang dah tengok gambar amacam? Berubah ke tak persepsi? Personally, saya suka warna crimson red ni. Betullah apa orang komen sebelum ni, bahagian belakang bosan sikit.

 

Comments

  1. says

    I nak tukar wira 94 saya. Sedang consider Persona dan Preve, berbaloike I bayar RM14k lebih (lepas discount for persona) utk Preve Executive CVT vs Persona B-line? Apa pendapat anda?

    • Ariff says

      Kurang arif nak berikan pendapat pasal ni. Ramai kata, Preve Exec dengan Persona ni lebih kurang je enjin. Apa yang beza antara dua ni ialah ruang dalaman yang lebih besar pada Preve. Lebih selesa.

      Better ke showroom sendiri untuk try kedua-duanya. Lagi senang nak buat keputusan macam tu ;)

  2. says

    Max Power tu salah tuh

    Preve = 103/5000 dalam unit kilowatt(KW) , utk City max power(BHP) dalam unit kw = 88

    Kalau dalam unit (PS) Pferdestärk Preve = 140 PS
    City = 120 PS.

    Number of transmission utk CVT tak berapa pening sgt since cvt takdak fixed gear mcm normal gear.

  3. Jack says

    how come you compare segment B with segment C?This proton preve should compare with Altis,Forte,Civic….not City

  4. Fredo Tuning says

    Dah test drive keta ni..
    BAGUS: Engine turbo tork tinggi, responsive & ada potensi upgrade. handling terbaek rasa mcm bawak keta Eropah…tak membuai…Features pun banyak..nk sama dgn Forte 2.0 dah…Harga mampu milik.
    TAK BAGUS: Gearbox CVT mcm mengerang & ada bunyi berdengung yg kurang enak.
    OVERALL: Good value for money

  5. AJAR says

    so far semua kereta aku sejak 20 tahun lepas..buatan Malaysia..2 perodua 3 proton…..mmg betul proton yg paling byk masalah berbanding produa….tapi itu dulu…sejak diambil oleh DSZ..quality dah jauh berbeza….masalah?sikit2 tu ada la..normal la tu…tapi yg penting proton dah byk berubah….latest model Preve….aku dah test drive…mmg power giler…pecut 160 senang2 je… aku dah booking honda city bulan lalu…last2 cancel sebab hati dah terpikat kat preve….so kereta ke6 aku still buatan Malaysia….proud to be Malaysian..HIDUP PROTON

  6. says

    bagi aku kereta ni ok je. takde apa yang tak kena. walaupun aku bukan peminat proton tapi selepas test drive memang terasa puashati jugak. tak macam kereta proton sebelum ni.

    cuba positif. kalau tengok specs pun dah banyak penambahbaikan yang di buat proton. contohnya sebelum ni orang kata kereta proton kereta ‘tin milo’ tapi sekarang dah beza. please google it! what kind steel they’re used. itu tak termasuk system lain yang ada.

    orang kata haters is always haters. bagi korang yang hanya sekadar bercakap kosong, ada baik pergi test drive dulu. ini baru tengok gambar dah negatif semacam. lastly proton jugak yang di beli. realitinya sebab itu je yang termampu.

    kalau agak dah termampu sangat beli je kereta import. tak payah nak jadi ‘engineer’ tak bertauliah. itu tak betul ini tak betul.

    apapun mungkin pada masa depan aku harap proton boleh improve lagi productivity. kasi upgrade enjin itu ke and whatsoever.

    regards. mazda fan :)

  7. manz says

    Pada pendapat aku la, proton sepatutnya melangkah kehadapan dengan mengeluarkan kereta yg bercirikan hybrid seperti yg dilakukan oleh pembuat2 kereta terkemuka dunia memandangkan harga minyak semakin naik. Kos penjimatan untuk jangka panjang amatlah penting. Bagi pembeli kereta yg ingin menjualnya semula selepas beberapa tahun digunakan haruslah berfikir dgn bijak. 3 tahun honda city used car Rm 78k, preve 30k, 5 tahun – city rm 65k, preve 20k, fikirkanlah :-).

