Disebabkan semalam ramai yang mengeluh kesah tentang kenaikan harga tol yang mendadak, saya menghantar tweet di bawah. Tak sangka tweet tersebut telah mendapat lebih daripada 300 Retweet dan 61 Favorite.
Miskin bandar = Income < RM4,000. No longer RM3,000
— ariff (@ariffshah) October 12, 2015
Tapi sejauh mana kebenaran tweet saya? Saya cuba buat budgeting menggunakan berdasarkan gaji kasar RM4,000 sebulan untuk melihat sendiri kalau ada kebenaran disebalik tweet tersebut.
Analogi yang saya gunakan:
- Profile: Belum berkahwin, gaji kasar RM4,000 (bersih selepas penolakan wajib jadi RM3,508.90)
- Kongsi tempat tinggal dengan rakan bujang yang lain
- Mempunyai kereta sendiri
- Perbelanjaan harian pada bajet yang paling rendah
- Tidak merokok/vape
- Ambil plan takaful RM150 sebulan untuk mengelakkan diri daripada dimiskinkan dengan bil perubatan yang mengejut
Saya rasa profile ni hampir tepat kepada fresh graduate di luar sana, kecuali part gaji la. Jarang dengar gaji fresh graduate RM4,000 ni, kecuali dalam sektor tertentu.
Apa yang boleh dilihat di atas, masih ada lagi simpanan RM500 sebulan dan lebihan RM158.90 yang belum dibajetkan. Kalau ikutkan, macam tak logik nak kategorikan sebagai miskin bandar.
Tapi kalau tengok dari segi kelayakan pembiayaan rumah, RM650 ni boleh dapat pembiayaan untuk rumah yang berharga RM145,000 @ 4.65%, pembiayaan selama 35 tahun. Apa je rumah yang boleh dapat pada harga RM145,000 ni? Flat Seksyen 7 Shah Alam saya pun sekarang ada asking price RM170,000.
RM145,000 @ Kuala Lumpur
Apartment murah Selangor
Jadi mungkin tweet saya tu ada rasionalnya. Mungkin itulah juga sebabnya ada yang dah kahwin baru boleh beli rumah sebab terpaksa combine gaji suami isteri untuk memohon pembiayaan bank.
Memang hidup berjimat lagi boleh beli apartment yang elok sikit. Itu saya tak nafikan.
Apa pula pandangan anda? Adakah pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan di KL / Selangor sekarang boleh dianggap sebagai miskin bandar?
15 Comments
azrin
21 October, 2015 at 11:26 amini budget org bujang, kalau dah berkahwin mcm mana lah ek..miskin lah kita.
aqmalfaiz
19 October, 2015 at 12:49 pmAku rase betul miskin bandar…sebab kira susah lagi nak survive.
yang jadi masalahnya aku tengok yang komplen ‘miskin’ ni kete pun paling koman civic. Handphone paling latest dalam pasaran. Takaful tak ambik pulak…
camanoo…
sabree hussin
16 October, 2015 at 10:09 pmAda RM4,000 sebulan masih boleh bernafas lagi. Problem arise if lower than that. Memang susah dan serba serbi kena bajet
rahimah
16 October, 2015 at 5:18 amDuduk bandar memang expenses lebih tinggi. Be creative untuk tambah income . Kalau tak boleh juga, move.
Haji Hadif
15 October, 2015 at 9:40 pmrm4000 dah kira miskin. kalau gaji below rm4000 mcm mana.. mari la hidup di luar bandar..
Ariff
15 October, 2015 at 9:46 pmKalau ada pilihan memang nak hidup luar bandar. Serius
emalin mohd
15 October, 2015 at 2:01 pmKalau dah kahwin dan suami saja kerja, isteri pun kena cari income lain sebab kos hiudp di bandar memang tinggi sangat.
Jobdirumah Buat Duit
15 October, 2015 at 11:52 amBetul tu. Kalau tinggal di bandar gaji macam ni rendah lagi. Kalau tinggal di kampung dah selesa sangat. Jika gaji kecik tinggal di bandar. kena buat kerja part time untuk tambah pandapatan. Kena amalkan tips berjimat cermat juga.
siti hazreen
15 October, 2015 at 12:02 amgaji besar makanya kehendak dan keperluan juga besar tak kisahlah duduk di bandar atau luar bandar. tapi saya akui tekanan duduk dibandar lebih hebat dengan pelbagai tempat hiburan yang boleh mengeluarkan duit dengan lebih laju huhu
OhPanduan
15 October, 2015 at 11:56 amBetul tu. Tinggal di bandar tempat nak habiskan dan mengalirkan duit keluar begitu banyak. Kena betul-betul kuat insyallah selamat sikit duit gaji.
izwan
14 October, 2015 at 12:59 pmMiskin/kaya bandar tu bergantung pada profile individu…
Ada yang gaji rm3k sebulan tapi masih rasa cukup serba serbi…sbb profile dia maybe hanya memerlukan pendapatan yang kecil…
Ada yang gaji rm10k sebulan tapi masih rasa miskin…apa yang dia nak beli asyik tak dapat…kuasa membeli terasa kecil….
So kalau pukul rata, kalau gaji rm4k sebulan tu masih lagi memadai sebenarnya tapi kena kreatif skit la dari segi pengurusan kewangan…
Actually as long expenses < income every month, hati memang tenang….tak kisah la amount cemana pun…
akubiomed
14 October, 2015 at 9:34 pmSaya juga sependapat yang sama.
En. Kamal
14 October, 2015 at 7:46 amBro account 2 pkai apps ape tu.. share2 sikit
Ariff
15 October, 2015 at 8:39 pmYNAB.com. App berbayar tapi orang kata app ni ada diskaun kalau hujung tahun. Boleh tunggu time diskaun dan boleh free try dulu. Memang bagus.
App lain yang free seperti My Tabung yang dikeluarkan oleh BNM
Lurima
13 October, 2015 at 11:10 pmMemang betul. Ada cara atau idea mengatasi masalah ini?
Saya cadangkan buat bisnes kecil-kecilan untuk dapatkan pendapatan lebihan.