Adakah Orang Malaysia Gila Seks Atau Mempunyai Masalah Seks?

Kita marahkan anak-anak muda melakukan seks bebas sana sini. Tapi bila bahan bacaan hiburan anak muda sekarang ni semuanya memaparkan iklan produk seks, ubat kuat, zakar lebih panjang, payudara isteri tegang, badan montok dan sebagainya tidakkah ia sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran anak-anak muda ni semua bahawa seks ni semua adalah perkara biasa?

Di luar negara, iklan-iklan seperti ini biasanya hanya dipaparkan di laman-laman web lucah dan bukan akhbar cetak, blog atau laman web yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakan tanpa mengira had umur. Bayangkan kalau anak-anak kecil dah terdedah dengan perkara berkaitan seks ni semua, lama kelamaan pemikiran mereka akan rosak.

Iklan yang biasa kita nampak

Pihak akhbar dan pemilik laman web ni semua haruslah bertanggungjawab untuk menapis iklan-iklan yang dipaparkan di akhbar dan laman web mereka dan memastikan bahawa iklan yang dipaparkan sesuai dengan peringkat umur pembaca mereka.

Aku tak mengatakan iklan-iklan ni menjadi punca keruntuhan akhlak remaja tapi cuba fikirkan kalau budak umuk 5-6 tahun selak surat khabar atau buka blog-blog yang memaparkan iklan macam ni. Dengan alasan ingin tahu, mereka klik pada iklan yang memaparkan gambar-gambar menarik dan slogan yang hebat. Rasa ingin tahu ni tadi semakin lama semakin besar dan mungkin kelak membawa mereka ke laman web lucah untuk melihat sendiri apa maksud sebenar ‘puas’, ‘badan montok’, ‘payudara tegang’ dan sebagainya.

Kaji demografi pembaca anda. Kalau dah terang-terang laman web anda untuk bacaan/hiburan umum, pastikan takde elemen panas seperti ini. Jadilah blogger/webmaster yang bertanggungjawab.

56 Comments

  • Milo Ais

    23 May, 2011 at 7:10 am

    fitrah manusia..xleh lari dah…tapi org melayu sngat kreatif dalam bab ni…iklan begitu mudah dimana-mana tempat bleh kita dapati…xkan melayu hilang di dunia…hahah

  • syanabel

    7 May, 2011 at 5:10 am

    hmm isu ni kalau sekali pandang nampak macam salah iklan tu. Agak-agak la nak tayang iklan pun kan. Ade ke patut letak kat TV. Konfem2 la semua lapisan masyarakat tengok.

    Tapi bila difikir-fikirkan, produk tu berguna kot untuk golongan yg dah berkahwin tapi tak sesuai untuk kanak-kanak/remaja bawah umur. mungkin la,mak ayah kene makesure anak2 tengok kartun je or bile online tu, diorg boleh main game or study.. heheh :P

    sex education is important actually. And the best way to learn is from internet sbb sesetengah org segan nak tanye mak ayah or cikgu. Masalah timbul bila sex education itu disalahgunakan..hmm

    • ariff

      7 May, 2011 at 5:22 am

      yes. memang berguna cuma laman web yang budak2 baca tiap2 hari pun ada letak iklan macam ni. Itu yang buat jadi tak sesuai.

  • Lord Zara

    6 May, 2011 at 9:56 pm

    Masalah yang dari dulu tak boleh dikawal.
    Ingat tak dulu kau pernah tulis keyword yang masuk blog kau “RedTube Malaysia?”

    Kalau blog aku, entah dari mana masuk “Tiub Merah”. Dang! Mengarut. Orang2 di sentiasa mencari dan ya, kalau dalam tv, gila tak tahan tengok iklan2 camni~ aku biasanya tekan tv lain~

  • Izzat Aziz

    6 May, 2011 at 5:02 pm

    Tu lah, aku pun kekadang sakit hati juga tengok iklan-iklan gitu.. mungkin ia berguna pada aku someday mana lah tahu kan.. haha

    Serius-serius, cuba faham bila contohnya aku main laptop aku kat ruang tamu, sekadar buka blog biasa-biasa tapi ada iklan camtu.. kena mak aku terlihat nanti salah faham lak.. malu aku kan?

    Jadi, memanglah iklan camtu banyak orang iklan, dapat duit, tapi agak-agaklah kan.

    • ariff

      6 May, 2011 at 5:23 pm

      tak kena tempat kadang-kadang. Letak dalam suratkhabar, lepas tu budak-budak baca. Entah apalah dalam fikiran budak-budak tu nanti.

  • Dila.13

    6 May, 2011 at 11:49 am

    Saya pun tertanya-tanya soalan yang sama. Adakah rakyat Malaysia gila seks atau memang mempunyai masalah mendapat kepuasan dalam seks? Boleh sesiapa yang klik pada iklan-iklan itu terangkan tak? Mana tahu, bila saya sambung ambil Master nanti saya boleh buat kajian efek iklan-iklan ‘ubat kuat’ ke atas pertambahan bilangan penduduk negara kita ke..?

    • muhammad fakhruddin

      6 May, 2011 at 12:25 pm

      Tak juga rasanya. Orang kita suka cakap pasal seks secara double meaning, sudahnya anak muda jadi mangsa sebab buat eksperimen sendiri. Adakah sudah tiba masanya untuk mengucapkan…itulah pentingnya sex education?