    • Ariff says

      Untuk pengetahuan, kereta berciri hybrid memang dalam pembikinan. Dah ada timeframe pun untuk proton melancarkan hybrid mereka. Namun begitu, hybrid lebih mahal (>100k). Adalah lebih baik Proton concentrate pada kereta dalam c-segment ni dulu. Market dah tentu ada.

    • mancini says

      mana awak tahu preve 5 tahun RM30,000,belum ada yg pakai lagi ,untuk pengetahuan anda waja tahun 2005 manual pun masih berharga 27 hinga 28k di used car,honda city yg keluaran mula macam sapan tu lagi teruk jatuh harganya.Sila rujuk majalah motor trader.Jangan komen tak pakai otak.

  8. fendi says

    kalau dari segi design..prototype proton tuah lebih cantik..bahagian belakang nampak skima la..kalau depan pun tuah lebih mengancam..

  9. muhizam says

    Bagaimana hebat design,jangan di abaikan sistem power window yg sejak dulu merupakan masalah utama Proton. Pengalaman pahit memiliki Proton keluaran baru dan bukan nya second hand yang mempunyai masalah power window boleh merencatkan kredibiliti Proton. Walaupun agak remeh dan kecil tetqpi apabila di buat bandingan dengan kenderaan bukan Nasional ianya agak menghampakan.

    • lenchi says

      Bro, u dendang kisah lama:D …DSZ@Proton already gave Life Time Warranty for power windows…since persona…no more serious complaints about power windows…move forward with relevant issue bro…:D….

      • azman says

        jaminan full time warranty untuk kenderaan proton yang full service di pusat service proton sahaja yer…kalau service tempat lain takde yer warranty tu..

  10. says

    Memang tak pandai tentang benda-benda teknikal ni. Apa sahajalah…. Tapi, sekali pandang memang kereta tu menarik, tertarik dan memang d’bomb…Namun bukan itu sahaja syarat nak memiliki apa-apa barang. Jangan nilai luaran je. Kalau saya, saya tengok dulu apa perkembangan dan siasat komen-komen awal. Boleh survey kat internet kan? Oh! satu lagi lihat juga latarbelakang syarikat dari segi pertukaran pemimpin atau apa sahaja melibatkan pengurusan. Itu juga boleh pengaruhi jualan sebab mungkin pengaruhi urusan perkhidmatan yang kemudian untuk pelanggan. Pandangan jer tu…
    Entri terbaru Adilla >> MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH DI RAUDHAHMy Profile

  11. ajishkota says

    mula2 dia umumkn hrga 62k-75k aku dh rsa kecewa.lg la plak sekian lma sjak wira aku rsa kete protn terlalu mhal buat rkyat msia.aku xksah dgn cukai kte luar smpai 300%.pd aku tu la peluang utk gov amik duit dr org2 kaya yg kebykan liat nk byar cukai.so biarkan la cukai kete luar mhal2.yg xde duit berangan pkai kte luar tu fham2 sndri la.brmkna anda msih kurang kaya.tp kete msia jgn la jual mhal gak.aku tau prton akhir2 ni mne de untung.sape yg untung.vendor protn stipa thun kekayaan brtmbah kualiti menjunam mkin teruk.kesimpulanya preve mula hrga dr 56k sgt2 bersesuaian lg bgus aftersale service upgrade.sekian

    • Ariff says

      ada orang cakap, tunggu sikit masa lagi. Tahun mengundi ni, banyak gula-gula. Mungkin akan ada hadiah untuk bakal pembeli kereta

  12. Jhon Kamal says

    jgn kutuk proton saja….toyota dan honda ada masalah jugak….bmw pun ada masalah jugak…..kalau ada banyak duit jgn beli proton…..beli kereta jenama lain macam bentley ke lamborgini ke mercedes ke ……….itu pun susuh nak pikir

  13. says

    proton dilihat semakin berani dengan adanya tambahan turbocharge yang telah lama berada dalam isu diskusi mereka sebelum ini dalam mengeluarkan kereta berprestasi tinggi.
    aku lihat banyak perkara positif yang akan berlaku dengan adanya model baru seperti “preve” yang akan melonjakkan nama dan juga imej proton dimata global.
    tindakan mengeluarkan model kereta baru yang mempunyai kelainan dari segi design dan juga performance adalah sesuatu yang amat dinantikan selama ini. namun belum dapat dipastikan lagi tahap kualiti (dari segi power window) dan juga kepuasan yang mampu diberikan oleh “preve”.
    harap-harap proton pada kali ini tampil dengan perubahan baru terutama dari segi kualiti yang setanding dengan kereta-kereta famous dipasaran automotif sekarang.
    tahniah diucapkan kepada PROTON jenama kebanggaan Malaysia.

  14. MR.WAN C INDUSTRIAL DESIGNER says

    TAHNIAH PROTON!! looks great. tapi jangan la macam kebanyakan model yang sebelum ni. ada banyak hal yang remeh2 yang boleh membuatkan pembeli bengang dengan problem tu.. anyway, kete baru ni rekaannya nampak lebih maju sikit la.. dari depan nampak la ada perubahan yang agak komprehensif untuk status proton tu.. dari tepi macam ala2 forte la sikit tapi kalau engok betul2, ada ciri2 identiti berbeza dalam kelasnya. daripada belakang pulak..ada sikit kantoi la rekaan bentuk lampu tu..nampak kaku..mungkin ada peminat jugak kot.. bab enjin,no komen coz banyak yang proton kasi lebih kali ni.. nak prooove yang proton mampu buat tranformasi kat kete keluaran dia kat.. untuk dalaman pulak, mungkin segi ergonomic ( keselesaan) agak ketara sebab ada ruang yang besar dan luas untuk pemandu dan penumpang.. lain2 entah lah… sebab aku pun tak tengok tul2 lagi keta ni depan mata. kalau dah tengok,mungkin mampu citer lebih banyak lagi kot.. hhmmm….

  15. says

    aku tunggu dan lihat jea proton preve… cmne, bukan apa takut problem banyak , kita ni bukan nya banyak duit … dulu aku minat sgt2 kat saga flx 1.6 cvt tak jadi amik sbb dikalangan pengguna saga ni ada masalah cvt overheating, bila model preve diperkenalkan aku suka amik langkah tunggu dan lihat sbb lebih selamat

  16. says

    Kebanyakan pengguna proton terbeli & terguna sparepart tiruan yg melambak di pasaran sebab itu lah kereta proton mereka banyak masalaah…tambah lagi suka modified…SAYA MASIH MEWARISI PROTON SAGA 1ST MODEL …masih okey..masih origional…

  17. Izwan says

    Kalau ikut The Free Dictionary, Preve ni maksud dia ‘to prove’. Hopefully Proton will prove to us that they can provide quality products. Or at least make up for their past mistakes.

    As in for design, nothing is original. We all get inspired to create our own. Tapi aku tengok takdela mirip sangat dengan Forte. Mungkin aku rabun :P

    In terms of service, I think it’s the owner’s negligence to take care of the vehicle. A machine will not fail if the man does not fail to upkeep it.

    Macam Ariff kata pasal vehicle faulty, ” Cuma benda ni kita tak selalu dengar mungkin sebab bilangan pengguna (Mercedes) yang sedikit berbanding Proton yang memang digunapakai oleh ramai sebab murah” Another thing Mercedes production are limited so quality control tinggi because market niche for the upper class while Proton guna formula mass production sebab jual untuk orang ramai so the chances of a faulty vehicle in a batch tinggi since quality control dia longgar sedikit.

  18. says

    specs wise..harga pun murah..cuma tang design tula macam cilok..bukan nak kata proton suka cilok ke apa, cumanya aku harap proton dapat design kereta yang identical dengan nama proton itu sendiri..bila orang tengok design kereta keluaran proton, pop straight kata, oh its proton..tak nak la tiap kali ada design kereta proton baru, pop orang terus kata, asal design macam bla3..identical to the brand itself..proton boleh pergi jauh..preve nie aku boleh kata satu breakthrough la nak tunjuk what proton is capable of..
    Entri terbaru arrizz >> Naruto Eledia – siri terbaru selepas Naruto ShippudenMy Profile