  • ekspresiruang

    6 May, 2011 at 11:39 am

    pengaruh yang kita bawa keluar dari blog kita akan ditanya di akhirat kelak. jadi fikir-fikirkanlah apa yg diletakkan di blog kita tu dpt membentuk pembaca ke arah lebih baik atau sekadar santai sia-sia atau ke arah yang lebih buruk?

  • Adilla Harun

    6 May, 2011 at 10:34 am

    Sesungguhnya ‘fenomena’ yang disebutkan memang membimbangkan. Macam dah tak ada ‘filter’ langsung ke atas perkara-perkara tersebut. Ini sebahagian negatif ‘side effect’ dunia tanpa sempadan. Mangsanya adalah anak-anak@remaja. Mereka menjadi dewasa sebelum masanya.

    Jika kecil-kecil dah ‘expose’ dengan segala macam ‘tok-nenek’ itu tadi, dah besar takut mudah aje menjadi pengunjung tetap pusat-pusat maksiat. Ngeri dan menakutkan…

  • cuddle...

    6 May, 2011 at 9:56 am

    i heard ada kopi janda jual kat malaysia. why must it be kopi janda, instead of kopi mak salmah ke… ada unsur sex situ. heh…mcm berita.

  • zulkbo

    6 May, 2011 at 9:55 am

    salam..
    ermmm..nak buat macam mana
    produk ni memang laris sekali
    realiti bahan berkenaan sex pun
    banyak mendapat carian di internet
    :(

  • Izwan

    6 May, 2011 at 7:08 am

    taktik nak keuntungan.. seks dan kehidupan memg bagus hanya setelah berkahwin.. sumber2 yg mudah didapati buat org suka search2 pasal seks ni.. ada je blogger siarkan keyword pasal seks masuk dlm blog dia..

    skrg,video lucah pun dah jadi muka depan akhbar.. camane tu?.. untuk kepentingan pihak2 tertentu,generasi masa depan semakin dilupakan..

  • azura

    6 May, 2011 at 6:47 am

    Semakin tinggi dan canggihnya teknologi maka semakin banyak risiko, maka mundur atau maju sesuatu kaum terletak di tangan kelompoknya sendiri.

    Siapa yang tak sokong Ariff dalam keadaan masalah sosial yang serius. Kalau hari ini kat sekolah saya ada anak luar nikah, itu adalah ketelanjuran ibu dan ayah pada zaman mereka. Cuba lihat zaman ini pula, drama melayu sendiri pun boleh biarkan “bapa mengaku anak luar nikah sebagai anak kandung”. Sedangkan mengikut Islam, anak luar nikah sudah tiada hubungan dengan bapanya bahkan itu bukan muhrimnya.

  • Kazen

    6 May, 2011 at 6:37 am

    betul bro…mmg byk dah benda camnie kt blog2…yg tak leh terimanya blog yg tulis pasal agama pum ada…sori ckp mcam nie..tp ini knyataan bkan gua reka2 jer..jgn sesape lak yg mengkontrobesikan knyataan nie lak..:p

  • chempaka

    6 May, 2011 at 6:32 am

    sangat setuju… yg halal itu jelas, yg haram itu jelas… usaha menangani masalah sosial takkn dapat settle kalau pada masa yang sama kite terus mempromosi hal2 yg ke arah gejala sosial ini… hurrmm….

  • Haryati Molly

    6 May, 2011 at 6:28 am

    Dear author,
    I am totally agreed with your opinion about the certain parties especially media lack of responsibility in publishing uncensored / mature advertisement into public that contributed to the morality downfall of Malaysian youths & kids.
    Another reason why our youths are involved in such immoral activities is due to mentality weakness that should strengthen by implementation of religious education.

    • ariff

      6 May, 2011 at 6:45 am

      Small things like this are always overseen.

      I’m sure good parents are doing their best now to strengthen their children’s mentality, who doesn’t?

      Sometimes it is places like this, all this innocent sites that the kids frequent indirectly expose them to elements that are not suitable for their people at their age.

  • Azhar

    6 May, 2011 at 6:13 am

    Entry yang sempoi khas kepada yang suke menyalahkan mak bapak umumnya,kerajaan harus membanteras isu2 seperti sebelum menuding jari kepada ibubapa dan guru

    • Pereman

      6 May, 2011 at 6:20 am

      I am sure Kerajaan tak leh buat ape-ape untuk hal ni.. What they can do? banning internet? banning sites that contain that kinda ads?

      it has been set in the stone that , by all means, parents should and must be blamed, bace balik the entry that ariff specifically says ‘kalau budak umur 5-6 tahun’..yang mane aku rase, 5-6 tahun, peranan ibu bapa paling penting.

      there are millions of apps/sftwares to ban any sort of pornoghraphy dalam internet..

      parent nowadays dah ajar anak kecil2 ade facebook.. tengok la dalam iklan facebook tu macam-macam ade.. terdedah dengan anasir2 yang tak sesuai untuk bebudak baru nak naik..

      kalau nak suro kerajaan ban facebook. mak bapak ni jugak la yang bising..

      aku amik contoh facebook sahaja..

  • hana

    6 May, 2011 at 6:03 am

    betol..
    saya setuju..
    saye sendiri malu tgk iklan2 camtu..
    macam perkara biasa aje pada hal leh mengundang sesuatu yg -ve..