  19. says

    dari segi enjin dan spesifikasi, nampak setanding dgn jenama luar.
    cuma yg aku tak setuju sangat dari segi rekabentuk yang mirip kepada Kia Forte.
    sepatutnya Proton perlu mencari identiti sendiri dalam rekabentuk supaya bila org tgk sekali imbas je, dah tau tu kereta Proton.
    sepertimana yg dibuat oleh Audi pada grill bsr dpnnya, Hyundai dgn bullet design mereka dan Kia dgn rekaan moden yg dilengkapi DRL.
    Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Desktop Bina Khas Oleh L3P Yang Super MantapMy Profile

  20. salman ahmad says

    uncle nak kena kumpul duit macam ni..dah ada kelas international ni .ada standard sikit. barulah stylo macam BMW. (bukan main 2. Wow .).

  21. says

    Dulu orang mengadu kereta Proton untuk pasaran tempatan tidak sama dengan kualiti Proton yang diimport ke luar negara. Saya masih ingat lagi 2 sahabat saya membeli kereta Proton UK Spec memang bebeda kualitinya.

    Dengan model terbaru Proton Preve ini harap tidak berlaku double standard kualiti untuk pengguna tempatan dan mahu diimport.
    Entri terbaru akubiomed >> Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbezaMy Profile

    • Ariff says

      Kalau kita tengok, apa yang mereka berikan untuk Preve ni nampaknya memang hampir semua yang ada ditawarkan dalam kereta sedan pasaran antarabangsa sekarang. Berkemungkinan besar, tak wujud dah isu ini.

      Cuma sekarang harga je. Memandangkan harga mereka sekarang jauh lebih murah berbanding kereta lain dalam kelasnya, adalah elok sekiranya Proton menaikkan harga Preve 5-10% untuk pasaran antarabangsa.

      • says

        rasanya kalau 5-10% tu mungkin boleh utk menampung kos transportation. biarlah jenama proton diterima ramai dulu di luar. seperti mana yg dibuat oleh Honda dan Toyota di Malaysia. dulu kereta2 jepun ni murah je. tp skg xdela murah sgt. 130k ke atas gk tp disebabkan penerimaan dan kualiti yg diyakini, rakyat Malaysia sanggup gk beli
        Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Desktop Bina Khas Oleh L3P Yang Super MantapMy Profile

      • says

        Sekarang kereta proton dijual murah di luar berbanding dengan di Malaysia. Untuk menarik pembeli, kalau dia naikan harga orang luar akan lebih prefer kereta yang dah establish compare to proton.

        Sebab tu kat luar murah, kat sini mahal, kat sini semua orang nak tak nak memang kena beli kereta proton/perodua tu je paling murah ada pun.

        Sedangkan kat luar kereta jepun/us/eropah semua murah, sebab kurang tax, jadi persaingan tinggi.

    • Ariff says

      Benda yang ada brand biasalah. Kalau sekali (dalam kes Proton bertahun-tahun) nama brand tercemar, memang susah nak ubah persepsi masyarakat. Kalau Preve ni dah diterima dan mendapat sambutan menggalakkan di peringkat antarabangsa, barulah nanti masyarakat kita sendiri akan approve.

    • Punai says

      Memang betul cepat rosak kerana pembeli Proton masa tu gemar
      sangat membuat ubah-suai pada kereta mereka kerana nak capai
      spec model yang lebih mahal. Bila masuk bengkel makenik yang
      berkelulusan in-house apperantis bagi berbagai cadangan untuk
      upgrade model Proton sedia ada. Mekanik beri cadangan berdasar
      kan kepada medel-model lain yang mereka pernah kendalikan.
      Mereka lupa kuda padi nak suruh lari macam kuda padang polo
      memang boleh tapi tak sampai satu pusingan boleh lumpuh. Lepas
      tu bila kereta tersadai kena repair banyak bahagian mula salahkan
      Proton sebab kereta tak ada qualiti.

  22. says

    rakyat malaysia skrg sudah pandai memilih kereta yg value for money in term of second hand value, quality, maintenance cost, kurang masalah etc…mereka tidak blh lg dimomokkan dgn harga yg murah & perubahan sekadar kosmetic luaran & dalam shj…

    tak dpt dinafikan ciri2 model Preve nie mmg antara yg terbaik dlm kelasnya..sekiranya tiada rungutan drp bakal pemilik Preve dr segi quality, enjin etc, sya percaya model Preve ini akan melalui era kecemerlangan seperti model Wira…
    Entri terbaru Cool Daddy >> GERAI TEPIAN TEBRAU; Gerek Banget…My Profile

  23. Megat Azfar says

    Takde masalah power windows dah kira canggih la tu. :P

    Impresssed jugak model ni banyak feature bandingkan dengan harganya. Aku berharap sangat kecanggihan itu boleh kekal lama, taknak masuk setengah tahun dah problem sana sini.

  24. says

    Sebagai pengguna proton dari dulu, henti-hentikanlah beli proton. Cakap je quality bagus, bile hantar kt EON ckp ade bunyi2, dorg reply, “Biase la Proton..”.

    Lepas 6 bulan pakai, macam2 problem datang. Buat semak kepale je. Ini kan pula dengan gearbox baru, engine baru, electronic baru… jadilah korang tikus makmal lagi.

    Proton ni plak satu hal, dekat luar negara punye la murah. Dlm negara sendiri mahal nak mampus. Ni lah die orang yg menindas masyarakat sendiri.

    • Ariff says

      Persepsi macam ni la yang diharapkan dapat berubah dengan pelancaran Proton Prevé. Memang berat tanggungjawab Proton especially nak perbaiki imej mereka di dalam negara sendiri dan antarabangsa.

      Kena jugak tahu, pengeluar lain pun ada je problem kadang-kadang. Pengalaman peribadi saya, Mercedes kepunyaan seorang kenalan yang selalu rosak disebabkan ‘masalah elektronik’ yang pihak Mercedes sendiri tak dapat kesan puncanya. 2-3 bulan sekali terpaksa masuk bengkel, keluar pun 2-3 ribu macam tu. Don’t play-play. Mercedes ni. Cuma benda ni kita tak selalu dengar mungkin sebab bilangan pengguna yang sedikit berbanding Proton yang memang digunapakai oleh ramai sebab murah.

      Sebagai rakyat Malaysia, saya naklah tengok Proton ni maju dan berdaya saing. Based on spec, rasanya Prevé ni memberikan lebih banyak nilai berbanding kereta lain dalam kelasnya. So to me, it’s a good start.

      • says

        Kereta macam mercedes, bmw, biasalah kalau masuk bengkel, lagi2 yg recond. Sekali masuk 2-3 ribu. 6 Series punye amp rosak, nak tukar, 7 ribu! Tetapi kena ingat, ukur baju badan sendiri. Tapi kalau continental car yang baru, first 5 years, jarang ada masalah. Kemungkinan rosak itu sangat rendah atau anda bernasib malang.

        Aku bukan mahu mencaci buatan Malaysia sendiri, tetapi kalau selalu menghampakan, tiada guna menyokong barangan tempatan. Cukuplah dengan 3 proton yang saya ada sebelum ini, tak mungkin saya tertipu lagi dengan pujuk rayu Proton. Nak ubah persepsi? Kereta ni bukan barang murah, bulan2 kena bayar ratus-ratus. Kalau rosak, memang patut car maker kene maki hamun.

        Proton tidak perlu menitik berat soal produk baru, tetapi seharusnya focus kepada after sales service yg sememangnya macam tahi.

        • Ariff says

          For the record, the car was not recon. Paid in cash. My point here, other manufacturers pun fucked up sometimes. In Proton’s case, well they have fucked up more manufacturer’s usually should before this. Susah nak kembalikan confidence in their product.

          After sales service is always the best way to determine whether the manufacturer know their product is good or not. We’ll just have to wait and see whether Proton could provide a not-to-be missed offer on the after sales service for the Prevé.

          • says

            after sales BMW jgn citer le. mmg mhl antara smo kereta continental. X6 bust full service pon ken a charge RM36k!
            mmg proton ptt jaga after sales service diorang. slalunya yg fucked up dr awal ni adalah vendor2 yg diamanahkan proton utk keluarkan parts yg berdaya saing dan selamat serta tahan lama
            Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Desktop Bina Khas Oleh L3P Yang Super MantapMy Profile